Wednesday, December 30, 2009

Memoir 2009

2009 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui sepanjang tahun ini. Manis bagaikan gula dan pahit bak hempedu. Kenangan ini sentiasa terpahat di hatiku. Setahun aku menjadi penghuni kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Disinilah tercipta sejarah, yang tidak pernah aku perolehi semasa di Universiti Teknologi Mara (uiTm). Alhamdulillah tanpa kusangka-sangka, aku memperolehi CGPA yang penuh pada semester 1. Mungkin itulah titik peluhku selama ini dengan perubahan persekitaran, kawan-kawan baru dan stail pembelajaran yang perlu aku biasakan. Inilah rewards yang aku perolehi. Dengan keputusan itu, aku juga mendapat hadiah daripada orang yang tersayang. Terima kasih diatas segala-galanya.

Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan


2010 pastiku nanti kehadirannya. Bermakna umurku akan bertambah lagi. Mungkinkah banyak lagi kenangan yang akan tercipta. Wallahuallam.

Thursday, December 24, 2009

Sedih dan Gembira.

Bila aku tension, disinilah tempat aku meluahkan segalanya. Proposalku ditolak lg. Tension teramat sangat apabila proposalku ditolak mentah-mentah walhal supervisorku memberi cadangan untuk membuat kajian tersebut. Apabila ditolak mentah-mentah aku kena memikirkan tajuk yang baru. Kali ini supervisor juga memberi serba-sedikit apa yang patut aku buat. Tapi aku tidak tahulah kalau yang inipun ditolak.Untuk membuat proposal yang baru..aku juga memerlukan mood kerana mood aku telah hilang apabila proposalku ditolak.Betapa aku telah bertungkus lumus untuk menyiapkannya. Akhirnya kedalam tong sampah jua akhirnya. Tension teramat-amat sehinggakan sekarang aku masih tidak memulakannya walhal sudah hampir 3 minggu peristiwa itu berlalu.. Awal Januari aku kena menyerahkan proposal yang baru..tetapi aku langsung tidak memulakannya. Mujur aku mengambil mod a, kalau mod b mungkin teruk lg nasib aku ini.
Dalam aku berduka, aku gembira juga kerana aku dapat mengambil 4 subjek untuk semester ini. 3 subjek bidang dan 1 subjek pendidikan. Walaupun berat akan kucuba juga. Aku memang bercadang untuk menghabiskan semester ini, tetapi kalau aku tersangkut dengan projek paper aku reda, sekurang-kurangnya aku menghabiskan subjek yang wajib kuambil. Mudah-mudahan aku berjaya untuk menghabiskan semuanya.

Thursday, December 3, 2009

SPSS oh SPSS

Statistik telah sebati dengan jiwaku. Sejak dari diploma, degree sehinggalah ke master aku mempelajarinya. Apabila mempelajari statistik secara automatik aku juga mempelajari software SPSS untuk statistik. Walaupun banyak software lain aku pelajari seperti ARENA untuk simulation tetapi aku mempelajari SPSS dengan lebih mendalam. Sewaktu aku belajar di peringkat diploma dan degree aku hanya menggunakan SPSS untuk kegunaanku sendiri. Menyiapkan projek dan assignment-assignment untuk subjek statistik. Aku tidak terfikir selama ini melalui SPSS kita boleh membuat bisnes. Mungkin pada waktu itu aku berada di fakulti yang mempunyai bidang statistik, jd taggpanku semua orang tahu mengenai SPSS. Walaupun di akhir peringkat degree, aku tahu melalui SPSS kita boleh membuat bisnes, tetapi aku masih tidak memikirkannya lagi. Tapi kini apabila aku diperingkat master, aku mula membuat bisnes dr SPSS. Itupun bermula dengan my housemate meminta aku menganalisis data untuk husbandnya. Kemudian untuk kawn-kawan husbandnya. Tidak sia-sia apa yang ku pelajari selama ini. Aku mula berdikit-dikit. Aku mula menyiapkan tesis-tesis orang bermula dari bab 4 hingga ke bab 5. Mungkin mereka lemah dalam SPSS dan tidak diberi pendedahan tentang SPSS menyebabkan mereka tidak tahu membuat analisis melalui SPSS. Aku mula mengambil upah untuk analisis data, seronok juga rasanya kerana aku dapat menggunakan balik pengetahuan dan kemahiran ku yang ada selama ini. Tidaklah terus hilang. Aku membuat kerja itu untuk mengisi masa lapang sambil-sambil mencari duit poket untuk perbelanjaanku.Moga-moga ia di redhai oleh-Nya

