Friday, July 31, 2009

Sejak UPSI ditutup, terasa sunyi di sekeliling kawasan UPSI. Bagaikan kawasan di serang garuda. Kelihatan pelajar-pelajar mula memakai penutup hidung. Masing-masing sibuk mencari tiket untuk pulang ke kampung. Di saat kawan-kawanku pulang ke kampung tinggalah aku keseorangan di Tanjung Malim. Masing-masing melepaskan rindu di kampung...Aku??Aku masih disini memenuhi tuntutan sebagai pekerja..Tuntutan sebagai pelajar terberhenti untuk seketika. Walaupun terhenti seketika tetapi kerja-kerja hendaklah disiapkan kerana mungkin selepas ini banyak lagi tugasan-tugasan yang menunggu. Berjayakah aku menyiapkannya???Rindu di kampung menggunung tinggi walaupun minggu lepas ibu bapaku baru sahaja datang ke Tanjung Malim...Kampung halaman.... Jauh di mata tapi dekat di hati..Itulah penyedap kata untuk diriku...Sunyi juga tanpa teman-teman disisi. Masing-masing meluangkan masa bersama keluarga...Aku??? Bilakah masa yang sesuai untuk aku pulang ke kampung... Mungkin Hari Raya Aidilfititri...Jangka masa yang agak lama...Bila di belek-belek kalendar akhirnya aku ketemu jua jawapannya..Insya'allah mungkin aku pulang pada Hari Kebangsaan. Dapatlah aku bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga...Akan kunantikan saat -saat ini..Biarlah aku keseorangan di sini tanpa rakan-rakan. Sekurang-kurangnya aku masih ada famili yang terdekat disini...

Wednesday, July 29, 2009

Di sebalik H1N1

Setelah sekian lama penyakit H1N1 menular diseluruh dunia, setelah penyakit ini meragut beberapa nyawa di Malaysia, setelah kebanyakan institusi pendidikan ditutup akhirnya UPSI diumumkan tutup buat sementera. Alhamdulillah moga-moga tidak tersebar dengan banyaknya. Alhamdulillah aku tidak dijangkiti penyakit ini buat waktu ini. Mudah-mudahan dijauhkan. Alhamdulillah test ditunda pada minggu berikutnya. Kenapa alhamdulilah test ditunda??? Sebabnya aku tidak habis studi lagi. X habis studi??? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Hanya sekali belek dan membuat latihan tanpa fokus yang penuh. Tidak khatam untuk beberapa kali..Selagi tidak khatam beberapa kali aku masih tidak puas dan aku berasa tidak yakin untuk menjawabnya. Itulah aku. Sementara UPSI ditutup aku mesti siapkan assignmnet2 yang terbengkalai. Aku tidak boleh leka. Nanti ia membawa padah kepada diriku sendiri. Hendaklah menghasikan kerja yang memuaskan hati sendiri. Good Luck Yuhazlina!!! Chaiyok!!!Gambate!!!Ma'a Taufik Binnajah!!!

Thursday, July 23, 2009

Beberapa hari yang lalu aku telah menemani kawanku Nor untuk membuat eksperimen bagi tesisnya. Ini adalah kali pertama setelah 8 tahun aku tidak menjejakkan kakiku di lab. Terasa janggal dan jakun kurasakan. Aku sudah lupa akan nama-nama alat radas. Mungkin kerana aku tidak berminat membuatkan aku membuang jauh apa yang telah ku pelajari selama ini. Bayangkan selepas tingkatan 5 aku tidak pernah memasuki lab kecuali lab komputer.Mungkinkah aku bertukar bidang????Dari Matematik ke Sains. Dengan pemakaian lab coat bagaikan ahli sains membuat penyelidikan. (Wah..wah..bergaya betul dengan lab coat ijan yang cantik itu) Mungkin tidak. Bagiku sains bukanlah jiwakau. Mungkin jiwaku hanya melibatkan angka (nombor) dan fakta-fakta(sejarah). Dari kecil aku berminat dengan angka-angka. Mungkin itu adalah kelebihanku dari kecil. Sentiasa bersaing siapa yang teratas. Di sekolah menengah bakatku yang lain menyerlah. Baruku tahu aku juga suka menghafal walaupun kadang kala ia menyukarkan dan membebankan fikiran. Mungkin ia boleh membuatkan aku menajamkan fikiranku sendiri...Untuk bertukar bidang, masih belum berada difikiran. Untuk berangan-angan kosongpun mungkin tidak. Di fikiran hanya untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang angka dan menajamkan fikiran supaya sentiasa mengingat dan menghafal.

