Friday, December 28, 2012


13/10/12
Pagi ma uruskan baby dan juga aku. Nurse datang dalam jam 10 untuk melihat kesihatan bayi dan juga aku. Takut kuning katanya. Biasanya baby yang baru lahir cepat kena kuning. Husbandku pulak ke Bandar Jengka untuk membeli barang-barang yang kukirim. Bila nurse cek, bayiku kena pergi ke jengka 2 untuk ambil darah. Kuning katanya.  Aku dan makku bersiap-siap. Aku telefon suamiku supaya hantar ke J2. Kelam kabut jugak. Sebab Klinik Kesihatan J2 buka sekejap sahaja. Husbandku patah balik semula ke rumah. Kuning bayiku dalam 11. Keesokann harinya kena pergi lagi. Ma bagi anggur hijau untuk mengurangkan kuning. Mandikan baby dengan air daun belimbing dan daun inai. Tak mahu aku nak dok hospital. Baik dok umah berulang g ambik darah. Ada jugak orang nak jaga aku dan baby. Kalau di hospital semua diuruskan sendiri. Dahlah tengah sakit.

Petang mak mertua dan adik iparku sampai dari Batu Pahat. Melihat cucu baru. Aku tak melayan sangat sebab aku masih tak bermaya lagi.  Makku jugak sibuk di dapur. Abang sekeluarga dari Kalumpangpun balik untuk melihat aku dan baby. Jadi akak iparku yang melayan. Maklumlah sama-sama jawa. Mak bawakan ikan haruan untukku. Adalah dalam 7 ekor yang hidup-hidup.  Walaupun aku tak pernah makan, dipaksanya jugak makan untuk cepat sembuh. Fuh kembang tekak jugak rasanya. Ditahankan aje. Hu…hu..hu. Makan berpantang. Aku hanya makan bubur nasi +sup ikan haruan +ikan bilis. Itu saja. Memang betul-betul tak berselera. Dah nama sakitkan.Petang itu, kawan nini ada jugak datang. Sambil melawat nini dan bayiku. Mereka pernah datang semasa majlis tunang aku dahulu. Malam tuh aku batuk teruk, sakit perut aku..Hu3 berdenyut2…so ma yang banyak uruskan bayiku. Mak mertua aku jugak temankan aku juga tidur diluar. Hari ni saja baby aku dah dapat 4 hadiah. Wow..sekali dapat terus banyak yer baby…


Kak Nora: Hamper Anakku
Nini: Set Tilam
Raidah(kawan Nini): Barangan Disnep
Atok:Seutas Rantai Leher…



Akhirnya...


12/10/12

Jam 3 pagi bayiku tersedar. Lama rasanya sebab dh lama tak minum sejak dibawa naik. Owh tapi bayiku kurang minum aku tidak tahu kenapa. Mungkin susunya x ada. Menangispun kurang nak dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain disini. Gelisah jugak aku dahlah aku keseorangan. Tapi dia tak mau tidu, aku sampai tersengguk-sengguk meriba bayiku. Jam 6 lebih baru dia nak tido. Fuh apa lagi aku terus tido, sampai jam 8. Aku tak sabar nak pulang. Mungkin hari ini aku akan pulang. Bayi aku dimandikan oleh jururawat pelatih. Diam je, tak seperti bayi-bayi yang lain. Tak menangispun. Kemudian terus tido tanpa mengisap susu. Lama betul aku nak menunggu doktor, nak mengesahkan aku boleh pulang hari ini. Akhirnya salotip diperutku dibuka, maknanya aku boleh pulang. Disebabkan hari jumaat dan kebetulan dah 10 lebih baru aku tahu, jadinya aku suh husbandku ambik petang. Tak sabar nak pulang rasanya. Dah 5 ari di hospital.  Jam 3 husband dan parents datang. Husbandku menguruskan prosedur keluar.Jam 4 aku pulang kerumah. Terasa lambat perjalanan, maklumlah husbandku bawak berhati-hati takut denyutan diperutku. Jam 5 baru sampai ke rumah. Dirumah aku duduk di bahagian tamu dua, depan tv,luas sikit. Taklah rasa rimas. Malam husband temankan aku tido diluar bergilir dengan ma.



Thursday, December 27, 2012

Masih Di Sini


11/10/12

Aku tidak boleh bangun lagi. Masih terbaring lagi. Cuma aku boleh tinggikan kepalaku. Jadi setiap aktiviti dilakukan dengan bantuan nurse disini. Selepas operation, badanku masih terima suntikan jarum. Sampai bila tak tahulah, mungkin sampai keluar hospitallah gamaknya. Ubat jugak tak ketinggalan. Seperti biasa jam 7 lebih dah ada doktor yang melawat. Dalam 9 lebih, tiub air kencing dah dibuka. Maknanya aku dah boleh berjalan. Nurse suruh aku mengiring ke kiri atau ke kanan. Terasa sakitnya di bahagian perut tambah kalau nak berdiri. Bila dah berasa sakit maknanya ubat bius dah hilang. Lagipun laz aku muntah di awal pagi. Jadi secara beransur-ansur ubat bius hilang dengan sendirinya.  Aduh, maknanya aku kena tggu husbandku untuk meminta bantuannya. Bila time melawat tengahari, husbandku sampai and then aku minta bantuan dia untuk bangun. Kemudian pergi ke toilet membersihkan diri. Sungguh seksa aku nak berjalan. Dah siap memperkemaskan diri, aku rindu untuk menjenguk puteri kesayanganku di Nicu. Seharian tak tengok. Dengan diiringi kerusi roda, aku kesana. Di Nicu aku kelihatan ramai bayi-bayi yang diletakkan disitu. Masing-masing ada masalah. Owh kesian aku tengok bayiku diasingkan dengan aku. Masa kulihat dan kuambil bayiku dia ketiduran. 30 minit jugak aku disana. Rindunya dengan bayiku ini. Beginilah besarnya pengorbanan ibu yang aku rasakan. Bagaimana ma melahirkan aku dulu. 

Husbandku beritahu, malam tadi dah nak jam 10 lebih dorang sampai uj. Dorang tak tido terus membersihkan uri di malam hari. Barulah dorang berehat. Memang nampak dorang kepenatan. Kesian ma dan abah. Husbandku seminggu berulang alikpun dah rasa penat.Pergi balik dah nak dekat 2 jam. Uj sebagai tempat persinggahan untuk tido. Masa banyak dihabiskan di hospital. Sengkang masa antara melawat tengahari dan petang, husbandku tunggu di bawah saja. Dah tak tahu nak ke mana. Petang ma datang. Pagi abah pergi ladang dulu. Kesian kat abah. Penat-penat datang jugak masa waktu melawat.  Doktor yang menyambut bayiku ada di wad aku. Katanya bayiku dah boleh naik atas, mungkin petang-petang sikit. Ada prosedur yang perlu diuruskan di sana. Aku juga mungkin dah boleh balik esok. Tunggu doktor buka bahagian penampal operateku. Doktor bagi salinan ubat yang perlu aku ambil esok ari.  Bila dah hbs melawat waktu petang aku tertido. Jam 8 lebih, misi mengejutku, dia dah bawa bayiku naik ke atas. Gembira tak terkata, sakitpun terasa hilang. Aku menyalin baju baby, terasa kekok rasanya. Mujur ada orang yg menghulurkan bantuan. Bayiku asik tido saja. Malam tu aku tido sebelah bayiku.

Wednesday, December 26, 2012


10/10/12
Pagi dalam jam 5 lebih aku dah dipanggil oleh nurse untuk membuang najis. Aku ingatkan tindakbalasnya lambat, rupa-rupanya cepat. Terkocoh-kocoh aku ke toilet. Aku suh husband dan parents bertolak lambat ckit, maklumlah doktor di sini ada perjumpaan dengan orang tertinggi. Jam 7 lebih, doktor datang melawatku, aku katakan aku batuk. Tapi doktor berpesan jangan beritahu nanti operation  dibatalkan. So aku diamkan sahaja. Dalam jam 8 lebih doktor datang lagi, katanya kenapa tekanan darah aku tinggi, pelik jugak aku, aku rasa ok je masa nurse cek tadi. Rupa-rupanya orang yang giliran pertama. Dalam 8.30 pagi, tiba-tiba aku jadi orang pertama, bila orang pertama ada masalah. Alamak, husband dan parents aku tak sampai lagi nih. Mujur jugak dorang bertolak awal. Makin berdebar-debar maklumlah tiba-tiba jadi orang pertama. Troli untuk tolakku dah sampai. Mujur parents dan husband sempat sampai. Sebelum aku naik kekatil tuh aku diberi satu jenis air, rasanya masin. Aku dah tak igt untuk apa. Sempat aku mintak maaf dengan husband , ma dan abah. Adus sedih rasanya. Di wad bilikku pun semua tengok…Biarlah pasnih aku dah tak jumpa dorang dah. Aku ditolak untuk ke bilik pembedahan. Aku menunggu dipintu luar bilik pembedahan. Menunggu giliran.