Monday, November 23, 2009

Berjayakah Aku???

Berjayakah Aku???Ia tidak berkaitan dgn keputusan peperiksaanku. Aku sudah tidak ambil peduli dgn keputusan peperiksaan. Walaupun pd mulanya aku tidak boleh terima hakikat bhw aku tidak boleh mndpt keputusan cemerlang sprti dulu. Aku akan terima dengan hati yang terbuka dan redha akan keputusanku nanti. Aku tlh berusaha, bertawakal dan hanya berserah kepada-Nya.


Semakin hari semakin dekat kurasakan untuk memasuki sem baru. Aku mula berkira-kira utk membuat perncngn. Moga-moga aku berjaya dgn perncngn itu. Sem depan aku memasuki semester ke 3. Diikutkan aku hanya tggl 4 subjek untuk kuhabiskan dgn 1 projek mini tesisku. Disebabkan aku adlh pljr fultime, boleh dikirakan byk masa yg terluang. Aku mula membuat perancangan. Perancanganku adalah untuk menghabiskan pengajianku pada sem 3. Proposalku sudah siap walaupun mungkin masih byk lagi yg perlu diperbaiki. Keputusannya mggu depan sama ada proposalku diterima atau tidak. Perkara itu masih 50%. Sekarang yang penting adalah jadual kuliahku. Apabila kuanalisis kembali jadual2 semester2 sebelum ini, untuk subjek bidang dioffer 1 subjek untuk satu sem. Secara logiknya aku kena ambil 4 sem dan sem yang last hanya tinggal 1 subjek. Kalau boleh aku mahu menghabiskan semua subjek sem depan. Untuk mmstikan lg ttg jadual kuliah aku tlh menelefon opis fst untuk menanyakan hal itu. Selepas aku menelefon fst, jawapan yng kuterima x memuaskan hatiku, lalu aku menelefon ketua jabatan matematik untuk memastikan supaya aku boleh mengambil semua subjek sem depan. Kata putus darinya mmg dioffer 2 subjek bidang utk sem akn dtg tetapi mungkin clash. Jadi aku meminta jasa baiknya supaya subjek itu tidak bertndh dgn jadual waktu yang lain. Mudah-mudahan pendapat aku diterima. Aku kena igtkannya kembali mengenai hal itu.Mudah-mudah aku berjaya dengan perancangan ini. Kalau aku berjaya, aku dapat menghbskan pengajianku dengan cepat.