Tuesday, July 21, 2009

Hidup Memang Payah

Hayatilah bait-bait lagu ini. Setiap kepayahan hendaklah diterima dengan pasrah kerana setiap kepayahan di beri kemudahan tanpa kita ketahui. Bait-bait lagu ini membuatkan aku berfikir sejenak tentang kehidupan yang penuh cabaran, onak dan duri.


Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah
oooo…

Bersama yang susah
adanya mudah…
bersama yang susah…
mudah…

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran
dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)
ulang

Lagu :Yasin Sulaiman
Album :Arus Qudus 2009

Monday, July 20, 2009

ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan); Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj


Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Tuesday, July 14, 2009

Hari ini, aku mendapat satu motivasi yang amat berguna membuatkanku berfikir panjang. Bila difikir-fikir semula ia banyak memberi kebaikan. Tetapi walaubagaimanapun aku tidak berkeyakinan dan tahap konfident masih kurang dalam diri untuk melakukannya. Mungkin kerana aku tidak berani untuk menanggung risiko. Pepatah ada mengatakan Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanaya. tetapi bagiku bila sudah gagal sekali aku akan berputus asa. Masih kuingat aku telah gagal satu subjek, aku tidak dapat terima hakikat itu..Selama 1 bulan aku memikirkannya dan serba-sedikit mempengaruhi diri. Adakah aku terlalu bodoh kerana aku tidak berjaya. Adakah aku tidak belajar selama ini. Persoalan itu sentiasa bermain di fikiran. Untuk menaikkan semangat untuk belajar subjek itu mengambil masa yang lama. Aku tidak tahu kesalahan siapa samada aku atau orang lain. Kadang kala kita tidak boleh letakkan kesalahan kepada orang lain. Biarlah ia dijadikan pengajaran dan pengalaman bagiku. Jadi aku tidak berani untuk gagal lagi. Aku tetap dengan pendirianku iaitu ia tidak akan berubah dan tidak berganjak daripada keputusanku biarpun ada menyatakan aku mampu untuk melakukannya tapi itulah masalahnya aku masih tiada keyakinana dan kekuatan diri. Sejak dari dulu itulah kelemahanku. Sampai sekarang aku masih tidak dapat mengatasinya. Perasaan itu masih menguasai diri. Keputusan yang telah kuambil mungkin tidak akan berubah. Biarlah pelbagai motivasi aku terima.

Saturday, July 11, 2009

Mampukah Aku???

Minggu ini merupakan minggu ke empat sesi pengajaran. Aku dah mula pening-pening dan ketensionan mula melanda diri. Setiap subjek dah diberi assignment dan akan di hantar pada masa yang telah ditetapkan. Bermacam-macam persoalan timbul di kepala.
  • Mampukah aku untuk menyiapkan assignment-assignment itu.
  • Mampukah aku untuk menghasilkan kerja yang baik.
  • Mampukah aku untuk memikirkan tajuk proposal.
  • Mampukah aku mengekalkan keputusanku nanti.
  • Mampukah aku untuk menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada ma dan abahku.
  • Mampukah aku...........

Pening bila memikirkannya semua itu hendak di buat dalam satu masa. Itulah aku yang masih tidak pandai menguruskan semuanya dengan bijak. Tidak bijak untuk mengendalikan masalah ini dengan bijaksana dengan menyelesaikannya satu persatu. Hendak dibuat semuanya dalam satu masa. Akhirnya kesannya juga ke atas diriku sendiri. Mampukah aku untuk mengatasi semuanya ini.....