Bila start masuk bilik pembedahan lebih kurang dalam jam 9pagi aku dah terasa kesejukan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Sebelum masuk ke tempat utama, aku disteril dulu. Tak lama, sekejap sahaja. Mungkin untuk menghilangkan jangkitan kumanlah kot. Akupun tak pasti. Kemudian aku ditolak ke tempat utama. Ubat di kedua-dua tanganku dipasang, wayar di hidung, and then dilekap kedada. Tak silap aku di bilik pembedahan tuh rasanya adalah dalam 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan x silap akulah, maklumlah dh tak nampak, cermin mata dibuang. Kemudian aku dicucuk ubat bius dibelakang badan. Bius separuh badan. Mula-mula masa taklimat aku mintak bius satu badan, tapi takut ada effect pada baby untuk mengelakkan sebarang kemungkinan aku bius separuh badan je. Aku mintak penuh, sebab aku risau batukku saja. Asik batuk je, takut berlaku dalam bilik pembedahan saja. Tak silapku 2 kali jugak aku dicucuk ubat bius. Sakit jugak rasanya. Kemudian doktor suruh aku angkatkan kaki.  Aku terasa berat. Maknanya ubat bius dah berkesan. Kemudian mataku ditutup. Tapi telingaku dapat menangkap perbualan mereka. Kadang-kadang aku tertidur jugaklah. Aku terasa macam aku disentuh dan ditarik-tarik…Akhirnya aku kedengaran suara bayi… aku dah dapat anak. Seakan tak percaya rasanya. Kemudian doktor perempuan tunjukkan padaku, owh seakan dalam mimpi…dia tanya jantina padaku supaya aku lihat sendiri dengan mataku sendiri dan kemudian dia letak didadaku….sebak jugak rasanya. Ada jugak aku kedengaran suara-suara kenapa baby air liur meleleh…tapi aku tak dapat berbuat apa-apa. Kemudian mataku ditutup semula, operasi untuk menjahit bermula. Bila dah selesai sebelum keluar, aku disteril lagi. Ini mengambil masa yang lama. Hidungku dah rasa gatal-gatal maklumlah wayar dihidungku belum dicabut. Di situ walaupun ada wap, aku terasa kesejukan lagi. Aku tak tahu suhu berapa yang digunakan. Akhirnya aku dibawa keluar. Bayi diletakkan dibawah kelangkang aku. Bila kuar dari bilik bedah aku terasa loya, mungkin disebabkan kesan ubat bius. Aku muntah.
                                                                  BABY GIRL. BERAT 2.8KG
Semua dah menunggu diluar. Mujur jugak aku keluar time melawat, so bolehlah mak aku uruskan apa yang patut. Aku dengar husbandku mengazankan dan mengiqamatkan bayi kami. Aku tidak dibenarkan bergerak selama 5 jam.  Sepanjang menunggu waktu melawat aku asik muntah dan pening. Adoilah mak ku pulak tak dibenarkan menunggu. Ada sekali tu, baby ku menangis, aku dah lah tak boleh gerak, aku dok hjg sekali lak tuh, nurse tak dak lak dtg, puas aku menjerit..Geram betul rasanya. Dahlah kita sakit. Tak sabar nak menunggu time melawat petang. Masa melawat petang, on time dorang masuk, mak tgk ada najis kat baby, x dak sapa nk tolong tengokkan…ish geramnya. Dahlah najis baby ni berbisa. Masa tuh aku dah boleh tggikan kepala. Sebab dah lebih 5 jam…Rindunya aku dengan baby. Tiba-tiba doctor yang menyambut babyku datang kata babyku ada masalah. Macam kepala sakit. Katanya masa dia sambut bayiku, kepala bayiku senget, mungkin urat pendek sebelah. Biar benar. Terkejut jugak semua. Ha sudahlah, petang tu jugak babyku diletakkan di Nicu. Husbandku carikan makanan untukku bubur nasi. Mujur ma ada wat spare ikan bakar dan ikan bilis. Aku jamah jugak sikit.  Malam nih baby tido di Nicu. Aku pulak masih tak boleh bangun…Parents dan husband pulang dh lepas mghrib. Mesti parents dan husband keletihan , maklumlah sepanjang hari berada dihospital.

Tuesday, December 25, 2012


8/10/2012..aku kena admit di hospital Temerloh. Aku dan husband bertolak dari rumah jam 7.45 pg. Jam 9 pagi aku dah didaftarkan masuk wad…Ramai betul nurse-nurse disini. Pelatih jugak ramai. Macam nilah hospital kerajaan, ramai pelatih nurse dan jugak doc. Nasiblah. Mungkin jugak aku dijadikan bahan eksperimen. Tunggu dan lihat sajalah.  Aku dah prepare dengan buku cerita. Maklumlah duk hospital tentu bosan. Banyak pemeriksaan dilakukan. Rutin biasa seperti ambil ujian air kencing dan tekanan darah kemudian buat ctg. Lama jugak aku buat ctg, sebab apa?? Sebab baby tido dalam perut. Nurse nak tahu gerakan baby dalam perut, jadi digerak-geraknya perut aku nih, supaya gerakan bayi normal.  Bila tengahari baru doc scan. Katanya untuk memusingkan kepala memang berisiko. Doc akan refer pada doctor pakar. And then pada jam 3 ptg doctor pakar scan. Katanya memang tak boleh dipusingkan, sebab baby besar. 3.4kg x silap aku.  So aku menunggu hari jelah pada 10.10.12 untuk dioperate.


Di wad tuh kebanyakan semunya nak bersalin. Masing-masing nak cari jalan mereke berjalan-jalan untuk memudahkan bersalin. Aku rilex saja. Maklumlah tak sakit lagi. Nursepun melakukan rutin cek denyutan baby  dan ambil tekanan darah. Banyak kali jugak dalam sehari. Ada kot 5 kali rasanya. Hari pertama husband dan parents datang. Husband bila datang tengahari, dia x balik tunggu sampai petang. Maklumlah jauh jugak dalam sejam , kalau pergi balik dah 2 jam.  Hari pertama di hospital, aku teringin nak makan ikan percik, jadi keesokannya husbandku sahaja yang datang, bawakan ikan percik, sayur dan nasi. Ma yang bekalkan padaku. Awal jugak dia masak, sebab jam 11 husband dah nak bertolak dari rumah. Petang husbandku tak balik. Sanggup menunggu untuk waktu melawat waktu ptg…Jadi dia pergi ke Mentakab untuk menguruskan pembayaran keretaku sambil-sambil menunggu waktu melawat petang. Apa lagi aku mengirim mcd. Maklumlah pasnih aku dah nak operate…Hu3…Mcd pulak ada di Mentakab saja pulak tuh. Aku ada temujanji dengan pakar bius pada jam 2…Diberi taklimat mengenai operation keesokkan harinya. Makin berdebar rasanya. So aku akan dibawa ke tempat bilik bedah untuk operation esoknya. Aku diberitahu aku giliran kedua. Aku jugak ditemu bual oleh doc pelatih. Mungkin untuk kajian kes mereka. Layankan ajelah. Petang aku diambil darah oleh doktor, untuk wat simpanan takut ada apa-apa kecemasan. Mula-mula dicucuk oleh doktor pelatih, tak jumpa urat. Sakit jugak. Kan betul dijadikan bahan eksperimen.  Akhirnya doktor betul yang cucuk. Malamnya aku dipanggil oleh nurse untuk membersihkan apa yg sepatutnya. And then tengah malam kedua-dua tanganku dah dicucuk untuk mengisi ubat keesokan harinya. Memang sakit. Berdenyut-denyut samapi ke pagi.

Monday, December 24, 2012

9 bulan


Wah, dalam masa 3-4 mggu lagi, aku akan deliver. Berdebar rasanya. Perasaan bercampur baur. Takut, gembira, semuanya ada menjadi satu.  Barang-barang semua dah prepare, cuma tunggu masa sahaja. Syukur aku dok dengan parents, walaupun husbandku jauh di selatan. Sekurang-kurangnya ada orang yang berpengalaman untuk mengendalikannya. Husbandku pun tengah cuak…maklumlah nak menerima kehadiran orang baru. Tanggunjawabpun makin besar...sama juga dengan aku. Bermacam-macam perkara berlegar difikiran. Takut apa-apa terjadi dan macam-macam lagilah. Hanya berserah kepada-Nya semoga segalanya dipermudahkn….Sejak 9 bulan ni, hampir setiap minggu aku berulang ke klinik desa ataupun klinik kesihatan, sama ada berjumpa dengan nurse atau doctor.

