Monday, January 31, 2011

Bila usia makin meningkat, aku terasa kekosongan. Kenapa yer? Akupun tak pasti. Aku rasa hidup ini penuh kebosanan. Bosankah hidup aku ini?? Bukan aku tak bersyukur tetapi aku rasakan seolah-olah sepi rasanya hidup ini. Walaupun aku pernah mengalaminya ketika aku di Putrajaya, keadaan seperti itu, aku alami lagi sekali lagi. Kenapa dan kenapa?? Bolahkah aku hidup seperti ini? Owh..Cepatlah masa berlalu. Aku tak sanggup rasanya untuk melaluinya.

Bila usia makin meningkat ini, aku rasa seolah-olah aku makin sensitif, perasa, semuanya ada. Kenapa yer. Adakah disebabkan perubahan fasa. Akupun tak pasti. Aku bukan pakar mengenai bab itu. Yang pasti aku amat perasa sekarang.

Bila usia makin meningkat, aku selalu merindui kampung halaman. Kenapa dan kenapa? Dulu aku tidak begitu. Sebulan sekalipun aku payah nak balik. Tapi sekarang aku menghitung hari untuk pulang ke kampung. Tidak kira lama atau sekejap. Aku tak pasti. Aku merasakan aku perlu menghabiskan masa bersama keluarga. Owh..aku merindui saat-saat itu. Kalau boleh aku ingin terbang pulang ke kampung sekarang. Aku merindui semua itu. Masa itu Emas bagiku, bila kau pulang ke kampung.

Bila usia makin meningkat, banyak yang aku fikirkan. Masa depanku, arah tujuku. Bagaimana?? Aku tak dapat gambarkan bagaimana? Masih samar-samar kurasakan. Beginikah hidup ini. Rintihan seorang perempuan, seorang anak.

Friday, January 28, 2011

Bila aku tulis entri "HIDUP DI PERANTAUAN" macam aku ni dok oversea pulak. Padahal dalam Malaysia jugak, cuma jauh dari family, kawan-kawan. Cuma hanya berlainan negeri dan hanya bersebelahan sahaja kalau ikut peta Malaysia. Nape aku tulis title nih??Gatal tangan kot aku nih. Apa2pun sepanjang aku dok sini, aku tak rasa happy lagi. Nape yer?? Nak kata aku payah nak sesuaikan diri, mcm tak logik pulak sebab sebelum nih aku kira oklah. Dapat terima segala perubahan. Mungkin aku perlukan masa. Bila dok tempat baru, msti ada kawan baru, rumah baru, dan segalanya baru. Bila cerita pasal umh, aduhai, rasa mcm nak botak kepala. Umah flat ur umah teres, Memang aku nak umh teres, selamat sikit kot. Biarpun aku dok sorang-sorang. Keta aku pun selamat. Masalahnya sekarang aku tak tau status umh teres ni mcmana?? Umah oh umah..Cepatlah aku nak settlekan . Tak kan aku nak menumpang umh orang lgi. Pening-pening. Itu baru pasal umh. Nak balik raya ni, satu hal lagi biarpun bukan raya aku, tapi aku mesti mau balik, Cuti lama ma....Macam mana nak balik nih. Jalan pun x tau. Adus...Kalau naik bas, sah2 tiket dah habsi. Itu pun boleh dijadikan masalahkan. Padahal bukan dok jauhpun. Macam aku dok oversea pulak. Nak naik keta, big bos x bagi. Itulah masalahnya, kalau orang tak cayakan aku nih. Bukannya aku tak pandai bawak keta. Entahlah dorang risaukan anak dara dialah nih. Last2 sekali alamatnya aku balik jalan kaki jelah. Sampai ke x yer. Boleh x?? Beginilah hidup kalau jauh dengan family.

Thursday, January 27, 2011

Tugas Bermula

Hampir masuk hari ke 5, aku di bumi seremban ni...Seronokkah?? Gembirakah?? Sedihkah?? Aku tak tahu perasaan aku macam mana ketika ini. Perlu sesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru bagiku.

Mula-mula aku masuk, aku diberi tugas untuk mengajar Statistik. Hanya untuk kelas tutorial. Alhamdulillah, bukannya apa sebab aku tiada langsung pengalaman untuk mengajar. Kalau kelas tutorial, kita hanya bagi soalan dan discuss. Itu sahaja. Tiba-tiba petang aku diberitahu, aku kena tukar subjek matematik. Alamak, walaupun aku major math tapi aku lebih tertumpu pada statistik. Gementar memang gementar, tapi itu tugas aku, aku perlu laksanakan. Mujur jugak, awalnya kelas tutorial sebab kelas lecture dh lepas. Dari 12 jam aku perlu mengajar 24 jam...2 kali ganda ma....hbslah suara aku lepas nih.