Wednesday, November 11, 2009

Plan Tak Jadi

Sedih rasanya bila apa yang kurancangkan semua tak jadi. Ingatkan aku dapat bercuti panjang selepas raya haji tapi hanyalah angan-angan kosongku sendiri. Selepas exam aku berhempas pulas menyiapkan proposalku yang sudah lama aku sengaja tangguhkan memberi ruang kepada final examku. Aku bersungguh-sungguh siapkan walaupun berdikit-dikit. Bila asik dok mengadap bosan juga. Tapi aku tetapkan hati aku untuk menyiapkannya walaupun banyak pembetulan yang perlu aku perbaiki nanti. Aku tetapkan hati supaya dapat menyiapkannya walaupun aku terpaksa menetap di putrajaya selama 3 hari untuk mencari bahan-bahan untuk proposalku. Akhirnya aku berjaya mghntr proposal dekat sprvsrku. Aku mengharapkan sprvsr dapat membaca proposalku dlm masa terdekat ni supaya aku dapat buat pembetulan dan dapat aku bercuti pnjg. Tetapi aku tidak bernasib baik, mungkin sprvsrku sibuk, dia hanya sempat membaca tapi tak sempat untuk berbincang. Khbrnya awl bulan 12 baru aku dapat berbincang dengannya. Apakan daya, aku terpaksa btlkan cuti ku walhal sudah lama perancangan itu ku buat. Sudah lama aku tidak menghabiskan masa dengan family.. Bila lagi waktu seperti itu akan tiba. Mood cutiku terpaksa kubuang jauh-jauh. Hanya disebabkan proposalku, semua plan ku x jd. X pelah bila lg aku hendklah melakukan pengorbanan, walaupun mungkin ma dan abah menyuruh aku tggl di rumah dalam jangka masa yang lama. Aku tidak dapat turuti. Aku mungkin akan pulang beberapa kali. Untuk menghadiri majlis2 kenduri kawan2ku. Dapatlah aku pulang ke rumah walaupun tidak lama. Aku terpaksa aturkan plan yang baru kerana plan lama ku sudah x jd.

Thursday, November 5, 2009

Sudah lama aku tidak menjejaki kakiku ke Putarajaya. Hampir setahun lamanya aku tidak mengunjungi tempat itu. Dulu aku menabur bakti di Kementerian Kewangan hampir 3 bulan
( mcm lama lak). Lamalah tu dalam 70 hari. Pada waktu itu aku tidak sabar dan menghitung hari untuk menghabiskan kontrak tu di sana. Terseksa jiwa ragaku dengan keseoranganku disana, tension ditempat kerja, dan mcm2 lagi. Tiba hujung minggu yang pasti aku menghabiskan masa di rumah sewa lamaku di Shah Alam. Bagiku di situlah tempat aku untuk meluahkan segala-galanya. Hidupku di Putrajaya hanyalah di tempat kerja dan di rumah sahaja. Bagiku tiada life disana. Aku menginginkan suasana yang tenang dan damai bukan keadaan di Putrajaya.

Dua hari lepas aku ke sana lagi dengan nor dengan tujuan mencari bahan untuk dimasukkan di dalam tesis. Pada mulanya sesat juga untuk mencari KPM sehinggakan terlepas tempat itu sehinggkan meminta pertolongan orang untuk di tunjukkan bahagian KPM. Mujur aku berdua kalau tidak terpinga-pinga juga. Aku berkampung 3 hari 2 malam di sana menumpang di rumah kawan Nor. Walaupun kurasakan lama tetapi bagiku masa itu emas apabila berada disana. Mencari rujukan yg boleh kukatakan banyak dan berguna untuk tesisku. Sepanjang masa kami berada di sana dr pg sampai ke petang terasa sayang untuk berganjak dari situ. Tapi apakan daya, masa amat mencemburui sehinggakan hari ketiga kami kena balik ke TM kerana banyak urusan yg masih belum selesai.

Peristiwa setahun yang lalu berlaku lagi pada hari semalam. Sedang aku asyik mencari bahan tiba-tiba tapak kasutku hampir tercabut. Hilang segala konsentrasi dan moodku. Mujur pada waktu itu jam sudah menunjukkan 3.30 ptg. Masa tinggal sejam saja lagi. Tapi yang merisaukan aku bolehkah aku sampai ke rumah kawanku dengan kasut yang tapaknya hendak tercabut . Untuk menuju ke perhentian bas boleh dikatakan agak jauh dan untuk sampai ke rumah pun jauh. Memang berkaki ayamlah jawabnya. Mujur juga ada kawanku berada diputrajaya mempunyai kenderaan dan meminta tolong hantarkan ke alamanda untuk mencari kasut baru..Asalkan boleh kupakai untuk balik kerumah dan balik ke TM.