Setakat yang diberitahu pada 37w…baby dh berada pada laluannya..engaged…maknanya dah x lama lagilah..Katanya kepala dh di bawah. Itulah merisaukan aku sebelum ni, sebab apa?? Sebab kepala baby songsang sebelum nih. Berada ditepi. Tawakal dan berdoa banyak-banyak. Keesokan harinya aku perlu berjumpa doc…Untuk menambahkan kepastiannya lg kita tengok keputusan scan bagaimana. Semunya boleh nampak. Bermacam-macam dugaan yang ku terima. Selepas aku berjumpa dengan doc, dh mula menscan baby, rupa-rupanya kepala baby tak turun. Yang turun hanyalah punggung baby. Owh..tergamam jugak aku..Fikiran mula bercelaru. Nampaknya aku kena operate. Doc telah tetapkan tarikh dengan doc hospital temerloh.

Aku kena bersalin 2 minggu awal dr tarikh yang sepatutnya. Mungkin doc tak mahu kita sakit di bahagian bawah kalau dh confirm kena operation. Kalau tak, 2 kesakitan yang aku alami. Aku kena admit 2 hari sebelum operate untuk rujukan pakar. Mana tau kepala baby boleh berpusing lagi. Tawakal sahajalah. Risikonya takut tali pusat baby terbelit sahaja. And then tarikh untuk aku bersalin adalah 10/10/12. Maksudnya aku akan bercuti awal. Habis plan aku sebelum ini. Paper pun x sempat nak tanda. Semua akan diserahkan pada orang lain. Demi aku dengan baby, walaupun melepas jugaklahkan. Owh. Berat sungguh dugaanku. Hanya memikirkan perkara  ini sahaja membuatkan aku sudah pening kepala. Jangan sampai darah tinggi sudahlah. Aku menceritakan kepada suamiku yang jauh berada di selatan. Dia pun terkejut, sebab tak dijangka terjadi perkara ini. Sebelum ni aku bagitau kandunganku ok, kepala di bawah berdasarkan pemeriksaan klinik desa. Lagipun 2 minggu awal. Dia terpaksa mengambil cuti sebelum tarikh operateku. Mujur cutinya masih ada berbaki 5 hari. Owh. Beberapa hari jjelah nak kena admit. Sentiasa berada difikiran. Kepala ligat memikirkannya. Selepas pergi ke klinik j2, aku diarahkan ke hospital Bandar Jengka untuk mengambil pemeriksaan ctg, disebabkan aku breech. Aku ingatkan apalah itu, rupa-rupanya aku pernah lakukan semasa aku berada di labour room hospital Batu pahat. Mengambil denyutan jantung dan pergerakan baby. Sekarang aku menghitung hari untuk sampai ke tarikh itu.

Bila dah tau nak kena admit, aku selesaikan tugas-tugas aku dulu sebelum menyerahkan pada orang lain. Menanda kertas assignmnet dan quiz yang berlambak-lambak dan key in carrymark student. Seminggu tanpa henti mengadap kerja-kerja ni, sampai aku nak termuntah rasanya. Dah naik muak. Akhirnya berjaya aku siapkan. Aku sudah bagitau Ketua Pusat Pengajian dan juga Koordinator tentang aku apa yang terjadi. Supaya dorang dapat planning schedule aku untuk semester depan. Aku jugak makan sepuas-puasnya apa yang aku teringin nak makan. Maklumlah lepas nih kena berpantang lama tambah pulak dengan seafood. Aku siap pesan kat ma suh beli ketam dan masak ketam untukku. Entah kenapa ntah, mungkin aku tak puas makan kat kedai. Preparation untuk aku masuk hospital, apa lagi aku mencari sumber untuk meminjam buku. Tentu aku kebosanan di sana.Mujur ada kawan, pinjam jugak 6 buah buku cerita yang tebal-tebal. Sebelum masuk hospital aku dah habiskan 2 buah buku. Menghabiskan masa yabg terluang. Tinggal 4 buah buku lagi. Ntah sempat habiskan ke tidak 4 lagi nih..



8 bulan


Bila kandungan masih lagi menyongsang, aku cuba wat rawatan tradisional. Kalau ikut rawatan moden, tak dibenarkan mengurut takut terjadi apa-apa. Tapi bila dah keadaan macam ni, aku dan parents pergi ke jengka 12 untuk pergi berurut nak turunkan kepala bayi. 30 minit jugak bidan betulkan  kedudukan bayi dalam perutku. Katanya belah kiri aku kosong. Semua berada belah kanan. Aku dengar jelah, aku buka tau sangatkan. Seminggu lepas tuh aku kena datang lagi kesana, nak tahu kedudukan bayi macam mana. Patutnya nak adjust kedudukan bayi nih kena datang masa 6 atau 7 bulan. Tapi ma tak teringat pulak. Bila kandungan dah besar payah sebab dah sempit ruang dalam perut aku nih. Seminggu kemudian pergi lagi, bidan cakap patutnya bayi ni dah turun, tapi tak jugak macam ada benda yang tersekat. Cuma berdoa jelah mudah-mudahan dia turun.  Diberi air penawar supaya dipermudahkan segalanya. Aku pergi ke klinik desa katanya dah turun lega jugak aku. Mereka periksa guna tangan, kepala dah turun ditempat ruang yang sepatutnya.

Bila kandungan semakin membesar, aku jugak dah tak lena nak tido. Tak tahu kenapa..automatik je..Seringkali terjaga jam 3 atau 4 pg. Aku jugak seringkali batuk dan kadangkala menyebabkan lelah. Risau jugak aku, kalau terjadi masa bersalin nanti.Lagipun aku tak bagitau klinik yang aku lelah. Bila keadaan berterusan, aku pergi klinik desa, buat rawatan. Ambil tekanan darah tinggi sebab aku selalu pening. Klinik desa kata ok, kemudian pergi j2 untuk ambil ubat batuk, sebab aku batuk teruk di awal pagi selepas bgn tido. Kadang-kadang aku tak boleh tido semula, sebab semput.

Ujian air gula dah keluar, nampaknya aku tersangkut untuk ujian ke2. Aku kena pergi ambik darah 4 kali sehari setiap 2 minggu untuk buat bsp. Penat jugak rasanya berulang alik ke klinik desa.Bila buat bsp, kandungan gula aku ok je..control je..tak pernah cecah 6..around 3.5-5-5 saja. Tapi nak wat macam mana dah nak kena, terima jelah, ikut aje arahannya.

 Bila dh 8 bulan, tiba-tiba aku teringin nak makan seafood. Dahalah masa nih, berjalanpun x larat dah. Cepat termengah-mengah. Di Pahang manalah nak cari seafood yang sedap kalau bukan di Tanjumg Lumpur. Walaupun pagi tuh tak sihat, berulang kali ke toilet, gagahkan jugak nk g kuantan. Dah lama jugak aku tak pergi Kuantan. Dah nak dekat setahun. Bila dah tengahari rasanya badan dh sihat, selepas zohor kami berempat pergi ke Kuantan. Maklumlah nak lepaskan kempunan. Singgah umah moksu jap hantar barang dan solat, baru pergi East Coast Mall nak cari minyak wangi dulu. Bila dh 6 lebih baru pergi Tanjung Lumpur. Menu utama ikan kerapu 3 rasa, sotong celup tepung, udang masak merah, sayur kailan and tom yam campur. Memang puas hati, siap bertambah lagi. Perut kenyang. Singgah solat di masjid berdekatan. Kemudian sebelum balik singgah Giant. Lama jugak. Dapat jugak baby baju yer  disitu. Kami sampai dirumah jam 10lebih. Mujur husband yang bawak. Kalau abah memang dh tak boleh bawak mlm2 ni. Balik2 dh kepenatan. Masing-masing terus tido. Apa2pun apa yang aku teringin dapat harini. 

Sunday, December 23, 2012


Seminggu selepas balik dari Batu Pahat selepas raya, aku pulang ke Batu Pahat sehari sebelum majlis ini berlangsung. Aku pergi bersama dengan parentsku. Nak naik bas dahpun x larat. Jadi aku jadi tukang tunjuk jalan walaupun selama ini, aku tak pernah ingat jalan nak balik Batu Pahat. Asik tido je dalam kereta, manalah nak ingat. Seingat aku memang aku tak pernah kalau aku tak tido dalam keta. Tunjuk prolah kononnya. Sehari sebelum aku bertolak, aku merasai kesakitan dipinggangku. Hampir seminggu tak rasa sakit, tiba-tiba rasa sakit semula. Mula-mula tak tahu lagi boleh pergi ke tidak untuk majlis tu.Usaha untuk pergi sebab majlis aku. Telan ubat minum air garam..Oklah…Sekejap sahaja aku rasa sakit. Walaupun tak sakit sangat lebih baik merawat daripada terus merebak. Ambil langkah pencegahan awal. Sebelum nak bertolak ke Batu Pahat, aku rasa sakit semula, cepat-cepat aku makan ubat. Padahal dah nak bertolak. Di tahankan juga sakit ini. Perjalanan pula bagaikan terlalu lama. Dengan hujan lebatnya. Akhirnya aku sampai jam 6-30 ptg di rumah. Banyak juga persiapan yg dah dibuat.  Abah dan ma berehat. Aku juga tido awal malam tuh.

