Friday, May 20, 2011




Baru ada idea nak update blog. Biarpun dah hampir 2 minggu kejadian ini berlalu, aku titipkan sedikit kisah yang berlaku pada majlis akad nikah. Akhirnya menjengah juga hari yang ditunggu. Pada 30 hb April 2011, majlis akad nikah berlangsung antara Yuhazlina dan Azham selepas asar. Kawanku dari Kuala Lumpur (Zahila) datang untuk memeriahkan lagi majlis kerana dia akan menjadi pengapitku pada keesokan harinya. Adalah juga kawan sekolah Nani dan Ana datang dan juga kawan dari Sebertak juga datang pada majlis akad nikah aku nih. Mulanya aku tak berasa berdebarpun lagi pada siang hari. Bila dah dimakeup dan memakai baju akad nikah baru perasaaan itu ada. Aku akan bertukar status selepas ini. Wah..macam x percaya rasanya.

Majlis akad nikah dibuat dirumahku sendiri. Last minute keputusan dibuat kerana pada mulanya perancangan dibuat di masjid. Pada jam 5.30 petang aku selamat menjadi isteri Azham bin Poharan dengan sekali lafaz. "Aku Terima Nikahnya".Alhamdulillah syukur setelah 7 tahun kami menyemai cinta akhirnya kami disatukan. Hujan pun turun petang itu. Mungkin hujan rahmat agaknya. Sesi bergambar bermula dan makan2. Selesai semuanya pada jam 7.00 p. m .Walaupun majlis baru sekadar akad nikah, fuh penat memang terasa jugaklah. Itu baru majlis akad nikah bukan majlis bersanding lagi. Bayangkan dengan elektrik tak ada esok, macam manalah rasanya. Yang majlis akad nikahpun berpeluh2....Apa2pun aku bagi five star kat mak andam, kerana bagi semua service dari segi andaman dan kamera...Terima kasih banyak2. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan aku berpuas hati semuanya.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online