Monday, February 23, 2009

Sunday, February 22, 2009

Tuesday, February 17, 2009

Keluarga Bahagia

Hujung minggu ku habiskan masa dengan family. Parents datang untuk menjengah anak saudaraku yg baru lahir. Itulah datuk mithali katakan. Kali ke 3 mereka melawat sepanjang akak ipar masih tempoh pantang. Biarpun perjalanan mengambil masa 3-4 jam mereka sanggup datang. Akupun apalagi menyibukkan diri balik umah abang.Time ni ar nk bermanja-manja. Biarpun sudah dewasa tapi aku tetap seperti keanak-anakan,tapi x dak ar sampai tido dicelah ketiak mak lagi. Sementara ibu bapa masih ada. Kalau sudah tiada terkilan rasanya. Moga-moga ku sempat membalas jasa ma dan abah. Mereka banyak berkorban untukku. Sanggup berhabis duit untukku sambung pengajian ini. Mereka tidak pernah merungut ataupun mengungkit. Aku rasa bertuah dilahirkan keluarga seperti ini. Telinga ku masih terngiang-ngiang kata-kata abah. Pesanan ini sentiasa ku semat dihati. Pesanannya tidak pernah berubah-ubah. Dari dulu hingga sekarang.Petama jangan tinggalkan solat. Kedua belajar bersungguh-sungguh dan ketiga jangan hidup tidak tentu arah. Dalam erti kata lain x bagi aku berjalan-jalan ar tu. Dok umah baca buku.Insy'allah pesanan itu merupakan satu azimat dan anakmu tidak akan pernah lupakan. Terima kasih abah. Terima kasih ma.

Thursday, February 12, 2009

Pembelajaran Baru

Hari ini, tidak sia-sia aku datang ke makmal komputer IPS untuk mempelajari sesuatu yg baru. Menimba ilmu yang tidak pernah terlintas di fikiran untuk di pelajari. Akhirnya aku berjaya mencipta blog ku sendiri atas pertolongan Cikgu Azlan dan kawan serumahku sendiri. Terima kasih Cikgu dan No kawanku.Pada mulanya ku anggap blog ini hanya membazir masa dan hanya untuk melayan jiwang karat. Yela...sudah beberapa kali kawan suruh wat blog sendiri tapi tidak ku endahkan. Hanya masuk telinga kanan dan keluar tingga kiri. Tapi ok ar sekadar untuk release tension.

 

blogger templates | Make Money Online