Thursday, May 31, 2012

OH TIDAK!!!!

Hari ini seperti biasa, rutin bulananku pergi ke klinik desa untuk pemeriksaan antenatal. Sejak pregnant, rasanya baru 3 kali pergi ke klinik desa dan sekali ke pusat kesihatan. Aku bab pergi klinik desa memang semangat sebab tak ramai orang dan mengambil masa yang sekejap sahaja, dalam 30 minit. Misipun oklah mesra alam katakan. Tapi berlainan pula dengan hari ini, misi yang biasa ku jumpa dah bersalin, jadi orang lain yang ambil alih. Misi yang agak kurang mesra, dan kurang memberi penerangan tentang kesihatan ibu mengandung. Tapi apakan daya terima jelah. Bila bab timbang berat, wow beratku sudah mencecah 75 kg. OH TIDAK!!!Beratku seberat itu. Macam tak percaya.  Maksudnya seminggu sekilo naik. Padahal lima bulan pertama kena naik 0.5kg sebulan. Misipun dh risau, takut apa-apa penyakit yang aku hidapi. Tapi nak wat mcamana, seleraku bertambah, tambahan pulak 2 minggu aku dok rumah bercuti. Tak wat apa-apa. Makan dan tido, manalah tak naik badan nih. Macam belon dh kurasakan. Bila misi cakap suh datang 2 minggu lagi untuk pemeriksaan berat badan, maknanya aku kena kurangkan pengambilan makanan. Kalau boleh aku tidak mau minum air gula. Alamatnya minggu depan aku kena start posalah gini. Untuk mengurangkan kenaikan berat badan. Baru 20 minggu dah naik smapai 75 kg, 20 minggu lg macammanalah agaknya nih. Semua orang dh tak kenal kot....bila berat naik, semua bahagian naik...adoilah..Targetku 80 kg. Tak maulah naik banyak2 dah. Nanti pyh nak trn dah...Risau gak nanti baby besar, payah lak nak bersalin. Dahlah yg first time nih.Tak dpt dibayangkan mcmana. Azam msti ada, untuk motivate diri...OH TIDAK aku tak mau beratku naik lg...Macam mana nih...Moga-moga aku dapat kawal pemakanan ku nnati....

Tuesday, May 29, 2012

Tidak Sepeti Dulu

Hampir seminggu bulan rejab telah berlalu. Dahulu, ia selalu di nanti-nantikan oleh aku. Kini, aku tidak tahu mahu menggambarkan macam mana...Aku pun tidak sedar bulan rejab makin menghampiri. Akhirnya ia berlalu begitu sahaja. Dahulu, pada ketika ini aku sangat seronok mengisi dengan perkara-perkara yang amat berfaedah. Tapi kini tidak lagi. Tidak seperti dahulu, menghabiskan masa dengan perkara-perkara sunat pada bulan itu. Sanggup menahan nafsu sehingga ke malam, seperti pada bulan Ramadhan. Pada tahun ini. aktiviti ini jarang aku lakukan, disebabkan aku berbadan dua. Bukan aku nak menjadikan ia sebagai halangan tapi, kesihatanku yang kadang kala tak mengizinkan membuatkan aku berkata begitu. Alhamdulillah, aku telah melakukan pada waktu-waktu sebelum ini. Mujur juga hutang aku telah diganti pada awal-awal lagi selepas hari raya tahun lepas. Jadi aku tidak perlu memikirkannya lagi. Cuma bila difikirkan ini, bolehkah aku menjalankan kewajipanku pada tahun ini dengan penuh keberkatan. Apa-apapun belum cuba belum tahu. Berusaha untuk menghabiskannya nanti. Insya'allah pada tahun-tahun berikutnya, aku akan mengisi kekosongna hati ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Bila difikirkan aku merindui saat-saat itu pada ketika dulu. Apapun sekarang tidak seperti dulu. Aku merinduinya.

Wednesday, May 9, 2012

Hampir 10hari first anniversaryku telah berlalu. Tiada tempat yang menarik dan tiada makanan yang sedap-sedapku nikmati. Hanya ucapan dan suami berada disampingku. Itupun sangat berharga bagiku. Apapun, aku masih tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Aku masih alahan dengannya. Nak makan tapi tekak tak mahu. Apakan daya. Hampir 2 bulan aku tak menikmati kesedapan makanan. Tiada tempat menarik bagiku, padahal banyak yang telah diplanning bersama suamiku. Alamatnya postpone pada tahun hadapan. Sebab apa??Aku telah dinasihatkan oleh doktor, supaya tidak boleh lasak, tidak boleh banyak bergerak, takut berlaku bleeding sebab uriku masih lagi dibawah dari bayiku. Penjagaan kesihatanku begitu bermakna buat aku dan suamiku, tambahan pula ini adalah anak pertama kami. Perlu menjaga dengan rapi. Ikut sahaja nasihat doktor. Anniversary bila-bilapun boleh di sambut. Zuriat yang ku kandung ini perlu di jaga dengan rapi. Itulah hadiah yang paling amat berharga buat aku dengan suamiku....Apapun semua dipostpone pada tahun depan. Nampknya 2 kali gandalah sambutannya nih...

Monday, May 7, 2012

Doa Mama

Setiap insan yang dilahirkan bagaikan kain putih yang putih bersih. Kitalah penentunya untuk mencorak kehidupan anak-anak kita. Doa untukmu wahai anak:
 "Walaupun dilahirkan tidak sesempurna Nabi Muhammad s.a.w,tak secantik Balqis, tak setampan Yusof, jadilah sehebat Sulaiman, setulus Zulaikha dan sekuat Siti Hajar. Semoga anakanda dapat mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaran  ini dengan penuh taqwa." Amin.....

Saturday, May 5, 2012

Azam Mama

Azam mama ketika mengandungkan dan melahirkan anak-anak mama nanti:

1. Mama akan menghabiskan satu al-quran untuk kamu semua.
2. Mama akan membacakan surah yusof, maryam dan lukman.
3. Setiap hari mama mendoakan anak mama sihat, dan jadi anak yang soleh dan solehah

Semoga semuanya di permudahkan segalanya....

 

blogger templates | Make Money Online