First aku masuk kelas tutorial beres, aku bagi latihan je.. Masuk kelas lecturer, fuh sakit anak tekak aku nih. Entah dorang faham ke tidak. Risau jugak aku nih. Mudah-mudahan dorang fahamlah apa yang aku ajar. Ada jugak student yg blind and rabun teruk..Memang cabaran betul bagi aku...aku perlu ada cara untuk menanganinya supaya mereka faham.

Apa-apapun aku perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang dan perlu sgt2 berdikari. Berlainan dengan yang dulu. Apa2 pun terimalah keadaan ini dengan sebaik mungkin.

Sunday, January 23, 2011

Banyaknya aku nak tulis dalam blog nih....Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang aku tak menulis kt sini..Disebabkan aku kebzan, jadi aku tak sempat menulis. Tido ku hanya 3-4 jam sehari. Memang penat. Tapi nak buat macam mana nak kahwin nih, kenalah berkorban sikit, cari duit lebih. Terima kasih yer cik gha, bagi projek kat kyus..Bila dh dapat habuan(kalau banyak mior tomyam kalau sikit ikutlah mana-mana yang padan dengan habuannya yer).Hihihi.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat keja baru. Dapat jugaklah aku nak menimba pengalaman. Yang bestnya interview aku very simple. Mungkin rezeki aku kot. Just tanya boleh mengajar dalam bI, nak gaji berapa n bila boleh start bila? Padahal sebelum tuh bapak aku gelisahnya..hanya ada 3 org saja..dan aku yg last dtg..tapi penginterviewpun x dtg lagi..So, tggu punya tunggu lbh la setengah jam, akulah kalau org lain aku tak tau la pulakkan sebab diaorang dtg awal dari akukan,,Tiba-tiba aku mals nak beramah mesara…bila penginterview sampai, aku yang dipanggil dulu…Interview is not formallah. Akhirnya aku dapat jugak…Barulah pastuh berkenalan antara satu sama lain...

Lepas interview, ada 1 mggu lagi aku keja kat BLT Logistics. Sedih jugak rasa. Bila pkkan masa depan baik aku terima. So sebelum aku kerja aku kena balik kg dl ambik semula baju2 kurung aku yang dah lama tersimpan dalam bilik aku kt kg. Sebb kat sini semua blouse je, sebab aku pergi kerja pakai blouse n seluar. Tak pernah langsung aku pergi kerja pakai baju kurung. Nanti org ckp aku mimpi disiang hari lak.

Disebabkan aku masih ada masa dalam seminggu lagi, aku menghabiskan masaku di negeri perak nih..Esoknya aku pergi Kuala Kangsar, membeli barang2 yang x cukup. Bila dh dok seremban payah pulak aku nak kesana...High cost...Hi3. So membeli belah sakan aku. Bila di opis aku kena settlekan semua kerja-kerja ku sebelum aku serahkan pada org lain..Hari terakhir aku bekerja di BLT company belanja makan. Suruh pilih tempat lg....Apa lagi aku pilih Garden Seafood. Nak makan ayam kampung aku kurang minat. Menu-menu semua aku yang pilih..Memang bestlah. Balik opis lak bos tanya nak gaji tak. aku tak kisah pun sbnrnya.Last2 bos bank in terus...Yang best aku dapat saguhati, separuh dari gaji aku jugaklah....Best2...sebab bila kt tempat baru nih banyak nak kena guna duit. Nak beli itulah, inilah, umh sewa lg...Apapun terima kasih bos.


:: Tanjong Malim, kau dalam ingatanku, aku akan kembali lg untuk seketika nanti

Tuesday, January 11, 2011

SERIKKAH??

