Wednesday, October 27, 2010

Kerja Oh Kerja

Sapa yang tak nak kerja. Semua orang nak kerja. Guna duit hasil titik peluh sendiri. Puas hati. Tak dak sapa yang nak marah. Tapi bila fikir pasal kerja, pening jadinya. Bila nak dapat kerja??Kalau dah kerja, fikir pulak banyaknya kerja. Kalau tak dapat kerja, bila kita kata tak dak rezki lagi, dimarahnya kita. Apa patut kita jawab??Senyap je kot. Tapi tulah bila cakap pasal kerja, mesti ada yang tak kena. Tapi zaman sekarang ni, susahnya nak dapat keja. Tak tahulah kenapa. Sebab dah ramai sangat penganggur kehormat dan juga dah ramai orang yang bijak pandai. Tu yang susah sangat dapat kerja. Bukan tak nak cari kerja, tapi dah memang tak dapat kerja. Maknanya tiada rezeki lagilah tu. Bila nak kata pasal rezeki, bilalh pulak rezeki kita. Asik rezeki orang lain je. Itu semua kerja-Nya. Penentu rezeki kita. Terpulang pada-Nya nak diberikan kepada sapa. Tak boleh pulak nak salahkan-Nya. Kesimpulannya berdoalah moga-moga kita dapat kerja. Berusaha dan bertawakal kepada-Nya. Semoga dipermudahkan segalanya.

Wednesday, October 20, 2010

Sejak dh x dak keja nak buat nih, hari-hari rasa nak update blog nih. Ada kisah yang aku nak ceritakan disini..Aku ni bukanlah jenis yang nak marah orang x tentu pasal, nak tengok aku marah pun jauh sekali. Kecualilah kalau aku bad mood, muka je berubah pastu diam. Itulah sifatku. Tapi tak taulah tiba-tiba mlm tadi aku hangin betul...hot je semacam, taulah dah beberapa hari tak hujan. Bertambah hot aku malam tadi. Di sebabkan kesilapan teknikal sikit pun habis nak ditulis dalam fb. Kalau ayt ok x pe gak...Ini perkataan b***** ditulis. Manalah x hangin aku nih. Wahai cik adik, budi bahasa tu budaya kita. Jadi jagalah perilaku dan budi bahasa sendiri yer. Ia melambangkan peribadi seseorang. Memalukan kaum je x pandai jaga adab sopan dan tatasusila. Jangan memalukan diri sendiri. Itu baru sikit je kesilapan, kalau aku nak hangin dr dulu lg...Sentiasa diganggu tidoku yang lena. Taulah aku tido di ruang tamu. Jangan kau kacau tidoku. Ada ke patut kul 3 pg sedang lena diulit mimpi gedegung gedegang bunyi pintu..Fuh..mana x hangin aku, bila aku sedang dibuai mimpi indah, aku kena kacau. Tapi aku sabar je...Bukan sekali tapi banyak kali... Ada aku post dalam fb???X dakkan...Jadi jagalah diri hiasi peribadi. Setiap perlakuan dan percakapan hendaklah difikirkan dahulu baik buruknya. Biarpun nmpk org tak kisah tapi disebaliknya ramai yang terjerut hati dek perkara ini. Macam mana nak selesaikan. Pandai2lah sendiri.

Tuesday, October 19, 2010

No Idea..........

Beginilah jadinya, bila dah tak tau nak buat apa2...Siang pergi keja siapkan apa yg ptt, pastu mengulor, malam pulak kul 9 dh ttp mata. Adoila, bosan jadinya, kalau tiap2 ari macam nih. Bila time byk keja, byklah pulak kejanya, sampai x cukup waktu dibuatnya. Sekarang dah no idea...Dah x tau nak buat apa...Hu3. Bilalah nak berakhirnya macam ni yer..Kalau nak berjalan tiap2 mggu..pokailah pulak...Lainlah pulak kalau gaji beribu-ribu...Serba x kena jadinya..Perabisnya dok umh tanpa buat apa2. Balik kg syok jugak tapi kalau cuti panjang, habislah pulak gaji...Cuti tanpa gaji..Last sekali kena buang keja. Bosannya hidup ini....Bosan ke?? No idea....Macam mana nih...Dia suh pk pasal kawen kot....Tapi lambat lagi...Hu3..Malas nak pk lg...Last2 no idea jugak......Hu3...

Monday, October 18, 2010

Dah Berhabuk

Wah..dah 2 bulan aku tak menulis dalam blog nih..Dah jadi beku rasanya...macam masuk dalam peti ais...Nak tulis apapun dah tak tau..Bila ada idea, masa tulah ada keja ini, keja itu. Alhamdulillah sekarang aku dah tak sesibuk mana. Dapatlah aku meluangkan masa dengan blog nih..Bersihkan dari habuk-habuk yang dah lama aku tak bersihkaan. Sebagai permulaaan inilah entrinya. Moga-moga pas nih banyak lagi idea aku untuk aku mengupdate blog nih...

 

blogger templates | Make Money Online