Peristiwa ini pernah juga terjadi sewaktu kerja dahulu. Sudahlah tempat menunggu bas jauh untuk pergi dan pulang. Tengah bekerja tiba-tiba kasutku putus. Mujur kawanku seopis mempunyai kenderaan sendiri. Jadi aku dengan malunya meminta tolong kawanku hantarkan aku pulang kerumah. Dahlah rumahku di ceruk kawasan. Tapi apakan daya. Aku memang perlukan pertolongan. Aku ingatkan perkara seperti ini tidak terjadi lagi..Akhirnya terjadi lagi di tempat yang sama. Putrajaya Oh Putrajaya. Banyak kisah yang terjadi disini. Yang pahit-pahit belaka. Yang manis-manis kurang saja.

Sunday, November 1, 2009

Semalam aku menghadiri seminar matematik. Walaupun aku hanya menghadirkan diri untuk separuh hari banyak juga pengetahuan dan pengalaman yang kuperolehi. Aku melihat banyak pembentangan untuk research dan proposal yang dibuat oleh lecturer, pelajar sarjana dan pelajar sarjana muda. Aku semakin berkobar-kobar untuk menyiapkan proposalku. Targetku bulan 12 ni aku dapat membentangkan proposalku supaya aku dapat menyiapkan tesisku dengan cepat. Kalau tidak bulan 12 awal bulan 1 pun boleh. Tetapi dalam masa yang terdekat ini (Mudah-mudahan supervisorku membenarkan aku membentangkan proposal dan moga-moga proposalku tiada masalah). Moga-moga ia tidak tertangguh lagi. Sementara cuti semester ini, aku menghabiskan masaku dengan menghadap proposal. Walaupun tidak banyak kubuat dalam satu masa tetapi aku dapat menambahkan apa yang diperlukan dalam proposalku.Satu peningkatan yang membina walaupun aku tidak tahu ia diterima atau tidak oleh supervisorku. Yang penting aku dapat menyiapkan ketiga-tiga bab dan kemudian baru berjumpa dengan supervisorku. Aku perlu mencari banyak bahan lagi untuk proposalku. Tak sabar rasanya untuk aku menyiapkan proposal dan membentangkannya. Kalau aku berjaya membentangkannya separuh dari tesisku sudah siap hanya menyiapkan 2 bab saja lagi. Moga-moga semangatku bukan hanya sekadar sekerat jalan.

Semasa aku menghadiri seminar ni, 2 lectureku yang mengajar subjek semester yang baru lepas menghadiri juga seminar ni. Aduh...risau dibuatnya apabila kedua-dua lecturerku mengatakan ramai yang tidak dapat menjawab dengan baik. Untuk 1 subjek memang terang-terang aku tak confident langsung untuk menjawab kerana bagiku soalan yang diberikan begitu susah. Tetapi yang peliknya subjek satu lagi, aku rasakan aku dapat menjawab dengan baik walaupun aku tidak cukup masa untuk menjawabnya. Walaupun semasa final bagi kedua-dua subjek yang kuambil banyak dugaan dengan cabaran, aku berjaya juga tempuhinya. Subjek pendidikan aku telah studi dengan awal kerana ia memerlukan penghafalan. Walaupun kurasakan dapat score subjek ini, tetapi apabila lecturer mengatakan ramai yang tak boleh menjawabnya aku mnejadi begitu takut. Adakah aku tergolong dari golongan itu? Minta dijauhkan. Pengajaran daripada ini aku tidak perlu main-main dan ambil lewa untuk subjek semester akan datang. Tetapi adakah aku main-main pada semester yang baru lepas ini??Mungkin subjek yang kuambil baru ini mencabar mindaku. Aku hanya berserah...Tunggulah kemunculan resultnya nanti...

