Wednesday, November 16, 2011

Seminggu selepas kami pergi bercuti ke Pulau Tioman, kemudian kami pergi ke Mersing (Air Papan) untuk menghadiri family day husband (MRSM Batu Pahat). Kami pergi dengan kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan kami. Perjalanan mengambil masa 2 jam jugak rasanya. Semasa kami sampai di sana rombongan bas dari Batu Pahat sudah sampai. Kami diberi rumah. Agak selesa dan cantik jugaklah rumahnya. Kami berehat-rehat sebelum aktiviti bermula.

Pada petangnya aktiviti ice breaking bermula. Kami asik diusik oleh semua guru, kerana pada ketika itu, kami masih digelar pengantin baru. Petang aktiviti sendiri-sendiri. Aku berjalan di tepi pantai bersama dengan husabnd. Kesian jugak dengan husbandku asik menamani aku je. Kawan-kawan diapun ramai. Petang tu, selepas berjalan-jalan di tepi pantai aku bg peluang dekat husbandku supaya berjalan dengan teman-teman, manakala aku berada di bilik. Aku berasa tak sedap badan. Waktu berbekue aku hanya menghadirkan diri sekejap sahaja. Tekak perit, kepala pening. Jadi aku suruh husbandku hantar ke bilik. Kemudian menyuruh husbandku menyertai yang lain. Aku tido sampai ke pagi sehingga tak sedarkan diri bila menelan 2 biji ubat demam.

Keesokannya , sihat seperti biasa. Makan pagi, kemudian ada sukaneka untuk guru-guru. Selesai sukaneka, kami berkemas-kemas untuk pulang ke Batu Pahat semula. Singgah sebentar untuk mencari keropok lekor dan keropok keping. Aku bercuti agak lama di Batu Pahat kerana cuti midterm student. Manakala husbandku pergi sekolah seperti biasa.

Dalam 2 minggu, aku pergi berjalan-jalan. Memang puas kalau sekali pergi berjalan, terus berjalan sakan.Itulah percutianku.....

Thursday, November 3, 2011

Percutianku...

Akhirnya kami memilih Pulau Tioman untuk percutianku kali ini bersama-sama dengan husband. 7 hb July aku dah balik Batu Pahat (hari Khamis). Malam tu jugak aku berkemas-kemas untuk bercuti 3H 2M di Tioman. Kami memilih Tioman Paya Resort tempat penginapan kami, disebabkan yang lain penuh. Pada mulanya kami mahukan Paya Beach Resort tetapi penuh sampai penghujung tahun. Keesokan harinya kami bertolak ke Mersing. Kami akan menunggu feri di sana. Sempoinya kitaorg, dengan laz minute kami dapat pakej yang agak berpatutan dan penempatan yang oklah, kalau dilihat di laman internet. Realiti, tak tahulah macam manakan. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah jugak untuk sampai ke Mersing. Akhirnya sampai di Mersing jam 12.30. Sebelum tuh kami mengisi perut dulu untuk naik feri, nk menunggu malam agak lama jugak untuk mengisi perut. Nak membeli takut mahal pulak, jadi gunalah kemudahan yang sebaiknya. Kami makan di jeti, agk murah, kami makan berdua x sampai RM 10 pun... Naik feri dalam 1.30 ptg. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Dalam feri tuh, kelihatan bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang lain berada di atas feri ni. Melayu tak ramai. Dan yang bertudung pun boleh dikira. Akhirnya kami sampai di sana. Agak lawa jugaklah.