Siang tuh baru merewang. Pak sedara dan mak sedara ramai yang datang menolong. Ma dan abah pun dapat jugaklah kenal-kenal saudara mara husband. Dapat berborak lebih kalau nak dibandingkan masa kenduri aku dulu. Hampir setahun lebih jugaklahkan. Laz jumpa masa majlis kenduri kahwin aku. Majlis diadakan selepas solat Jumaat. Diadakan baca Yasin dan jugak tahlil. Kemudian aku kena mandi, mungkin itu tradisi orang Jawa. Mandi bunga dengan 7 helai kain batik. Ma ikutkan saja. Hampir petang baru selesai majlis. Penat jugak rasanya walaupun aku tidak membuat keja berat. Malam pulak kawan husband datang, dilayan tetamu yang hadir. Jam 11 aku masuk tido. Ma dan abah dah tido awal lagi, sebab keesokkannya kami mahu balik Pahang sudah. Jam 10 bertolak dr Batu Pahat. Abah mahu ikut Tangkak  mahu shopping kain langsir katanya. Jadi husbandku hantar sampai Tangkak, sebab abah tak tahu jalan dr Batu Pahat ke Tangkak. Sambil menunggu abah shopping kain langsir , kami pekena pizza hut. Sebenarnya nak makan mcd, tapi x dak pulak. Aku sampai kat umah dah jam 5 lebih. Mujur tak sesat. Cuma abh kepenatan sebab abah demam. Aku nak gilir drive tapi tak reti sebab keta manual. Itulah laz aku balik Batu Pahat, pengakhiran 7 bulan. 8 bulan ma dah tak bagi berjalan jauh dah, risau jadi apa-apa. Mana taukan.Kita mintak dijauhkan…Tapi hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi seterusnya…



Pagi bila aku bgn pagi, aku merasa tidak sedap badan, apa kehal pulak nih. Perut rasa sakit, ari2 pun rasa sakit. Ikut planning jam 9 am, mau pergi beraya satu family, tapi lain pulak jadinya. Aku rasa seperti mencucuk rasanya. Dari nk pergi klinik desa hari khmis, pergi pulak hari rabu, Takut jadi apa-apa. Risau jugak dibuatnya. Sakit sangat rasanya. Bila pergi ke klinik desa, katanya biasa-biasa saja. Normal saja sakit tu. Aduhai, yg kita nih dah tak tahan sakitnya…..disebabkan sakit, aku dengan husbandku tinggal dirumah. Yg lain pergi beraya. Kesian husbandku kena jaga aku dirumah. Aku tido dr pg sampai lah tengahari. Bila bangun, aku rasa ok, berhajat nk pergi berayalah kononnya. Bila dh bersiap-siap, sakitku datang lagi. Spoil betullah, x jadi jugak aku nk pergi beraya. Alih-alih cari klinik panel yang bukak. Klinik azlina tutup, kalau boleh nk refer dengan doc pompuan senang sikit. Laz2 g klinik Sri Sulong, doc lelaki apakan daya. Dah tiada pilihan. Time raya manalah klinik nak bukak. Mood raya lagi walaupun raya ke 4. Scan perut ok. Cuma katanya air kencing byk. Mgkin aku tahan kencing semasa perjalanan semalam. Maklumlah pyh nk jumpa toilet. And then katanya air kencingku berdarah, mungkin ada batu karang. Tapi doc tak berani kata lebih2, berdasarkan ujian air kencing sahaja. Nak bg ubt pun aku tgh mgndung juz bg ubt tahan sakit sajalah.  Disebabkan kelaparan, makan tgahripun belum lg, selepas jumpa doc g bandar cr mknn. Tidak pulangke rumah terus. Teringin nak makan bubur mcd, g mcd, tp buburnya hbs…laz2 g mkn di kfc….siap kirim kat adik ipar teringin sgt dgn bubur mcd…sempat masuk Carrefour beli epal n papa roti….Orang pergi beraya tapi kita g pasaraya pulak. Jam 6 sampai dirumah. Bila balik, bdn mula penat. Doc td pesan kalau nk tido tggikan bhgn pggg. Aku rasa mcm nk melelapkan mata sekejap. Aku terjaga bila jam 8. Bila aku nak bangun rasa seperti piggangku tersalah urat…sakit yg amat sgt….Husbandku dh mula risau. Sakit dari yang td….sakit dibahagian pinggang pulak. Sampai aku termuntah2…Keluar balik apa yang aku makan siang tadi. Husbandku urutpun rasa mcma x rasa saja. Parents mertua x balik lg….Husbandku dh risau. Akhirnya nk g hsptl..igt nk g hospital kerajaan saja, tiba-tiba abg iparku balik, sarankan pergi hsptl swasta. Putra Medical Centre.

Di sana pergi bahagian kecemasan. Mujurlah aku bawak buku merah aku. So adalah detail2 tntgku. Mula-mula ambik tekanan darah. And then akhirnya doc sampai. Bila sampai hsptl, aku rasakan kesakitanku hilang. Pelikkan…mungkin itu penangan hospital…bila doc sampai, aku terus diarah masuk ke labour  rom. Pertama kali aku masuk ke situ, begitu rupanya. Pada mulanya doc mengatakan aku ada minor contraction berdasarkan denyutan jantung dan pergerakan baby. Alamak aku dah nak bersalin ker. Tanpa ada apa-apa persediaan. Maklumlah aku balik ke batu pahat untuk menyambut perayaan bukan untuk bersalin lagi, walhal baru 7 bulan lebih. Adakah berlakunya pramatang. Tak terlintas difikiran langsung rasanya. Doc siapa mengambil bukakan rahim lg. Baru 1.5 mm. Maknanya bukanlah. Mungkin aku ada kesakitan lain yang tidak diketahui. Husbandku diluar menunggu penuh sabar. Rasanya ada gak 30-45 min aku di dalam. Untuk mengelakkan apa-apa terjadi, doc memberitahu aku akan mendapat 2 injection untuk mematangkan paru-paru budak. Bila aku keluar dari labour room, mak mertua n adik-adik iparku ada dikatilku. Mesti dorang terus singgah ke hospital tanpa balik ke rumah dahulu. Tengok mereka masih kepenatan, almaklumlah penat beraya belum hilang. Dahlah keesokkannya ada marhaban di rumah. Husbandku balik sebentar untuk membawa barang-barangku kerana aku hanya datang sehelai sepinggan. Mujurlah dekat. Dalam 10 minit, aku di bawa keluar, aku diarahkan untuk membuat ujian air kencing. Barulah terjawab rupa-rupanya aku ada batu karang. Terkejut jugak sedangkan selama ini, tak pernah pula aku kena penyakit tuh. Aku diberi suntikan untuk mematangkan peparu. Fuh memang sangat sakit, bukan jenis suntikan yng biasa. Sekali lagi pada keesokkan harinya. Dalam jam 12 tgh malam, aku mula merasa sakit pinggang. Kesakitan seperti berada di rumah. Aku diberi ubat bius, kerana ubat tahan sakit lambat berkesan. And then pada jam 4 am aku berasa kesakitan lg. Aku diberi lg suntikan. Byk betul aku terima suntikan hari ini. Malam aku ditemani husbandku. Bila klinik swasta, bila2 je boleh datang melawat dan boleh temankan sekali. Itu yang bestnya, taklah aku bosan. Aku tak beritahu lagi keluargaku di Pahang. Tak mahu membuatkan diaorang risau di tengah-tengah malam. Aku cuma bagitau adik dan abangku saja. Esok pagi baru nak bagitau ma dan abah.


Pagi-pagi lagi aku dah tepon ma  dalam jam 7. Terkejut ma, takkan dah nak bersalin kot. Aku ceritakan apa yang terjadi. Lega sikit ma. Kalau tak kena ke Batu Pahatlah gamaknya. Pagi tu aku dibawa ke pusat image apa ntah untuk mengesan batu karang. Rupa-rupanya tidak sebesar mana kerana hanya 4mm sahaja. Tetapi disebabkan himpitan baby, menyebabkan aku kesakitan yang amat sangat. Bila aku tahu bukan berpunca untuk bersalin, aku terfikir, nmpknya bolehlah aku menggunakan insuranku. So x perlu byr byk2…maklumlah klinik swastakna..Aku igtkan aku dah tak terasa sakit sebab pg td aku dah diberi dos yng tggi. Jam 12 lebih aku kesakitan sekali lg..Husbandku pulak pulang sebentar ke rumah untuk mengambil barang-barang. Aku di inject sekali lg. Baru sehari lebih berada dihospital dah kebosanan. Doc hanya melawat sekali sekala sahaja. Pagi dan petang. Kemungkinan aku boleh keluar atau tidak, bergantung pada keesokkan harinya. Almaklumlah kalau aku terasa kesakitan lag pada hari ini, maknanya hari sabtu baru aku boleh keluar. Sangat bosan.