Fuh lega rasanya dah selesai keja...Sekarang balik umah tggu masa untuk tido..Kenapa aku lega?? Macam dah serik je....Jangan marah yer cik Jiha. Kalau u kena marah, marah i balik yer balik nanti. Salah aku juga melengah-lengahkan keja. Aku ingat macam wat SPSS je kejanya, tapi nih ambik masa berhari-hari. Tapi nak buat macam mana bila dah balik kampung bermacam-macam benda aku kena buat. Nak buat itulah nak buat inilah. Last-last dh nak sampai submit baruu aku gelabah nak buat. Bayangkanlah ada 7 rakaman nak siapkan dalam masa 3 ari... Semuanya around 20-40 minit....Ha..nak dengar satu-satu, satu hal, dahlah telinga aku expired. HU3....Aku dah jadi feedup, nak termuntah pun ada..Telingapun dah panas, mujur tak cair je..tut..tut...Maklumlah earphone sentiasa ditelinga. Dok mgdap benda nih 24 jam selama empat hari. Bayangkanlah. Macam mana rasanya. Terngiang-ngiang lagi dengar suara-suara ni.Tido pun hanya 2 -3 jam asik dok memikir benda tu, nak mengadap menda tu....Akhirnya aku berjaya siapkan biarpun aku tak pasti dapat memuaskan hati semua pihak ke tak sebab aku tak sempat nak menyemak beberapa kali. Apapun aku rasa macam dah serik. Kalau SPSS x dak serik sangat sebab aku hanya masukkan data. Yang ini nak dgr, nak salin n nak taip semula. Adoila. Kalaulah yg dirakam tu suara aku yang jaring dan lantang ni tak pe. Tapi ni lah kalau ramai sangt suara emas...Hu3. Apa-apapun aku berjaya siapkan akhirnya.

Wednesday, January 5, 2011

Nilai Oh Nilai

Dalam kesibukan diri ini, tangan nih gatal jugak nak tulis entri baru..Hu3..Inipun cerita 2 ari lepas. Tak sempat aku nak ceritakan. Maaf yer bos n cik gha, dalam aku sibuk bekerja untuk kamu berdua nih, aku ambik masa sikitlah nak tulis-tulis kat sini. Bosan juga asik dok mengadap keja je...Insya'allah yang pasti akan kucuba siapkan. Jangan risau yer.

Dua ari lepas aku pergi ke nilai. Nak berjalan2 lah kononnya. Igtkan nak bawak keta kecik aku nih...laz2 abang aku bawak keta besar dia. Nasib baik jugak bawak keta besar dia..penuh bonet dia + tempat duduk aku kat belakang nih. Abang aku dah agak, kalau g sana, ada jelah benda yang nak beli, biarpun sebelum pergi kata nak beli barang sikit je. Jalan-jalan kat sana igt nak g thank-Q tapi tutup pulak. Terpaksalah pergi kedai lain dan survey harga-harga barang kat situ. Memang lenganglah aku pergi sana,, sebab weekdays orang lain keja, kitaorang pulak cuti. Apa-apapun senang aku nak tgk barang-barang tak yah lah susah...3-4 buah kedai jugak pergi. Ada satu kedai tuh bapak mahalnya harga..Hu3..Budget dhlah sikit, nak beli yang mahal-mahal pulak.

Sambil-sambil survey nih, wow cantiknya tempat gubahan. Banyak yang dijadikan contoh. Yang terkejutnya ada yang sampai 4 angka. Kalau 4 angka tuh..mesti anak-anak datuklah yang beli. Aku tak mampu...Banyak lagi yang hendak digunakan. Huahuahua..aku ke situ nak beli bnda lain, tapi yang lain pulak aku nampak. Alamak macam mana nih...Yang pasti aku kena beli ur tempah sebab aku bukan kreatif sangat bab-bab nak menghias nih. Memang aku fail..tahan-tahan..Beli yang perlu dulu..selesai beli barang-barang, barulah g jalan-jalan cuci mata kat tempat lain. Yang nih kalau nak beli barang sikit jelah..sebab budget semua dh habis beli barang-barang tadi....Apapun mungkin yang pasti aku akan ke sana lagi untuk membeli bekas itu....Kumpul duit banyak-banyak dulu. Biar puas sikit aku nak memilih. Sapa yer nak ikut aku beli barang nih.... Barang bahagian aku punya pun tak cukup lagi. Itulah dulu beli sikit. Igatkan dh cukup. Tapi rasa macam tak cukup je..X kan aku nak g Kuala kangsar. Tapi baru nih macam nampak ada, pastu aku x jumpa dah. Apapun....Nilai aku akan kembali lagi...Bila???Tak dapat dipastikan lagi...

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru???

Wah sejak tahun baru nih, banyak pulak aku nak conteng-conteng kat blog nih.Padahal banyak yang x sempat aku nak post sepanjang aku cuti lama kat kampung ni. Walaupun dah beberapa hari berlalu 01012011, tapi aku nak jugak tulis tentang azam baru aku nih.