Sampai di sana, kami berehat-rehat dululah. Sebelum berjalan-jalan di tepi pantai. Bila time nak solat, kami tercari-cari arah kiblat. Memang tak di nyatakan. Akhirnya kami ambik inisiatif tgk matahari terbenam. Daripada kami tak bersolat langsung. Tawakal sajalah. Mudah-mudahan ibadah kami diterima. Petangnya kami berjalan- jalan di tepi pantai. Mengambil gambar di merata-rata tempat sehingga kami puas. Malamnya kami makan . Wow...sangat bez..betapa banyaknya menu dihidangkan di meja kami. Meja telah ditetapkan...hanya kami berdua. Bila lihat disekeliling...ramai orang Cina saja. Couple hanya kami berdua. Kali ini bila aku lihat org yang bertudung, hanya aku....Aku sorang...Owh..beginilah kalau bercuti di pulau-pulau agaknya..jauh dari kota bandar... Elektrikpun hanya guna generator. Makanan pada mulanya, agak was-was, bila kami lihat kawasan dapur, orang melayu yang masakkan. Alhamdulillah...syukur...

Keesokannya sebelum sarapan, kami pergi di tepi pantai lg. Bila di fikir-fikirkan, macam tak ada life bila tinggal di pulau. Tiada apa-apa yang menarik. Tempat yang aku tinggal ni pun hanya chalet-chalet dan kedai-kedai saja. Tiada kemudahan yang lain. Keesokaannya kami bergerak untuk snorkeling dan berjalan-jalan. Aku tak snorkeling, sebab aku takut, dan tak pernah snorkeling. Berenangpun tak reti. Husabnd kupun sama, akhirnya husband ku mabuk laut.Bila satu jam di tengah lautan, akhirnya kamu pergi ketempat pemuliharaan. D sini kami berahat...dalam 1 jam..Memulihkan keadaan husbandku dulu. Dan berehat. Kemudian kami pergi Pekan Tekek. Pekan disini agak maju, kelihatan pusat kesihatan, balai polis dan penduduk kampung yang agak ramai. Di sana kami membeli barang-barang untuk dibawa balik nnti. Jam 3 kami sampai di tempat kami. Petang kami tak pergi berjalan-jalan disebabkan hujan yang lebat. Hanya berehat dibilik, penat masih terasa. Hajatnya nak bergambar di pulau sebelah tak berkesampaian..Alahai...esok dh nak balik....Tak puas lagi bergamabr nih...Hu...hu..Nak tggu hujan berhenti alamatnya tak lah...Malam kami makan, mknn yg dihidangkan agk sedap jugak..Tapi tak lah semewah yg mula-mula. Aku hentam sajalah. Husband ku mkn sedikit saja disebabkan mabuk laut siang tadi. Aku yang menghabiskan kesemuanya sampai kekenyangan. Kemudian kami berjalan-jalan lg mengambil udara di tepi laut. Bila kami kesana, wah air surut..Hanya nmpk batu-batu dikegelapana malam. Di jeti kami tak nmpk air langsung , hanya batu-batu. Betapa berbezanya bila air pasang.

Esok awl-awal lagi aku dh ajak husband aku pergi jalan-jalan kat tepi pantai lg..Tgahri kami perlu tggu feri untuk pulang. Rasa macam nak pergi jugak kat sebelah pulau sana, tapi tak dapat jugak air pasang jugaklah...Kemudian kami berkemas barang-barang. Jam 11.30 kami perlu berkumpul..Agak lama jugak kami menunggu, akhirnya jam 1 baru sampai, mujur kami menunggu dijeti kerana ada yang tak dapat naik disebabkan penuh...Bila aku naik feri, mulalah aku mabuk..Huh..nak tggu 2 jam lamanyalah... Sampai di mersing kami makan ditemapat kami makan dahulu...fuh..agak mahallah pulak kena kali ni. Sah-sah x pegi dah pas nih.

Samapi di batu pahat dalam 5 lebih..membasuh baju dan berkemas apa2 yang patut..keesokannya aku pulang ke Bandar jengaka...Itulah percutianku Di Pulau Timan. Nampknya kami tak akan ke sana dah. serikpun ada, sebab masing-masing mabuk..Hu3..Apa-apapun percutian yang menarik.

 

blogger templates | Make Money Online