Hari jumaat, akhirnya doc kata boleh kuar and then dia bg aku mc seminggu dan kena terima rawatan susulan pd mggu depan. Manalah aku nak pegi, sebab aku dh balik Pahang dan kalau aku tidak bermalam dihospital aku tak akan dpt  claim insurance. So aku abaikan sahaja. Lagipun kalau kesihatan aku mengizinkan, mggu depan aku akan balik Batu Pahat lagi bersama-sama dengan parents, kerana ada majlis doa selamat. Mc seminggu aku abaikan sebab aku nak guna masa bersalin nanti. Payah jugak bila ada limit mc. Masa aku sakit di batu pahat, abang sulungku jugak terkena batu karang jugak di Kota Tinggi. Diapun ambik injection. Bila balik Pahang dia kena lagi. Dia lagi teruk rasanya. Lagipun dia dah pernah buat laser untuk buang batu karang. Aku cuma kecil saja. Pelik jugak pompuan yang kena sebab majority selalunya lelaki ynag kena. Bil hospital 1k lebih jugak..bila claim insuran kena bayar $380. Mb rawatan mengandung tak boleh diclaim. Kemudian elaun makan aku dapat $300. So hanya keluarkan $80 saja untuk 3h2m di hospital swasta.



Friday, December 21, 2012


Raya dah hampir tiba. Orang lain sibuk mengambil cuti, sebelum dan selepas raya. Tapi aku ambil cuti selepas raya. Sebab apa? Sebab tahun ni giliran beraya ditempatku pulak. Jadi aku tak sibuk-sibuk nak balik Batu Pahat. Raya ke3 akan balik kesana. Husbandku yang akan ke sini. Cutipun boleh aku simpan untuk bersalin nanti. Nampaknya, raya kali ini masih lagi berdua. Walaupun sorang masih lagi di dalam perut. Raya jatuh hari ahad, jadi kebanyakan semua pulang ke ulu jempol pada hari jumaat. Termasuk husbandku.  Cuma abgku yng sulung saja terawal balik pulak. Maklumlah menaiki kereta kecil saja. Selepas accident, keretanya tak siap dibaiki lagi. Husbandku pulak sampai malam jumaatnya. Jadi riuh rendahlah dengan anak-anak sedara. Siap main mercun lagi. Hari sabtu abgku yang ke dua pulang ke Kedah dengan meminjam kereta ayahku. Giliran dia sahaja di sana. Maknanya setiap hari raya kami tidak akan bertembung raya. Hari sabtu sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan hari raya. Aku pula dah tak boleh bergerak lincah. Maklumlah dh 7 bulan. Tak larat jugak nk wt semunya. Makku jugak yang penat, tambahan pulak kakak iparku juga mengandung 6 bulan. Mujurlah abgku ambik port tolong makku serba sedikit.


Tema raya tahun ni, warna ungu. Aku siap beli awal lagi baju raya. Maklumlah dah sarat, jadi beli jelah jubah mengandung senang. Nak wat baju kurung macam malas je. Jadi tak banyaklah baju raya aku tahun nih. Lagipun beraya di uj, tak banyak tempat nak beraya berbanding beraya di Batu Pahat. Kalau  beraya di batu pahat hari first  memang kena prepare banyak baju seperti tahun lepas. Baju raya aku hanya sehelai saja tahun nih,yang lain jubah kerja saja. Asalkan boleh pakai.

Menu raya pertama, seperti biasa nasi impit+sate goreng+kuah masalodeh, kuah kacang dan rendang daging. Husbandku pulak bawakkan lontong dari sana. Raya pertama, hanya berjalan sekitar kawasan rumah saja. Husbandku mcm peliklah, maklumlh beraya di Johor berbeza dengan beraya di Pahang. Di sana sakan beraya rumah saudara mara, tapi disini beraya rumah kawan-kawan. Suasana yang sungguh berbeza.  Maklumlah di sini tiada sedara mara. Semuanya di Kelantan. Raya ke2, kami memasak nasi minyak. Aku bantu sikit-sikit sahaja walaupun itu permintaan aku. Entah aku kepingin pulak nak makan nasi minyak.  Raya ke 2, baru aku beraya rumah kawan-kawanku yang jauh di jengka 22, jengka 7 dan Bandar Jengka. Raya ke 3, kami dh bertolak ke Johor pagi-pagi lagi sebab, plannya nk g beraya petang tuh. Ma bekalkan nasi dagang dekat besannya. Nak bagi merasai makanan tradisional orang Kelantan. Abangku pulak balik johor tengaharinya dengan menaiki kereta aku, maklumlah kereta masih baru nak dibandingkan dengan kereta kecil dia. Petang baru sampai disebabkan byk kenderaan di jalan raya. Makanya malam tuh baru kami beraya sakan disekitar kawasan rumah mak. Jam 12.30 mlm , baru kami pulang. Plan esokknya mahu g berjalan rumah saudara mara arwah ayah mentua…tapi sebaliknya yang berlaku. 



Thursday, December 20, 2012

7 bulan


Bila dah masuk 7 bulan, persiapan bayi semua dah tersedia. Prepare biar awl supaya tidak kelam kabut. Beli semuanya dengan berpada-pada. Kata ma dan mak, jangan beli banyak-banyak sebab baby cepat membesar. Nanti kena beli baju lain dah. Jadi untuk baju siang aku beli dalam 5 pasang dan baju malam dalam 5 pasang. Cukuplah sampai 4 bulan dia pakai gamaknyalah. Anggaran aku jelah. Bila anak pertama banyak benda jugaklah kena beli. Kelambu, kain lampin, beg bayi dan macam-macam lagilah. Itu yang teruja tuh nak wat persiapan kelahiran pertama. Persiapan bayi dan ibu banyak jugak habis bila dijumlahkan, tapi nasib baik beli sikit-sikit jadi tak terasa sangat pengalirannya. Kain balut, cawat dan tilam guna yang orang lain saja. Lagipun nak pakai sekejap je. Cawat pakai masa pantang, kain balut dalam 4 bulan, tilam pun dalam 2 bulan saja.  Bukan semua orang bersalin time yang sama. Pinjamkan aje yang moksu nya. Bila dah anak ke 2 atau ke3 juz topup sikit-sikit je. Tak perlu beli semua benda lagi.


Berat badan aku static pulak bila bulan puasa. Bagus jugakkan. Taklah nak naik mendadak selalu. Bila dah perut membesar, aku selalu je cramp kaki. Sakit tu. Bila tanya misi, dia tanya kita pulak, banyak mana minum susu. Laz2 aku yang terkena. Sebab aku tak selalu minum susu. Kalau tiap2 ari minum memang mujurlah. Kadang-kadang selang 2 ari. Bising husbandku. Dia tak pelah memang peminat tegar susu. Kita ni yang lemahnya, x pernah-pernah minum susu kena jadikan minuman rutin pulak. Katanya kurang kalsium tu yang kaki menjadi cramp…Tak nak cramp minum susu jelah jawaabnya.

Seperti biasa bila bulan puasa tradisi munjung ada di Batu Pahat. Mak mertuaku buat bila aku balik ke sana. Kebetulan time tu cuti nuzul quran, jadi aku ada cuti 3 ari. Tapi aku tak balik dengan Lina sebab dia pergi Kuala Lumpur. Disebabkan aku nak balik sangat, aku cari jugak orang yang balik area selatan. Akhirnya jumpa jugak, walaupun tak kenal sangat. Tebalkan muka jugak. Nak naik bas dah tentu tiket habis. Takpun terberanak jugak aku dalam bas, maklumlah dah 7 bulan. Bertolak agak lewat jugak dalam 4 lebih, dan berbukalah kami dalam kereta, makan roti dan pau. Beli siap-siap kat stesyen minyak. Kalau singgah makan nanti lambat pulak sampai. Jam 9 lebih sampai kat Tangkak dan aku turun disitu, jadi husbandku ambik aku kat sana. Tak sabar nak sampai rumah, mau makan nasi. Jam 10 lebih baru sampai umah. Banyak jugaklah aku makan.

Keesokannya ingatkan nak shopping barang raya. Maklumlah pastuh dah tak sempat nak cari barang dah. Sebab itu hari laz aku balik Batu Pahat sebelum raya. Plan nak kuar petang tak jadi, sebab takut tak larat. Cuma pergi cari kerepek-kerepek yang orang kirim untuk raya je. Banyak gak habis, Maklumlah banyak tuan.5 bungkus besar jugak rasanya. Lepas buka puasa baru kuar cari barang raya. Pergi Pacific cari selipar, husbandku pulak cari seluar. Kemudian survey kat tempat baby dapat jugak beli alat-alat mandi tuk baby. Sampaikan nak tutup Pacific tuh. Dahlah ramai orang, nak cari parking pun payah, bila nak kuar Pacificpun sama. Nak dekat 45 minit gak rasanya baru dapat kuar dari parking. Boleh jem pulak. First time shopping malam ari, macam nilah gayanya kot orang Bandar, suka jalan malam-malam cari barang. Balik dari Pacific, husband ajak makan. Aku apa lagi mau char kuew teaw. Dah lama  aku kepingin makanan tuh. Dapat jugak akhirnya Ikutkan hati rasa nak makan 2 pinggan tapi tahankan je..Segan dengan pelanggan yng lain..Memang puas hati bila kita dapat sesuatu yang kita inginkan. Balik dah dekat 12.30 malam. Macam g dating lak rasanya. Balik umh, mak dan adik ipar dah sibuk2 goreng ayam malam tuh. Jadi pagi esok tinggal nak masak benda lain je lagi.