Sunday, October 25, 2009

Masa Cepat Berlalu

Berakhir lagi 1 semester. Terasa cepat masa berlalu. Tugasan-tugasan, assignment, final exam semuanya sudah selesai. Hanya tinggal 1 lagi iaitu proposalku. Walaupun kurasakan semester ini tidaklah sebaik semester lepas, aku hanya berserah dan bertawakal kerana aku telah berusaha dengan seadanya yang aku mampu. Tidak perlu mengingati hanya dijadikan sebagai pengajaran untuk panduan masa depan, walaupun mungkin terasa perit untuk menerima keputusannya nanti. Tingkatkan usaha untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Cuti ini aku berazam untuk menyiapkan proposal supaya ia tidak tertangguh lagi. Banyak masa untuk proposalku terpaksa ditangguhkan kerana masa kuperuntukkan untuk menyiapkan semua tugasan-tugasanku sehinggakan proposal tidak sempat kubuat. Aku hanya mahu concentrate satu persatu supaya aku dapat menghasilkan yang terbaik. Tiada agi novel untuk mengisi masa lapangku.. Cuti semester lepas aku banyak menghabiskan masa dengan novel-novel tapi cuti kali ini aku dikelilingi dengan tesis-tesis.

Monday, October 12, 2009

Selepas exam semalam, kurasakan fikiranku kosong. Tidak tahu apa yang patut ku buat. Menghabiskan masa dengan sewenang-wenangnya tanpa diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Menonton cerita, berym, berfs, berfc, berblog dan macam-macam lagi sehinggakan aku tidak tahu apa patut aku buat lagi walhal aku masih tinggal 1 paper untuk sem ini. Mungkinkah aku perlu beristirehat selepas apa yang berlaku padaku sebelum ini. Tapi untukberapa lama?? Aku perlu mencari mood untuk studi supaya aku tidak rasa kecewa seperti paper yang lepas walhal aku sudah prepare lebih awal. Aku perlukan tajamkan minda kuatkan ingatan untuk subjek ini. Aku tidak tahu bagaimana aku hendak memulakannya. Apa patut aku buat? Membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Tidak!!!Tapi bagaimana harus aku lakukan???Mood datanglah dan masuklah ke dalam diriku ini.

Sunday, October 11, 2009

Hari ini aku berjaya menghabiskan 1 paper. Walaupun tidak puas hati dengan skrip jawapanku, aku terpaksa penuhkan jua ruangan-ruangan yang ada, moga-moga ada markah tambahan yang ku peroehi. 2 hari sebelum paper ini, aku telah terkena keracunan makanan. Bermula hari jumaat. Aku mengalami cirit birit, muntah-muntah, sakit kepala dan hilang selera makan. Lemah juga badanku kerana aku tidak dapat mengisi apa-apa makanan, walaupun minum air kerana ia akan keuar semuala. Jumaat aku hanya menghabiskan masa dengan berbaring dan tido walaupun bukan diatas tilam yang empuk. Aku mesti sihat kerana hari ahad aku ada final exam. Jumaat malam aku gagahkan studi, biarpun kepala terasa sakit, mungkin angin sudah masuk kedalam badanku hingga naik ke kepala. Setengah jam aku berjaga, 2 jam aku tido, begitulah seterusnya.Tidoku tidak nyenyak memikirkan final exam. Hari Sabtu juga keadaan tidak banyak berubah. Cuma petang aku rasa kuat sikit biarpun sakit kepala masih menguasai diri. Aku studi sedaya termungkin biarpun orang lain melihat aku bersungguh-sungguh. Tidoku tidak menentu. Akhirnya final tiba, tetapi aku tidak berkeyakinan menjawab soalan final kerana kurasakan begitu sukar. Aku hanya mampu berserah sahaja.

Friday, October 9, 2009

Final exam akan kunjung tiba. Aku studi dengan seadanya yang aku mampu. Tiba-tiba terlintas di fikiranku "Mampukah kugapai apa yang telah kuperolehi sebelum ini". Result yang dulu membuatkanku stress utuk kali ini. Aku pun tidak tahu kenapa? Walhal itu semua adalah ketentuan daripada Allah. Mungkin harapanku juga besar pada kali ini juga. Tapi berdasarkan daripada apa yang telah kulakukan, aku tidak mampu untuk kugapai lagi impianku itu? Adakah aku memasang angan-angan yang tinggi seperti Mat Jenin. Aku terima dengan seadanya walaupun ku tak mampu untuk menghadapinya. Aku seakan-akan menyerah sebelum kalah. Moga aku mendapat kekuatan untuk menghadapinya.

