Tuesday, November 6, 2012

2 bulan.

Buku Merah Pertama

Adoi inilah padahnya bila dh lama x xplore blog. Nak edit gambar punya pasal, laz2 habis terdelete post aku untuk 2 bulan. Adoilah, macam mana yer aku nak cerita semula. Mesti ada yang tertinggal kalau nak dibanding dengan coretan yang mula-mula. Nak wat backup, memang tak adalah. Habis dah aku  xplore n cari semula memang x ada. Memang kena wat keja 2 kalilah gamaknya. Benci betul rasa. Tapi nak wat macam mana takkan untuk post 2 bulan aku nak tinggalkan. Jawabnya kena ingat semualah apa yang aku tulis sebelum nih. Mungkin ada yang tertinggal dan mungkin ada yang baru. Fuh, kalau aku dapat ingat satu persatu apa yang aku tuliskan kan bez..Tak yah nak perah otak nak tulis apa. Adoilah, apalah nasib..Igt nak post yang 3 bulan, alamatnya x jadilah nih. Settlekan dulu yang 2 bulan. Gambar ni pulak aku adjuz2 nak letak bawahpun dh tak boleh, kalau blog yg lama2 boleh gak. Ke aku yang x tau nak xplore. Oklah dari aku membebal yang x sepatutnya, kita tengok apa yang terjadi semasa 2 bulan.

Nampaknya aku dah lewat dalam 10 hari. Seperti bulan sebelum tuh. Berdebar-debar nak cek, maklumlah bulan lepas aku dah hampa. Tunggu si suami balik. Maklumlah hujung minggu baru bersua muka. Dapat berkongsi sama-sama. Kebetulan minggu tuh, parents pergi ke Tanjung Malim. Jadi tinggal kami berdua sahaja di rumah. Dengan perasaan berdebar-debar aku buat ujian pregnancy test di rumah dahulu. Bila kulihat keputusannya adalah positif. Begitu rupanya keadaan alat tuh. Maklumlah firts time. Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan aku pada ketika itu. Gembira ke??Sedih ke??Bersediakah aku?? Entahlah. Untuk mengesahkan lagi, petang tuh aku pergi ke klinik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khabar itu. Ingatkan mahu pergi keklinik Sulaiman ataupun Shaik, maklumlah klinik itu dah sebati denganku sejak kecik lagi. Masing-masing klinik tutup. Laz2 aku pergi ke klinik Fazillah, First time aku masuk disitu. Aku buat ujian air kencing sekali lagi. Memang betul aku disahkan hamil 6 minggu lebih. Macam mana aku mau khabarkan berita ini. Aku pun tak tahu. Pada ketika itu, aku dan husbandku sahaja. Aku tunggu parents ku balik baru kuceritakan. Husbandku pulak kelihatan amat gembira sekali. Maklumlah hampir 8 bulan usia perkahwinan kami, masih tiada khabar berita. Akhirnya ada benih kami berdua didalam perutku ini. Aku dinasihatkan oleh doctor, supaya tidak membuat kerja berat. Maklumlah masih awal usia kandunganku ini. Banyak risikonya bila berada pada 1st trimester. 

Bila aku dah disahkan mengandung aku dikehendaki untuk membuat buku merah. Telefon klinik desa, untuk mendapatkan kepastian bilakah masa sesuai untuk aku membuat buku merah ini. Katanya dalam 10-12 minggu. Jadi aku pergi pada minggu yang ke 11. Aku ditemani oleh emakku, maklumlah 1st time datang,mso x tau apa yang perlu dilakukan. Banyak maklumat yang diambil. Jadi rutinku selepas ini, 3-7 bulan aku kena datang setiap bulan ke klinik desa. 8-9 bulan kena 2 minggu sekali. Setiap kali aku datang aku kena ambil tekanan darah, hb, air kencing dan berat badan. Yang mengejutkan aku, beratku ada 68.5kg. Beratnya aku. Biar benar. Laz aku timbang masa aku nak kahwin 58 kg. Itupun sebab aku diet maklumlah nak pakai baju pengantin. Standard berat aku adalah 64kg. 1 st aku pergi ke klinik desa untuk rawatan antenatal, aku dah dapat buku merah...Buku itulah yang aku kena bawak sentiasa nanti....



Saturday, November 3, 2012


Banyak perkara yang aku tertinggal untuk coretan disini sepanjang aku hamil. Jadi aku catatkan kronologi sepanjang aku hamil selama 9 bulan iaitu 38 minggu. Start dari permulaan aku hamil sehingga aku melahirkan zuriat. Banyak perkara yang terjadi sepanjang itu. Semoga menjadi kenangan ynag terindah dan menjadi tatapan anak-anakku nanti.
Bulan yang pertama.
Tiada apa-apa petunjuk lagi. Cuma datang bulan dah lewat. Tapi dibiarkan dulu. Pernah terjadi bulan lepas, igtkan pregnant, rupa-rupanya datang lewat. 10 hari tuh, tak pernah datang selewat itu. Selalunya fixed2 je masanya. Takut kecewa seperti bulan lepas, jadi rilex2kan diri dulu. Tak mau kecewa sekali lagi. Biarpun kosong hampir 7 bulan . Mujur tak sempat nak cek kat doctor. Selera makan aku semakin bertambah. Mungkin sejak azali lagi macam tuh. Kalau tak dicontroll ataupun tiada istilah diet, memang habislah aku, naik badan berganda-ganda. Tapi selera aku berlainan sekali. Tapi apakan daya, aku makan memang ikut selera...So pada bulan pertama, aku cuba bertahan untuk tidak pergi jumpa doktor lg. Malu kalau aku tidak pregnant. Walupun buat ujian pregnancy test pada mulanya adalah negatif.

 

blogger templates | Make Money Online