Hari ahad mak buat munjung. Aku tidaklah sesibuk dulu, sebab aku kepenatan. Adik ipar dan mak mertuaku yang bertungkus lumus dari pagi masak di dapur. Aku juz tolong-tolong yang ringan je. Potong tempe, tauhu dan kentang saja. Bila petang aku dah terlentang tambah lak hari panas. Hari isnin aku balik dengan kawan yang sama. Tengahari bertolak dan sampai dah nak dekat buka puasa. Fuh memang penat. Perjalanan yang sangat jauh rasanya.

Ingatkan minum air gula lepas raya. Malas nak ganti puasa banyak. Yang sebelum nih dah 3 ari. Demam sekali, 2 kali yang tak jadi minum air gula. Tapi seminggu sebelum raya dapat panggilan dari klinik desa suruh pergi klinik kesihatan jengka 2 minum air gula. Pergi jelah minum, lepas nih dah tak kena minum dah. Relakan jelah.



Wednesday, December 19, 2012

6 bulan


Bila dah 6 bulan nih, rasanya semua baju keja (baju kurung) dah tak muat. Lebih-lebih lagi seluar jeans. Maklumlah berat badan naik mendadakkan. 10 kg gitu. Itu baru 6 bulan, kalau 9 bulan entah berapalah. Mujur dah nak dekat puasa, tinggal beberapa minggu je lagi, so bolehlah cover sikit berat badan tuh.  Maknanya aku kena cari uniform yang baru. Nak beli maxi, confirm singkat, sebab aku tinggi. Kalau aku pakai maxi mesti terjongketlah, maklumlah perutkan dah ke depan. Penyelesaiannya aku kena cari jubah. Itulah jalan yang terbaik. Jubah bila-bilapun boleh pakai, tapi tulah kena beli jubah saiz besar supaya muat sampai 9 bulan. Tapi bila dah bersalin dah tak boleh pakai jubah tuh, gedoboh pulak. Kalau nak pakai kena tunggu pregnant kali ke2…tapi entah bila pulakkan. Simpan jelah dulu. Aku beli jugaklah dalam 5 pasang. Siap beli online lg. Malas nak survey kat kedai. Yang lain maksu dan kakak ipar bagi pinjam. Dorangpun kalau pakai time pregnant, dari dok terperuk dalam almari lama-lama baik bagi orang pakai. Maxi ada jugaklah aku beli sehelai je. Yang lain pakai yang orang gak. Aku mengajar pakai jubah je, maxi bila time berjalan je, maklumlah nanti nampk sangat kesingkatannya bila menulis di white board kalau pakai maxi.


Result untuk minum air gula dah keluar. Nampaknya aku terlepas untuk first minum air gula. Tapi aku kena minum lagi untuk kali ke 2 tetapi tak tahu bila. Date akan ditentukan oleh misi. Bila dah 6 bulan berat aku dah naik 78.5kg. Dah 10 kg lebih naik….adoilah. Bila first pregnant ni, tak leh kawal semua benda. Berat badan aku naik sebulan dalam 2.5 kg. Nampaknya aku kena minum air gula lagi. Dr nak trace sama ada aku kena kencing manis atau tidak semasa mengandung. Maklumlah aku tak ada keturunan kencing manis, yang ada adalah darah tinggi je.

Aku dapat temuduga kali ke2 di Uitm. Alhamdulilah walaupun candidatenya ramai, aku cuba jugak. Untuk subjek math, ambil masa separuh hari sahaja. Lega bila interview not fully English. Rasanya banyak bahasa Melayu dari bahasa Inggeris. Itu yang bagusnya..Ha3…2 panel dr Uitm Pahang, dan 1 panel dr Uitm Shah Alam. Rupa-rupanya aku kenal jugaklah panel nih, lecturer statistic. Diapun familiar dengan muka ku nih, siap tanya lagi…mudah-mudahan ada rezeki aku kali ini.Rezeki anak ker mana taukan. Interview kali nih lebih rilex and cool je.



Sebelum Ramadhan, aku dah berjaya habiskan 1 Al-Quran.Alhamdulillah... Itulah azam aku bila aku pregnant. Bila dah habis 1 Quran, aku mengamalkan surah Yusof, Maryam dan Luqman. Aku baca bergilir-gilir setiap hari. Surah Yusof untuk kecantikan, surah Maryam memudahkankan bersalin dan surah Luqman untuk kebijaksanaan. Mudah-mudahan anakku nanti beroleh kesemuanya. Amin…Aku juga memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam untuk anak dalam kandunganku ini


.

Sehari sebelum 1 Ramadhan, aku pulang ke Batu Pahat dengan Lina. Aritu kami bertolak awal, dalam 10 lebih. Kelas ke 2 aku cancelkan, maklumlah, studentpun nak balik kampung, apalagi pensyarahkan. Aku sebenarnya bergegas mau pergi klinik Batu Pahat. Entah sempat ke tidak. Time tuh ramai yang balik, maklumlah first puasa bersama-sama family, aku pulak nak puasa dengan husband. Sampai Melaka husbandku terus ambil, dan kami terus pergi ke klinik Azlina nak scan, nak tau jantina baby, masa tuh dah 26 w. Nak g malam risau tutup, masatuh org dah mula terawih. Katanya kalau dah 4 bulan dah tahu jantina. Bila sampai di klinik, seperti biasa menunggu giliran. Husband dan aku masuk sekali. Bila di scan katanya perempuan. Owh anakku perempuan. Tak kisah asalkan sihat babynya. Kata doktor, bayiku ni songsang lagi. Bilalah baby nak turun nih. Jangan risaukan mama yer.

Keesokannya puasa, maknanya first time aku mengandung dalam bulan puasa. Entah larat ke tidak. Cuba jelah. Maklumlah sebelum nih, mulut tak pernah berhenti makan. Jadi tahun nih aku bolehlah puasa penuh. Fisrt puasa di Batu Pahat. Kebetulan pulak time tuh jatuh hari sabtu. Dapatlah aku bersahur dan berbuka  puasa dibelah mertua.First puasa jugaklah abgku accident di Genting Highland sekeluarga, termasuk adikku. Hajat mahu berbuka bersama parents, tapi lain lak yg jadinya.Teruk jugak kereta. Risaunya dengan akak ipar. Maklumlah diapun tengah pregnant jugak…Keesokkannya parents pergi Kalumpang nak tengok apa yang terjadi sambil nak ambil adikku. Maklumlah dah seminggu dia di sana. Aku pula pulang selalunya sampai di Uitm abh yang ambik, tapi kali ni, Lina kena hantar sampai ke UJ. Aku masak yang ringkas2 je, maklumlah buka posa sorang-sorang, mek bagi jugak lauk untukku

Semasa 27w aku mengalami batuk yang sangat teruk, sampaikan aku sakit dibahagian perut. Risau jugak aku, maklumlah takut terjadi apa-apa pada kandunganku nih. Aku mengajak husbandku ke klinik Shaik untuk memeriksa kandunganku, risau kalau terjadi apa-apa. Alhamdulillah kandungan aku ok. Bila kandungan dah membesar, effect pada bayi kurang melainkan pada peringkat mula-mula.Kedudukan bayi masih lagi sama seperti mula-mula aku scan pertama dulu. Tak berubah, cuma berat baby yang bertambah. 27 w aku kena cucuk att dos 1. Semua orang kena cucuk tuh untuk apa aku dah tak ingat, tapi adalah mengenai besi masa bersalin ke apa ntah, tak tahu pulak aku nak explain. Sakit jugak rasanya. Terasa jugaklahkan. Kemudian aku kena minum air gula lagi. Sah-sahlah bulan puasa kena minum air gula jawabnya tak puasalah aku, melainkan puasa dr jam 10 mlm and then berbuka pas ambik darah kali ke2. Bila aku sampai ke sana, gula pulak hbs. Boleh pulak macam tuh. Kan dah sia-sia satu hari. Nak posa mmg x laratlh, sbb x bersahur. Lepas tuh suruh datang keeesokan harinya lagi untuk minum air gula. Air gula x dak lagi. Kalau dah tau x boleh dapat dalam minggu tuh, x payahlah suruh datang. Kan merugikan puasa aku. Kemudian aku kena jumpa sekali lagi dengan doktor. Biasalah bila kena pergi j2 aku memang kena awal, maklumlah mesti ramai patientnyalah. Hahaha aku jadi orang pertama. Walaupun orang pertama, doktor jam 9 lebih baru masuk, so tunggu jelahkan, aku seperti biasa bawaklah keja kesana, dr aku dok melangutkan, seperi biasa tanda kertas. Bila aku jumpa dr, katanya kandungan aku songsang. Risau jugak, tapi katanya boleh trn lagi, maklumlah baby dalam perut nih memang nak sentiasa bergerak-gerak.