Monday, October 5, 2009

Selesai sudah assignment-assignment yang perlu dihantar. Lega rasanya. Semester ini sungguh mencabar kurasakan. Hendakku katakan buat kerja last minute tidak juga. Tapi entahlah. Sehinggakan tidak tido malam dibuatnya. Sudah lama aku tidak buat kerja gila ini. Mudah-mudahan assignmnet itu diterima dan subjek itu memperoleh gred yang baik. Risau juga dibuatnya kerana subjek itu masih samar-samar kurasakan kalau hendak dibandingkan dengan subjek yang lain. Berserah sahajalah. Hanya berusaha dan bertawakal. Sekarang kerjaku hanya untuk studi final exam. Malas aku fikirkan pasal assignment-assignment itu yang pasti aku mahu score untuk final. Asiggnment walaupun kurang bermutu sudah tidak boleh diperbaiki semula. Yang dah lepas biarkan berlaku, yang penting sekarang merancang untuk masa akan datang, iaitu studi untuk final. "Study Hard n Study Smart" Tapi aku tidak boleh guna prinsip itu, aku hanya menggunakan study hard sahaja kerna aku x reti untuk studi smart. Moga- Moga aku berjaya untuk kali ini juga. Amin...

Wednesday, September 30, 2009

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum final exam. Banyak tugasan perlu di submit. Fikiran menjadi buntu kerana tidak tahu yang mana perlu disiapkan dulu. Aku perlu siapkan satu persatu untuk memudahkan dan tidak memeningkan kepalaku sendiri.
-: Projek R language
-: Ujian UKP
-:Assignmnet UKP
-: Assignment TMK
-: Report TMP
-:Assignmnet TMP
-:Presentation R language
Semuanya perlu diselesaikana 1 minggu. Sungguh menakutkan bila memikirkannya. Alhamdulillah 4 daripadanya telah di selesaikan. Tinggal lagi 3 yang perlu disiapkan. Moga-moga aku mampu lakukan. Amin

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri pada tahun ini boleh dikatakan meriah. Semua ahli keluargaku dapat beraya bersama-sama. Aku walaupun sibuk dengan pelbagai urusan(macam YB pula kurasakan).tetap menyambutnya dengan meriah. Dapat juga aku membahagikan masa dengan sebaiknya, walaupun terasa penat kugagahkan jua. Aidilfitri tahun ini, mungkin tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun lepas aku dan adikku sahaja yang berada dirumah, yang lain semua beraya di rumah mertua. Tahun ini tidak terasa kekurangan. Seperti waktu kecil dapat beraya bersama-sama. Cuma menambah ahli bilangan keluarga sahaja. Dapat juga famil ku abadikannya dalam beberapa keping gambar untuk menjadi tatapan kami sekeluarga. Beraya bersama rakan taulan juga merupakan satu kewajipan. Aidilfitri tahun ini pelbagai peristiwa berlaku. Mungkin ini dugaan buat kami. Kereta terkunci dari dalam, cermin kereta abedin pecah sewaktu pulang dari beraya dan macam-macam lagi yang berlaku. Ini mungkin pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hanya sempat ini yang kucoretkan sepanjang Aidilfitri ini…