Setiap tahun baru, setiap orang mesti ada azam baru…begitu juga aku..azam dulu???Entahlah tercapai ke tak, sebab aku pun dah lupa…Mungkin ada yang tercapai dan mungkin jugak tidak. Apapun aku telah berjaya menamatkan pengajian aku diperingkat Master, Cuma tinggal untuk konvokesyen. Apa azam aku yer tahun ni?? Banyak tak terkata rasanya. sSkit jelah yang aku tulis kat sini, nnti org cakap azam je lebih tapi tak tercapaipun...

1. Jadi anak yang solehah
2. Jadi isteri yang solehah(ehem..ehem, tahun yang bertukar status nampak)
3. Memperoleh kerja yang lebih baik
4. Menyimpan sebanyak mungkin.(Boleh ke??)kalau dulu boleh, xkan sekarang x boleh.
5. Membayar PTPTN sebanyak mungkin (malas nak berhutang lama)
6. Turunkan berat badan ~~50kg (ahaks ..ahaks...mampu ke aku)

Itulah azam aku yang utama rasanya. Yang ingin aku lakukan sepanjang tahun ni

Monday, January 3, 2011

CUTI PANJANG 2

Hari Keempat

Cuaca mendung, tapi plan arini mau ke Temerloh. Settlekan semua kerja. Buat sarapan terus masak tengahari. Jam 10 dah bertolak ke temerloh. Bersama dengan ma dan abah. Tujuan?? Mau cari barang-barang yang diperlukan. Apa dia yer??Tentulah karpet dan langsir. Walaupun tangan ma masih tergantung di leher, ma ikut jugak ke temerloh takut kitaorg salah beli atau ma x puas hati. Tangan tergantung, tergantunglah asalkan barang yang di beli ok. Wah habis hamper dua belah tgn jugak padahal 2 jenis barang je beli….karpet n langsir..mahal jugak yer(zaman sekarang mana ada barang yang murah-murah dah). Dapat sms dr Jiha, nak result questionnaire n temu bual. Alamak aku x start lagi nih, huahuahua…kalau questionnaire tuh jap je…Yang temu bual tuh yg lama. Padahal dah lama aku dapat..Cuma malas je aku nak buat..Sempat ke x nih…Mood nak buat x dak lagi nih..Tolong-tolong. Balik umah dh petang, apa lagi penat je yg dapat..Tak dapat nak buat lg…

Hari Kelima

Seperti biasa mengerjakan rutin harian…Selesai buat sarapan terus masak tghari..disebabkan aku mahu keluar..Alang-alang aku cuti yang kena tolak gaji ni, baik aku bereskan apa yg patut. Pergi ke poliklinik untuk membuat ujian saringan HIV..Alamaklumlah bakal pengantin kononnya. Setibanya di sana, nurse kat situ minta kau borang. Terpinga-pinga jugak aku nih. Aku igtkan borang ambik kat hospital, rupa-rupanya kena pergi ke pejabat agama untuk ambil borang. Mujurlah aku pergi dengan abh, hajatnya mau g sorang2…pejabat agamapun aku x tau kat mana…Pergi ambik borang yang hanya sekeping itupun poliklinik x leh sediakan ke?? Mujur kat pejabat agama x dak apa2 kena buat juz ambik borang je. Mujurlah dekat antara pejabat agama dan poliklinik. Selesai urusan pendaftaran, pergi ke bilik saringan. Lama jugak aku menunggu giliran. Bila sampai giliran aku, byk yang ditanya oleh nurse lelaki, aku x pasti pangkat apa, jadi aku pggil nurse je…Bila time nak ambik darah, nurse perempuan pulak yang ambik tugasan…Tiba-tiba dia bersuara, “Ish..ulu jempol nih boleh je pergi jengka 2, nak jugak pergi kat Bandar Pusat” dengan sinisnya..aku apa lagi menjawab “ Saya kalau tak kena pergi hospital kerajaan nih, saya x pergi, saya pergi swasta je”( tapi dalam hati jelahkan) Geram tol aku. Layanlah pesakit elok2. Ikutlah pesakit nak g hospital mana….Dahlah cucuk aku 2 kali. First tgn kanan, darah tak kuar, mujur kali ke dua tangan kiri, darah kuar. Kalau tak mmg aku maki hamunlah…dahlah hati tengah panas membara angkara tadi. Selesai ujian makmal, result kuar dan aku perlu jumpa DR. Alhamdulillah darah aku non reaktif, dan aku…Kesimpulannya aku tiasa HIV dan Talesemia. Jadi aku boleh kawan….Abang, ayang dah selesai buat ujian saringan ayang..Abang macamana yer?? Tangan masih rasa sakit dan bengkak. Singgah di pejabat pos untuk mengeluakan duit..untu apa??Untuk shopping kat Nilai. Malas aku nak berebut bila asb boleh kuar, jadi aku kuarkan yg lain dulu..bila terdesak barulah aku kuarkan ASB pulak…Bila dah semakin hamper, tiada masa untuk aku simpankan wang lagi. Kuarkan lagi ada…sampai umah, hujan turun, baru aku start wat keja Questionaire. Petang ma na abh pulak kuar utk berubat ma. Sambil aku tgk bola sambil aku buat keja…Keja xsiap lagi, sambg keesokan harinya.