Masa 6 ½ bulan, aku dah kena ambil catatan gerakan janin. Yang pasti aku memang kurang merasai gerakan itu, tambah lak bila time mengajar. Orang cakap rasa tapi aku tidak. So aku pun seperti biasalah catatkan tipu2 ckit. Risau jugak sebenarnya, maklumlah kalau jadi apa-apakan dalam perut tuh mana kita taukan. Moga-moga tidak jadi apa-apa. 

Thursday, December 13, 2012

5 bulan


Sebelum semester baru bermula, aku bercuti 2 minggu. Selepas habis intersesi aku pulang ke Batu Pahat dengan Lina. Kali ini aku pulang pagi sabtu. Tak sempat aku nak pulang hari jumaat, maklumlah masa tuh dok settlekan  pemarkahan budak-budak intersesi. Di rumah pulak mak tak berapa sihat, belah bagi jugak nak balik. Ma muntah-muntah dari pagi jumaat lagi sampai ke malam. Kalah aku yang pregnant nih. Kesian jugak.  Malam pun still muntah-muntah lagi.  Ma dok terbaring jelah sepanjang hari. Keesokan harinya, mujur tengok dah ok sikit. So aku rasa sedap hati sikit nak balik ke Batu Pahat, maklumlah nak balik seminggu. Risau jugak nak tinggalkan walaupun ada abah. Nanti sapa yang nak buat keja umah. Keesokan harinya sambil hantar aku ke uitm, terus bawak ma gi klinik. Aku sampai di Melaka dalam jam 3 petang. Tempat biasa mydin menjadi tumpuan, maklumlah tempat perhentian aku di Mydin. Dah depan mata, masuk terus. Beli lagi sikit-sikit barang bayi. Sampai di Batu Pahat dah nak dekat maghrib. Aku duduk di Batu Pahat seminggu. Sepanjang aku berada seminggu disana, ada jugaklah kenduri kendara suadara mara. Aku tak merewang sangat, maklumlah mabuk aku belum hilang. Tambah bila malam hari. Orang sana pulak, malam baru gi tolong menolong. Siang aku duduk dirumah sahaja menghabiskan komik mutiara naga. Aku tak tahu kenapa aku tergila-gila sangat dengan novel nih. Mungkin aku tak berkesempatan nak tengok kesuluruhan karton nih, maklumlah kegilaan budak sekolah pada waktu dahulu. Masa tuh tak silap aku, aku tingkatan 2. Sanggup aku beli komik tuh kongsi dengan husband ku. Seminggu selepas tuh aku pulang ke ulu jempol, husbandku pergi belajar diped di gombak. Masa tuh cuti sekolah dah bermula.
Sem baru dah masuk. Beruntung jugak jadi orang mengandung nih. Kelas kebanyakan semua level bawah. Jam kredit sikitlah nak dibandingkan dengan yang lain. Aku dapat 18 kredit hour. Bak kata kpp nanti terberanak lak kalau bagi banyak kredit hour. Aku apa lagi happy gaklah. Kelas pulak hanya ari isnin sahaja yang pagi. Memang nikmat. Mungkin senang aku nak pergi klinik kot, maklumlah bila dah mengandung nih banyak check up diklinik. So x payah lah aku susah-susah nak gantikan kelas. Budak pra pulak aku dapat pra perakaunna. Syukur jugaklah. Tak yah susah-susah sangat aku nak mengajar. Dorang nih boleh kategorikan pandai jugaklah walaupun ada certain yang kurang, tapi tak berapa ramai. Bila dh masuk sem baru nih, berazam nak coolkan diri. Mals nak marah2…nanti berjangkit lak dengan baby dalam perut nih. Walaupun kadang-kadang geram je rasa, tapi di tahan jugak sifat amarah tuh.

12hb June my birthday. So tak celebrate mana-manapun. Husband lak ada di Gombak. Cuma dapat surprise dari husband. Wow…aku dapat handphone. Canggihlah dari handphone2 aku yang terdahulu. Thanks abang. Bagi hadiah kat ayang. Nak celebrate birthdaypun x leh, ayang masih mabuk lagi. Kita tunggu tahun depan yer….celebrate semua sekali tahun depan. Masa tuh dah bertiga..2 minggu aku bersama husband. Macam belangkas rasanya. Bila dah habis diped seminggu, maknanya cuti sekolahpun dah habis. Husband nak balik batu pahat meneruskan rutin kerjanya. Bila nak berpisah, terasa sedih sangat-sangat. Pembawakan budak kot atau baby dalam perut tak mau papanya balik. Sayu je rasa…Tak pernah aku rasa seperti itu…



Masa 5 bulan jugak, aku dapat interview tetap kat uitm jengka nih. Kebetulan masa tuh,memang semua uitm bukak untuk jawatan tetap. Aku mintak Kedah, Perak, Terengganu, Johor dan Pahang rasanya. Yang dipanggil adalah Perak, Kedah dan Pahang sahaja. Tapi aku tak pergi untuk Perak dan Kedah, maklumlah jauh sangat. Masa di Perak dan Kedah  panggilan interview awal dalam bulan 5. Masa tuh sibuk mengajar intersesi. So aku pergi yang Pahang sahaja. Untuk subjek math tak silap aku 3 hari, maknanya ramailah calon untuk jawatan ini. Padahal kekosongan nak berapa je. Aku hari yang ke3….performance aku masa microteaching sangat tak memuaskan hatiku. Aku tak tahu kenapa. Alamak, adakah aku ada peluang yang cerah. Mudah-mudahan ada rezeki budak. Memang akupun tak puas hati dengan performance aku masa tuh. Keesokanya aku terjumpa KPP pun, dia mengatakan benda yang sama. Aduh, malu jugak jumpa KPP. Tapi tulah kalau ada rezeki, adalah tuh. Aku tak memberi harapan sangatlah sebab aku yang wat microteaching tuh.


Masa 5 bulan jugak, aku dikehendaki minum air gula disebabkan kenaikan berat badan yang terlalu banyak. First time nak minum air gula nih. Aku ingatkan aku kena minum air gula sahaja. Tak perlu berjumpa dengan doktor. So aku rilex2 je lah kat bahagian depan. Bila minum air gula terasa kembang je tekak nih. Manis giler. Macam bubuh 1 kilo gula gamaknya. Sebelum aku minum air gula aku dikehendaki berpuasa dahulu. Maksudnya start dari jam 10 malam, aku tak dibenarkan makan dan minum. Aku minum air gula jam 8.30 dan kemudian ambik darah. Kena tunggu 2 jam untuk ambil darah semula. Masa yang panjang, jadi aku bawak kerja-kerjaku ke klinik, dari aku dok melangut 2 jam disitu tanpa berbuat apa-apa baik aku tanda kertaskan. Biar orang tengok semacam, janji kita tak membazir masa. Masa 2 jam tuh amat berharga rasanya. Banyak keja yang boleh disettlekan. Bila aku jumpa doktor, aku disuruhnya kawal pemakanan, adoilah, laz2 aku kena jumpa lak dengan pegawai zat makanan. Ingat aku nih terlebih makanlah gamaknya, padahal memang betullpun. Dok tanya apa yang aku makan seharian. Kalau dah lapar makan jelah takkan nak ditahan-tahankan. Kesian baby, nak rasa semua benda.  

Satu hal lagi, aku memang liat nak minum susu. Maklumlah memang aku tak pernah minum melainkan masa keciklah. Tapi demi baby, aku gahkan gak minum, takut kalsium dalam badan kurang. Mula-mula minum susu anmum…tapi aku rasa lain je…Bila dah habis 2 peket, aku ubah kepada mamil, ok sikitlah, habis sepeket aku beli yang perasa coklat, lagi ok…Tapi taklah jadi favouritekan. Kadang-kadang aku minum gak yang dutch lady coklat tuh. Yang pasti susu nih aku minum masa aku pregnant jelah..Huhuhu



4 bulan


First time pergi ke klinik kesihatan jengka 2. Emak yang teman. Jam 7.45 am aku dah ke sana. Walaupun klinik bermula jam 8, aku dah orang ke 5 untuk bertemu dengan doktor. Sebelum berjumpa dengan doktor, seperti biasa, timbang berat badan, tekanan darah dan ambil ujian air kencing. Kemudian aku dikehendaki untuk mengambil darah untuk menentukan jenis darah.  Result akan diperolehi dalam 2 minggu. Jam 10 aku baru berjumpa doktor. Hamper 1 ½ jam baru dapat jumpa doktor, padahal aku orang ke 5 sahaja. Macam nilah kot klinik kerajaan. Doktor jam 9 lebih baru masuk keja padahal waktu bekerja start jam 8. Semasa aku berjumpa doktorpun, doktor scan, sama juga uri masih dibawah. Owh, mudah-muahan uri akan naik ke atas. Itupun merisaukan aku. Jam 11 baru aku masuk opis. Kesian jugak kat makku kerana terpaksa menunggu lama. Serik jugak aku nak pergi ke klinik kesihatan…Perkhidmatan yang terlalu lembab. Tapi nak wat macammana, aku memang kena berurusan dengan klinik kesihatan sepanjang kehamilan aku.

