Friday, August 27, 2010

Tido Oh Tido...

Fuh..malam td dapat tido 3 jam je..Pecah rekod rasa. Sekarang lak kepala terasa beratnyalah. X tau nk digambarkan mcmana. Nikmatnya kalau dapat tido..Kenapa x leh tido?? Ada 2 sebab. Pertama: Kopi..tapi ikut keadaan jugak..kalau badan dh penat kalau minum kopi, kalau nk tido, tido jugak..tapi kalau dah azam nak berjaga, mmg pyh r nak tido..memang terkebil2 mata nih..Tgk org lain tido jelez betul. Sampaikan ada yang kena kacau..Sori yer pada individu-individu yang terlibat. Sapa suruh menjeleskan saya. Kedua: Bila ada muzik kedengaran...Fuh x dapat nk dibayangakan mcmana. Macammana aku nak tido, dah r mata terkebil2 akibat kopi, ada lak muzik kt telingaku nih..Sabarkan aje..mujur ada teman nak gelak2 dl. Adil r yer tak dpt tido. Individu yang terjaga tuh, bukan sengaja nk kejutkan tido tp sengaja borak kuat2..bg x yah tido jugak. Laz2, x taulah sapa yang tertido dl..Kul 4 lbh dh kdgrn ketung-ketang didapur..Owh..rupanya2 2 jam lebih je aku dpt tido..mata masih mengantuk tapi gagahkan juga bgn ambil berkat sahur. Aloha mampu ke aku berthn siang hari nanti. Dah r slps sahur x tido dah..Huhuhu..beznya kalau dapat tido yang cukup..Tapi bagaimana lak kalau yang terlebih tido..

Thursday, August 26, 2010

Semalam aku baru dapat keta, setelah sebulan urusan loan dan sebagainya. Memang itu yang aku nanti-nantikan tapi tak daklah menunggu setiap detik dan ketika. First time juga aku bawak keta auto, setelah beberapa kali aku diajar naik keta manual oleh jiha. Abang aku suruh aku bawak keliling proton city. Diajar macamana nk guna keta auto. Memanglh x payah tapi perlu tahu apa yang patut. Yang penting tak mati. Di awal permulaan semasa aku bawak keta adalah reverse keta. Masa naik keta jiha x dak lah pulak bljr reverse2 nih..jalan kedepan je...gabra punya pasal abg kata brek tapi nk tau apa yg aku tekan minyak..memang x boleh blah r..sepanjg naik keta berbunyi gak r abg...tekan brek....jgn makan line org..itulh yang aku dgr dr awl sampailh akhr permulaan naik keta. Perkara pertama yang aku kena ingt...tekan brek dan jangan makan line orang..

Petang aku perlu ke kampus, abg aku lepaskan aku sorang2 tp mcm x percaya je..fuh..berdebar aku. Pas aku hidupkan enjin aku confius, nak letak mana gear nih. Takkan nak tanya abg, jadi aku teponlh "cik abg" masa aku dok tepon, tiba2 abg aku ada. nak tgk aku reverse keta r tuh. Takut gak kot2 tertekan myk lg. Tapi aku perlu confident...kalau x sampai bila?? Aku bawak penuh berhemah r kononya. Maklumlh tiada org disebelh, mujurlah kenderaan x byk diatas jalan raya. Alhamdulillah aku selamat sampai kat umh..Petang aku perlu ke opis semula untuk buat report dan hntr abg aku blk kalumpang. Aku ajak jiha dan nor teman sekali. mearas naik keta baru..hihihi..Masa ke kalumpang abg aku bwk nk cepat ketanya...dia bawak keta mcm keta dia, fuh..aku pun x bwk mcm tuh..

Pg ni ada lg kisahnya..Mintak2 r pas nih aku kena igt sampai bila..Debaran tuh masih terasa...Jadi aku turun awl nk ke opis, kiranya x dak banyak keta r kat jalan raya. Aku bawak slow n steady. Bila sampai diopis...alamak rupa2nya aku x wat turun handbrake.Yang boleh aku perasan sebab aku nk wat naik handbrake....Aiyoo apa nk jadi..mujur lah aku selamat...Mintak2 r aku igt sampai bila2..Jgn lupa aku nk wt trunkan hndbrake lg sudah r...Perkara kedua yang perlu igtkan..pastikan handbrake diturunkan semasa nak mulakan perjalanan dan naikkan handbrake selepas sampai ke satu tempat.. Moga-moga kejadian seperti ini tak berulang l

Sunday, August 15, 2010

Bila Akhir Zaman

Sebenarnya aku tak tau nk tulis tajuk apa? Sesuaikah tajuk ini dengan apa yang nak aku ceritakan? Terpulang pada individu yang membaca entri blog ini dan tafsirkan sendiri. Semalam 4 ramadhan dan terawih yang ke 5 di masjid-masjid dan di surau-surau. Seperti biasa aku dan my housemate pergi ke surau berdekatan untuk mengimarahkan bulan ramadhan. Sebelum aku hendak ceritakan apa yang berlaku pada terawih yang ke 5 , aku menceritakan dahulu suasana pada terawih-terawih sebelum itu.