Hari Keenam.

Seperti biasa melakukan kerja2 rutin dan menyiapkan spss. Kemudian buat kerepek pisang pulak, ma teringan nak makan. Dari jam 3 samapi ptg….dapat jugak 4 balang. Dapatlah mengunyah-nguyah jugak… settle keja spss. Tggl utk temu bual. Igtakan mau g Bandar pusat nak pergi tempat mak andam. Tapi hujan tak berhenti-henti dr malam tadi. Manalah abh nak bagi aku drive sorang-sorang…


Hari-hari seterusnya, aku mengerjakan rutinku seperti biasa sambil menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Akhirnya aku sampai di Tanjong Malim tapi bukan dirumah sewaku, tapi dirumah abangku. Dan akhirnya dapat juga aku mengepos blog ini, sepanjang aku bercuti panjang








Sunday, January 2, 2011

CUTI PANJANG

Memang aku puas hati duduk kat kg selama 10 ari. Byk juga aku buat kat umah sepanjang aku bercuti. Sampaikan aku puas rasanya. Maklumlah internet macam ciput kat sini. Jadi aku malas nak melayari internet (padahal nak buka facebook), kalau tidak habis aku sumpah seranah (dalam hati jelah) sebab terlalu lambat. So..kesimpulannya dari aku dapat dosa kering (kuarkan kata-kata kesat) baik aku tak yah on internet. Apa-apapun aku puas hati dapat tolong apa-apa yang patut, sepanjang aku bercuti nih. Alhamdulillah, tangan ma pun dh ok sikit walaupun masih tak boleh membuat kerja dengan tangan kiri lagi. Apa-apapun moga-moga ma cepat sembuh sebelum kenduri aku nanti (macam nak buat awal je..ish..ish..ish)


Hari Pertama::

Apa yang aku buat, biasalah pagi-pagi selepas selesai aku mengerjakan suruhan-Nya, aku buat sarapan. Selesai aku buat sarapan, tiba2 aku jadi pekebun, mana taknya aku mmg jarang buat kerja luar rumah, sebab aku alahan sikit dgn habuk, debu dan kotoran. Kalau tidak kena telan ubat, tidolah jawabnya pas tuh. Pagi tu aku kena bersihkan kawasan belakang rumah..membuang daun-daun pisang yg tak elok dan menebang pokok pisang. Adoila…org x pernah buat keja nih, lainlah caranya menebang pokoknya. Padahal sekali dua je cantas terus tumbang, dapat dengan aku lebih 5 kali. Pegang parang pun macam kekok. Dapat dengan ma, gelak aja, x nak suruh kena suruh, kalau tak, sapa nak buat. Ikutkan aje…Selesai keja luar rumah, uruskan dalam rumah. Petang abang aku kat kuantan balik. Tugasan aku sudah menunggu. Dia bawak balikk pizza, puas hati aku makan. Malam x mula lg kerja, sebabkan dia tido jadi aku tidak dapat membuatnya seorg diri..kena tggu guide dari dia.

Hari Kedua::

Selesai membuat sarapan, aku menolong abg mengesahkan jawapan. Seharian jugak mengadap. Boleh berpinar mata aku rasa. Sekejap rehat dan smbg semula. Mana taknya sambil menonton bola, mulut nih mengira2 markah. Yang beznya aku dapat upah..Yahuu..Aku bukan mengharap sangat tapi kalau dia dah nak bagi, aku ambik je…sebab akupun terdesak..almaklumlah hari bersejarah makin dekat..poket pulak makin menipis. Thanks yer..Kalau nak sponsor kawen banyak-banyak ok gak kan.

Hari Ketiga::

Menyambung kerja abg sehingga ptg. Kena siapkan sebab petang abg dah nak balik Kuantan. Terima kasih yer bagi habuan. Walaupun aku rasa macam byk tapi aku ambik je tanpa banyak soal. Rezki jangan ditolakkan. Malam aku berehat dan tido awal. Maklumlah penat mengiralah kononnya.


BERSAMBUNG

 

blogger templates | Make Money Online