Minggu berikutnya aku buat pemeriksaan gigi. Itupun satu prosuder kalau mengandung. Aku pergi ke poliklinik Bandar Jengka untuk pemeriksaan tersebut. Mujur tak mengambil masa yang lama walaupun aku pergi dalam jam 8 lebih. Aku orang yang pertama. Masih sama menunggu doktor masuk dulu. Macam nilah gayanya. Gigi aku dicuci dan di tampal. Padahal aku baru buat pemeriksaan gigi dalam bulan 12 atau 1, x silap aku masa di uitm. Masih ada lagi kerosakan gigiku.
Masa minggu ke 19, aku buat pemeriksaan rutin di klinik desa ulu jempol. Seperti biasa beratku naik. Wow naik 4 kg dalam sebulan. Sudah jawabnya aku kena minum air gulalah sebab berat naik terlalu banyak. Selera aku bertambah-tambah, maklumlah aku tak loya-loya masa mengandung. Muntahpun jauh sekali. Berlainan dengan orang lain. Sedap je makan, maklumlah makan seafood. Ayam dan ikankan tak boleh makan.

 Sekarang aku dah selalu balik ke Batu Pahat. Menumpang Lina. So husbandku yang ambil di Melaka.Aku dah mula mencari barang baby sikit-sikit. Maklumlah kalau beli sekaligus, terasa banyak yang mengalir.. So beli sikit-sikit. First kami beli di Mydin. Setakat 2 helai baju sahaja. Takpe sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Disebabkan tak tahu jantina, jadi aku dan husband ambil langkah selamat beli baju warna putih.

3 bulan


Masa 3 bulan aku ada temu janji dengan doktor iaitu pemeriksaan pertama dengan doktor. Tetapi pada tarikh itu, pertemuan terpaksa aku cancelkan, sebab aku ada interview di UTHM Batu Pahat. Alasan yang ku berikan pada klinik desa adalah aku ada kursus. Langkah selamatlah katakan. Jadi klinik desa akan set kan tarikh lain untuk bertemu dengan doktor. Tarikh yang diberikan adalah minggu depan berikutnya. Nak dijadikan cerita minggu itu, doctor pulak yang tiada, doktor pula yang ada kursus. So, tarikh menganjak minggu berikutnya lagi. Bermakna aku dah 4 bulan time tuh. Pertemuan dengan doctor akan ku ceritakan dalam kronologi 4 bulan.  Kebetulan aku ada dua interview dalam masa satu hari, so x payah susah-susah aku nak ambik cuti.Mudah-mudahan satu daripadanya lekat padaku. Aku rasa dah x sanggup nak berjauhan dengan suamiku tambahan pulak aku berbadan dua.  

1st interview aku di Pusat Pengajian Diploma dan yang ke 2 di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan. Kedua-duanya adalah post pensyarah matematik. Satu mengajar pelajar diploma dan satu lagi mengajar degree. Satu ada mock teaching dan satu lagi adalah interview biasa.  Kebetulan minggu tuh husbandku balik naik kereta, jadi aku terus ikut sekali balik ke Batu Pahat.  Untuk balik ke Ulu Jempol semula, terpaksalah aku balik naik bas, walaupun pada masa itu aku berada pada 1st trimester. Risau jugak. Tapi berdoa banyak2 semoga tak terjadi apa-apa. Takkan aku nak suruh husbandku hantar, tambahan banyak kelas terpaksa aku ganti nanti. Aku pulang melalui Kuala lumpur untuk mempercepatkan perjalanana dan memudahkan aku sampai ke Pahang. Kebetulan pada hari itu, aku adakan kelas cuma di sebelah petang.

 Masa 1st interview bagiku biasa2 je. Lagipun tiada mock teaching, juz berbual2 kosong sahaja. Tapi bagi 2nd interview, tajuk yang diberikan adalah on the spot dan kena prepared dalam masa 10 minit. Bagai nak rak malam sebelum tuh aku prepared untuk mock teaching, laz2 tajuk lain yang diberikan. Itu yang manakutkan aku. Jadi bagiku, aku hanya menaruh harapan pada interview yang pertama. Yang ke dua jauh sekali. Lagipun banyak candidate untuk 2nd interview untuk aku bersaing. Aku hanya bertawakal sahaja. Mudah-mudahan ada rezeki babyku ini.  

Ok, berbalik pada kandunganku ini.  Bila pertemuan dengan doktor asik tertunda je,aku jadi gelisah, maklumlah orang masa 2 bulan lebih or 3 bln dh scan, aku masih  x scan2 lg. So inisiatifnya masa 3 bulan ½ aku g scan di klink swasta Batu Pahat untuk mengetahui perkembangan janinku. Risau jugak kalau terjadi apa-apa. Kebetulan aku balik Batu Pahat menumpang kereta kawanku sampai ke Melaka and then husbandku ambik di Melaka.  Pada masa itu aku sampai malam, maklumlah bertolak dr UiTM pun dh kul 4 lebih and then sampai di Melaka kul 8 lebih. Husbandku tggu di Mydin. Di sebabkan aku dh lama x bershopping, bershopping jugaklah aku di Mydin. Ada jugak sejam berada di Mydin. And then makan mcd di Melaka sebelum balik. Sampai di rumah dah nak dekat jam 11, sbb bertolak dr melakapun dh dkt 10.30 mlm. Keesokan harinya aku dan husband pergi ke kinik untuk scan baby. Nak tahu perkembangan baby, sebabnya aku tak pernah scan sejak mengandung lagi. Permulaan scan resultnya uri di bawah. Doctor nasihatkn aku supaya tidak membuat kerja berat takut mengalami pendarahan. Bila uri dibawah, banyak risiko yang akan berlaku. Aku teruja tengok gambar baby dalam filem scan. Owh x sabar rasanya, walhal baru je 3 bulan lebih. Hari isnin aku balik dengan Lina. Husbandku hantar  di Melaka. Bershopping lagi maklumlah x puas malm tu cari barang. Lagipun aku keluar awal dr rumh. Sampai di Uj, aku tunjukkan filem scan pada parents. Nampknya aku masih menungggu 6 bulan lg untuk dia lahir ke dunia ini. Aku ternanti-nanti saat itu.

Pertemuan kedua dengan klinik desa semasa aku 15 minggu. Wah paling mengejutkan berat badan aku naik 2 ½ kg dalam masa sebulan. Padahal dalam 5 bulan pertama kenaikan yang sepatutnya adalah 0.5kg  sebulan. Naik yang amat mendadak. Fuh, mungkin seleraku bertambah-tambah maklumlah aku tiada alahan semasa mengandung. Cuma aku tidak boleh bau dapur semasa orang memasak. Maknanya aku memang tak masuk dapurlah. Makku sahaja yang masakkan. Aku juga tidak boleh makan ayam dan ikan. Aku rasa seperti kembang je tekak nih. Jadi aku makan seafood sahaja. Itu yang berat badan aku naik mendadak tu kot. Pening kepala semasa di awal kehamilan juga turut berlaku padaku. Mula-mula di awal pagi and then selepas 2 minggu, terjadi di malam hari. Maksudnya sepanjang awal kehamilan, aku memang tidur awal.

Diawal kandungan aku nih, aku teringin nak makan pizza hut. Manalah aku nak cari pizza hut di Bandar Pusat. Paling dekatpun Jerantut. Mula-mula aku tak cakap pada sapa-sapapun. Tetiba aku terlepas cakap dengan makku. Laz2 abah bawak pergi jerantut beli pizza. Tapau je. Beli yang kecik. Nak hilangkan rasa kepingin. Kesian baby nanti, meleleh air liur. Wah bila dapat rasa sikitpun dah jadi lega. Cerita kat husband, diapun kesian, tapi nak wat macammana, husbandku di batu pahat. Kadang-kadang dia rasa terkilan jugaklah, maklumlah isteri nak, tapi husband tak dapat tunaikan. Ulangtahun perkahwinanku bersambut dirumah sahaja. Mula- mula planning nak gi Langkawi, tapi semua tak benarkan, maklumlah 3bulan. Masih berisiko untuk bergerak lasak. Sampaikan  tunda tahun depan. Harijadi mak mertua celebrate di pizza hut. Memang puas hatilah. Sampai tak terhabis pizza hutnya. Siap tapau lagi. Aku rasa aku yang paling banyak makan pizzanya. Maklumlah kepingin tu tak hilang. Sampaikan aku naik muak rasanya.





 

blogger templates | Make Money Online