Terawih pertama:: Alhamdulillah hampir penuh surau bahagian jemaah perempuan, untuk menunaikan solat terawih. Sebaliknya tidak sampi sesuku jemaah lelaki yang hadir untuk bersama-sama menunaikan soalat sunat itu. Alhamdulillah solat terawih berjalan dengan lancar.

Terawih ke 2, bilangan kurasakan menunjukkan bilangan yang sama, walaupun imam bertukar berdasarkan suara yang mengimamkan solat. Alhamdulillah. Moga-moga mendapat rahmat dan keredhaan dari-Nya

Terawih ke 3 menunjukkan bilangan yang susut jemaah perempuan tetapi aku tidak pasti bagi jemaah lelaki. Mungkin disebabkan hujan menyebabkan tidak ramai yang hadir dalam bersama-sama untuk menunaikan soalt terawih, kerana majoritinya datang hanya berjalan kaki. Begitu banyak pahala yang dapat setiap tapak kita berjalan untuk menuju ke tempat beribadat.

Terawih ke 4 juga masih menunjukkan bilangan yg sedikit. Ini kerana disebbkan hujan. Sejak kebelakangan ini ditempatku, pada waktu petang hingga ke magrib akan hujan. Terawih kali dimulakan lambat. Aku membuat andaian mungkinkah sudah tidak ramai jemaah lelaki dan tidak mampu untuk mengimamkan solat. Kemanakah kaum2 lelaki yang patut memimpin dan mengimamkan solat. Patutkan aku membuat andaian yang sebegitu?? Lagipun azan isyak di azankan oleh budak. Tidak pasti untuk melatih atau kekurangan jemaah lelaki. Mungkin untuk melatih. Alhamdulillah walaupun lambat masih ada jemaah lelaki untuk mengimamkan solat terawih..

Terawih ke 5, menunjukkan bilangan yang telalu sedikit bagi jemaah perempuan. malangnya jemaah lelaki tidak ada langsung. Owh..tidak. Kami jemaah perempuan yang hadir menunggu sehingga jam 9 tetapi jemaah lelaki tidak juga menunjukkan batang hidung mereka. Akhirnya kami berkeputusan untuk berjemaah bersama-sama jemaah perempuan. Dimanakah jemaah lelaki walhal surau yang kami hadiri bukan kecil tetapi merupakan tempat yang besar untuk menunaikan ibadat di kawasan itu.

Tidak pernah terjadi lg kejadian seumpama ini. Dan inilah kali pertama yang terjadi dan aku juga berada di situ. Jika nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas lebih baik dari tahun ini. Berdasarkan pemerhatian ku. Dimanakah istilah" Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini" Aku bukanlah orang yang kuat ilmu agama sehinggakan dapat mengetahui yang hari ini lebih teruk dari semalam tp itulah berdasarkan apa yang pernah aku alami. Aku juga sebenrnya tidak juga boleh membuat keputusan walhal baru masuk terawih yang ke 5. Tetapi itulah andaian aku. Jika hari ini terjadi lg kejadian seperti ini, mungkin aku mencari surau lain untuk menunaikan solat terawih. Adakah ini menunjukkan akhir zaman?? Petanda-petanda seperti itu. Wallahuallam. Memang betul yang baik datang dari Allah yang kurang datang dari diri sendiri. Moga-mago Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. Amin...

Tiba-tiba aku rasa mau link ke fb. Bukan aku mau menunjukkan aku baik tapi cuma mau kongsi pengalaman ku ini...

Friday, August 13, 2010

2-3 ari ni aku sibuk diopis, tidak sempat nk membuat keja lain melainkan keja opis...Owh..ruginya masa yg aku telah membazir sebelum ini. Bulan posa nih juga kurasakan penat+ngantuk+perut sentiasa berbunyi. Pelik juga aku, sebelum2 nih aku posa x daklh pulak keadaan seperti ini. Steady n ready. Biarpun byk kali turun naik tangga..X mkn nasi 2-3 ari pun masih boleh bertahan lagi..Sekarang masa posa aku mmg kena mkn nasi. Mungkin juga tengok kawan-kawan keletihan membuatkan aku turut merasainya. Dugaan di bulan posa..Ini bukan kisah yang aku nk ceritakan di sini. Ia adalah sebagai permulaan entri sahaja.

