Thursday, July 23, 2009

Bertukar Bidang????

Beberapa hari yang lalu aku telah menemani kawanku Nor untuk membuat eksperimen bagi tesisnya. Ini adalah kali pertama setelah 8 tahun aku tidak menjejakkan kakiku di lab. Terasa janggal dan jakun kurasakan. Aku sudah lupa akan nama-nama alat radas. Mungkin kerana aku tidak berminat membuatkan aku membuang jauh apa yang telah ku pelajari selama ini. Bayangkan selepas tingkatan 5 aku tidak pernah memasuki lab kecuali lab komputer.Mungkinkah aku bertukar bidang????Dari Matematik ke Sains. Dengan pemakaian lab coat bagaikan ahli sains membuat penyelidikan. (Wah..wah..bergaya betul dengan lab coat ijan yang cantik itu) Mungkin tidak. Bagiku sains bukanlah jiwakau. Mungkin jiwaku hanya melibatkan angka (nombor) dan fakta-fakta(sejarah). Dari kecil aku berminat dengan angka-angka. Mungkin itu adalah kelebihanku dari kecil. Sentiasa bersaing siapa yang teratas. Di sekolah menengah bakatku yang lain menyerlah. Baruku tahu aku juga suka menghafal walaupun kadang kala ia menyukarkan dan membebankan fikiran. Mungkin ia boleh membuatkan aku menajamkan fikiranku sendiri...Untuk bertukar bidang, masih belum berada difikiran. Untuk berangan-angan kosongpun mungkin tidak. Di fikiran hanya untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang angka dan menajamkan fikiran supaya sentiasa mengingat dan menghafal.

4 Comments:

  1. Insyirah said...
    wah2..ni sape punye tesis ni..hehe
    anyway thanx a lot yus..kalo xde yus maybe tapai potato tu x jd lg..hehe..
    lenkali leh tman lg ^_~
    yuhazlina said...
    Tidak juga...Hanya menolong setakat yang termampu..Banyak melihat dari membuat. :-)
    ldi3s said...
    eh2 cam kenal je lab coat 2?
    ciap bau kentang lg kat lab coat tu..huh!
    azlanlin said...
    Gambar ini menceritakan segalanya. Kekadang, gambar juga mampu memanipulasi maklumat. Hehehhe. Macam doktor pun ada...

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online