Friday, July 10, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Bila melihat tajuk entri ini...Mungkin ada bloggers tertarik untuk membacanya kerana tajuknya menarik perhatian. Tetapi apabila membacanya mungkin pelbagai reaksi yang ditunjukkan samada tertarik ataupun tidak.Terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian..

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.ALHAMDULLIAH:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.ASTAGFIRRULLAH:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.INSYAALLAH:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.INNALILLAH:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.LAAILAAHAILLALLAH:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tuesday, July 7, 2009

Berguna Semula

Akhirnya, dapat juga aku menggunakan wireless dirumah sewaku ..Sudah 2 bulan aku tak menggunakan wireless dirumah. Ini disebabkan wireless kad rosak. Jadi terpaksa aku membeli Wireless USB Adapter untuk mendapatkan semula wireless ni. Terpaksa kukorbankan sedikit pulus untuk membeli alat ini. Aku membeli alat ini di ACER. Tawar-menawar adalah kewajipanku apabila membeli sesuatu barang..Akhirnya dapat juga dikurangkan apa yang aku khendaki..Alhamdulillah. Rindu rasanya untuk online. Sudah lama juga aku tidak mengonlinekan diri..Hihihi. Mungkin selepas ini, sepanjang masa aku online kerana semester baru telah bermula dan akan bermula tugas-tugas membuat assignment...Moga-moga ia dipermudahkan.

Monday, July 6, 2009

Berbaloi Akhirnya

Aku telah menyertai tournament bowling Sabtu yang lalu. Tournament ini hendaklah disertai oleh tiga lelaki dan seorang perempuan bagi satu company. Di sebabkan aku adalah satu-satunya staf perempuan di situ, jadi aku kena sertai kerana itu adalah salah satu syarat penyertaan. Sudah lama juga aku tidak bermain. Ingatkan sudah pencen…


Masih kuingat kali pertama aku memegang bola bowling. Masa itu aku berada di semester 2(Diploma). Aku bermain di Mines Shopping Fair bersama rakan-rakan. First bermain aku menang walaupun tidak pernah bermain sebelum ini. Selepas itu bermain bowling merupakan satu tabiat. Bila difikir-fikirkan membazirpun ada bila bermain bowling ni. Setelah beberapa kali bermain akhirnya aku stopkan tabiat ini..

Sekarang aku mula bermain kembali...Bebarapa kali juga aku training…Di Bukit Beruntung dlm 3 kali dan di Kajang 2 kali, untuk membetulkan skill bermain…Permainanku tidak consistent..kadangkala boleh mencecah 100 lbh pin….Dapat jugalah beberapa kali strike…2 hari sebelum tournamanet tangan aku tergeliat disebabkan main bowling..Risau juga. Seharianku sapukan minyak di jari…sekali main 3 -5 kali game…Fuh sakit urat-urat kurasakan…Hari sabtu tiba jua…Selepas selesai kelas pada hari itu, aku cepat-cepat pulang ke rumah dan bersiap untuk ke Kajang bermain. Permainan 3 game…terdapat 9 company yang bertanding. Fuh risau nya…tanganpun masih kurang okey….aku hanya menggolek bola dengan perlahan, x nak menggunakan tenaga risau tangan sakit…kalau 3 game secara purata 60 balingan juga kalau tidak strike….game 1 dan2 aku maintain 100 lebih pin….game yang ke 3 aku sudah tidak berdaya…berserah sajalah. Pengumuman pemenang diumumkan..company aku mendapat no 1 dan aku mendapt tempat ke 2 bagi perempuan.

  • Group Champion
  • Woman Single Runer Up

Berbaloi juga training aku selama ini. Tidak sia-sia kurasakan. Sekarang alu stopkan permainan ini dan tumpukan pada studi pula. Chaiyok...chaiyok na...

 

blogger templates | Make Money Online