Sebenarnya aku nk menceritakan kisah lain. Balik dari opis ptg td, aku dh minta tolong my housemate Jiha tolong aku ajar belajar keta. Owh berdebar + takut jugak..Setelah siap memasak semua untuk juadah buka posa, apalagi kitaorang pergilah area jalan proton city walaupun ketika itu hujan lebat. Pada mulanya hujan rintik2 sahaja tetapi lama kelamaan makin lembat pulak. Kat situ jalanpun lengang, mudahlah aku belajar bawak keta nnti. Aku sebenarnya bukan x dak lesen memandu tapi rasanya dh berhabuk kat wallet tu..dah bertahun-tahun asik dok renew je..tp keta still x reti nk bawak..Aku bagaikan seperti baru nk bljr memandu. Belajar mana tekan minyak, brake , clasch, dan nk masukkan gear. Memang betul2 baru belajarlah...huh...berdebar jugak bila jumpa simpang, ada keta belakang and traffic light. Aku jadi kelam kabut. Kalau kat simpang mesti matinya keta..Adoila, kena bljr byk kali nih..Mcmanalah nk bwk keta sendiri nnti...

Paling x tahan bila kt traffic light lampu merah igtkan nk terus je yela keta pun x dak, keta lak dah gear 5 aku rasa tiba2 Jiha suh berhenti sebab ternmpk keta polis kt persimpangan, brake tiba2 aku. Mujr x dak keta kat belakang. Fuh selamat keta Jiha . Kalau tidak habislah aku. Kalau orang pro yang wat brake kecemasan x pe gak, ini aku yg baru je beberapa minit belajar. Fuh..masing2 macam dh nk kena heart attack rasanya, tambah2 Jiha..yela keta diakan. mestilah risau. Moga-moga dia x serik nk ajar aku lagi.

P/S: Jiha kena ajr kyus sampai pandai nnti kyus bawak jiha jalan2 kt pekan tnjg malim yer...

Wednesday, August 11, 2010

Pas terawih td, aku buat xtiviti yang sepatutnya. Kemudian aku ke dapur untuk menjamah kuih yang ku beli di bazar ramadhan tadi..Biasallah bila dh banyak kali rukuk dan sujud, rasanya mcm ada ruang lagi dalam perut nih..Masa aku dok makan td ada gaklh housemate duduk sekali dimeja makan...Sedang dok borak-borak my housemate

"Kyus bila nk gi spa??

Eh ke citu lak dia nih. Then dia sendiri yang jawab..

"Ooo raya baru tau eh".."Tapi apa salahnya kan kalau g awal2".

Ada lg 2-3 perbualan yang berkaitan itu. Entah tiba-tiba aku lak secara direct tanpa pandang kiri kanan depan dan belakang..

"X nak r dok pisah-pisah"

Opps..terkuat lak tu. Dahlah suara aku lantang mesti dengar sebijik sebutat apa yang aku cakap nih..Aku lupa ada my housemate yang telah berkahwin..Owh tidak..lain kali cakap siang pandang2, cakap mlm dengar2..Owh..tidak kusangka dahlah pintu bilik tidak terttp rapat...Adakah si dia mendengarnya..Aku tidak pasti...Bukan niat aku untuk melukai hatinya. Tapi mungkin cara fikiran kita berbeza. Cara kehidupan kita juga berbeza. Aku tak nak nnti bila keadaan seperti housemateku ini lain lak yang terjadi..Aku mahu bersedia sepenuhnya sebelum ke arah itu..Tapi kalau jodoh dan takdir seperti itu kita tidak boleh menolaknya. Adoilah di malam kedua terawih dan hari pertama puasa mungkinkah aku dah melukai perasaan seseorg tanpa sedar...Ampun dan maaf dipinta .

Monday, August 9, 2010

Air Oh Air

Pg td ada no hp aneh menelefonku. Aku igtkn bosku telefon tapi tak tertera pulak namanya. Selalunya kalau pg2 nih kalau bukan bosku terdapat seorang lagi yang akan menelefon ku iaitu vendor company. Tapi aku sempat dgr suara apek mana ntah. Pelik jugak aku. Salah nombor agaknya.. Tak sempat aku nk menanya bateri hp ku empty, menandakan hpku sudah kehabisan bateri dan perlu dicas. Bila ku cas telepon aku dan aku onkan semula x dak pulak pggilan masuk. Abaikan aje..Kalau org tu mau bercakap dia akan telefon lg..So aku abaikan aje...Aku sudah lupa tentang itu... Diopis time to rest, hpku berbunyi lg..no yang tertera semirip no pg td...Kuangkat apek juga yg cakap..Owh..rupa2nya tuan rumah sewa yng call. Sori uncle no uncle aku tidak pulak save. Dia bertanya samada ada org atau tidak umh petang nnti. Aku cnfrmkan semula dgn uncle nih sebab aku tidak tahu kerna aku tidak berada dirumh. Akhirnya ada 2 org uncle datang juga untuk membaiki kerosakanh dirumah kami. Bermula dari tombol pintu bilik sehinggalah kerosakkan diatap rumah. Hampir 2 bulan kami menadah baldi didapur ketika hujan. Dah x sanggup rasanya

Proses menukar tombol aku x tgk sebab aku masih berada diopis. Pukul 6.30 ku balik, masih ada lg uncle dirumh...sedang menebang pokok yang tumbuh diatap rumh..dan mengeluarkan air lumpur dari tangki ats. Di lantai rumah penuh dgn air-air lumpur. Basah jugaklah lantai dapur tu. Hmpir jam 7 uncle baru balik dan dia akan datang keesokan harinyauntuk mebaiki lg kerosakan yg masih belum dibaiki. Bila dorang balik...kami try membuka paip..Alamak air pulak x dak..Padahal td x silap aku, tangki dah di tadah dengan air. Ini mungkin saluran tersumbat Mujur lah air paip disinki ada...Kami terpaksa menadah air untuk keperluan kami..mandi , ambik air sembahyang dan untuk berhajat. Dari petang td mungkinlah sehingga petang esok kami terpaksa menadah air untuk kegunaan seharian kami..Kalah umah setinggan kurasakan. Bagaikan air dicatu..Jangan pg2 berebut sinki sudah...dan jangan dek kerana air...housemate ku bersengketa...Air Oh Air..Betapa pentingnya dikau dalam kehidupan kami. Dah lama x melalui keadaan seperti ini..Sejak aku meninggalkan sekolah..Bila keadaan ini berlaku seakan sama pada waktu ketika dulu walaupun tidak seteruk dulu...kenangan lalu menggamit di ingatan....

P/S: Wahai cik najihah..ruginya x rasa apa yang kita orang rasa...Dapat mengeratkan silaturrahim dan saling bertolak ansur rupanya...

Alhamdulillah....Ramadhan datang lg...Aku bersyukur aku masih bernafas di bumi ini. Mudah-mudahan aku dapat menjalani ibadat dengan penuh keberkatan dan keredhaan pada bulan yang penuh kemuliaan ini. Moga-moga Ramdhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan sebelum ini. Ku mohon pada-Mu Ya Allah semoga aku diberi kesihatan, keupayaan, tenaga supaya aku dapat beribadat pada-Mu. Amin...Selamat Datang Ya Ramadhan.

Wednesday, August 4, 2010

Kisah ini terjadi pada kawanku sendiri. Sebulan yang lalu aku dapat tahu dr fbku mengatakan kawanku telah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah selamat akhirnya. Walaupun aku tidak mendapat jemputan aku tidak kisah, kerana majlis hanya sekadar majlis akad nikah. Majlis resepsi mereka bulan 10 nanti. itulah yang diberitahu olehnya. Masa itu mungkin ramai tetamu yang datang ats jemputan kawan ku td. Hari ini baru aku dapat tahu, husband yang baru sama-sama melayari kehidupan rumah tangga meninggal dunia. Mungkin seminggu atau 2 mggu yang lalu tapi hari ini baru dikhabrkan melalui fb. Mungkin kawanku baru ada kekuatan untuk dikhabarkan pada orang lain. Owh..sekejap sahaja mereka mengecapi kebahagaian. Dalam masa yang singkat sahaja. Berat yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bagaimanalah kalau ia terjadi pada diriku. Tidak sanggup untuk aku menghadapinya. Kadang kala kita tidak tahu. Ajal maut di tangan Tuhan. Hanya berdoa semoga kita dipanjangkan umur dan hidup bahagia di kalangan orang-orang yang tersayang. Redha akan ketentuan-Nya. Menyulam cinta yang agak lama tapi sekejap sahaja bahagia yang dikecapi. Owh...mungkin agak lama untuk mengubati sakit derita kita yang hanya kita sahaja yang merasainya. Orang sekeliling hanya mampu memandang tetapi tidak mampu untuk mengubati duka lara diri sendiri....

  • Buat sahabatku semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini, walaupun terasa berat menanggungnya.
  • Buat tunangku sama-sama kita berdoa agar kita dipanjangkan umor dan bahagia yang akan kita kecapi selama-lamanya..Amin....

 

blogger templates | Make Money Online