Thursday, September 17, 2009

Hampir sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Persiapan raya sudah hampir siap semuanya kecuali masakan-masakan di pagi hari raya. Segala urusan kebanyakannya diuruskan oleh ma, kerana aku masih sibuk menyelesaikan tugasan-tugasanku. Aku tidak dapat menolong, kecuali pada malam hari raya nanti. Suasana pada bulan puasa terasa sekejap masa berlalu, mungkin kerana aku terlalu sibuk sehinggakan Ramadhan hampir kepenghujungnya aku tidak terasa. Raya tahun ini, aku tidak dapat pulang awal untuk membantu ma dalam membuat persiapan hari raya. Kali ini, aku juga terpaksa membahagikan masa antara berhari raya dan menyiapkan assignmnet-assignmnet yang hendak dihantar selepas hari raya. Buku-buku hannya syarat untuk dibawa balik. Insya'allah akan kusiapkan juga. Hari raya hanya setahun sekali, aku juga tidak terlepas ntuk meraikannya, mana tahu tahun depaan aku tidak dapat menyambutnya lagi(Wallahuallam).
  • Selamat Hari Raya pada pembaca blog ini.
  • Jari disusun memohon ampun dan maaf andai tersalah kata dan perbuatan(Maaf Zahir dan Batin)
  • Bergembiralah menyambut Hari Lebaran ini

Sunday, September 13, 2009

Tinggal seminggu lebih, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 10 malam terakhir, masing masing melipat kaligandakan usaha beribadat kepada Allah. Dan pada masa itu akan berlaku malam Lailatul Qadar. Ulama ada mengatakan malam Lailatul Qadar selalunya berlaku pada hari yang ganjil dan selepas berlakunya malam itu, suasana seperti suram.(Hadis tidak pasti). Ada juga mengatakan apabila mula berpuasa pada hari apa dan akan berlaku pada malam yang telah ditentukan.

Seminggu ini, kurasakan cuaca tersangatlah panas, tapi panas lagi azab api neraka. Tidak tertahan rasanya. Inilah dugaan di bulan puasa. Menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Pagi ini kurasakan malam Lailatul Qadar sudah berlaku, kerana dengan tiba-tiba hujan di pagi dinihari(wallahuallam). Segala amalan dan doa dimakbulkan oleh Allah. Jadikanlah aku sebagai insan yang terpilih. (Amin)

#Jangan hanya kerana bulan Ramadhan sahaja, kita banyak beribadat kepada Allah. Jadikan ia sebahagian amalan seharian kita.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG"

Monday, September 7, 2009

Kerana Ibu...

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak..

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!

Sunday, September 6, 2009

Apa Dah Jadi 2

Bulan Ramadhan tahun ini, banyak dugaan yang menimpa. Tidak sampai seminggu sesuatu terjadi pada diriku, berlaku pula dugaan lain. Semalam, aku mengalami sakit perut(cirit-biritlah namanya) Berulang kali juga, aku ke tandas. Sehinggakan lemah juga badan ini. Mungkin aku salah makan kerana pada masa itu, banyak juadah yang di beli terhidang di atas meja. X silap perkiraanku, setakat ini, hanya 2 kali sahaja aku membeli. Itupun sekadar kuih muih. Nampaknya selepas ini, aku tidak membeli lagilah di bazar bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Aku gagahkan diri untuk pergi ke kelas kerana kelas hari itu, aku berazam untuk bercakap pada seminar kali ini. Seminar yang lepas aku tidak berani untuk mengeluarkan pendapat sendiri. Jadi aku kena kena yakinkan diri, kerana sebahagian % dimasukkan dalm final exam. Petang terasa lambat berlalu. (Macam 1st pose lak). Badan sudah terasa longlai. Petang aku pulang ke rumah abang keran berjanji untuk membuat kuih. Laratkah aku???Di rumah abang, aku serahkan pada akak ipar untuk juadah berbua posa. Selepas berbuka posa, tenagapun masih ada walaupun kepenatan, aku akhirnya buat juga kuih tersebut.

Tuesday, September 1, 2009

Apa Dah Jadi....

Cuti baru ni, aku telah pulang ke kampung. Betapa gembiranya aku. Sejak habis ijazah aku jarang pulang ke kampung. Selalunya 1 bulan lebih aku akan pulang ke kampung. Sekarang 2 bulan atau 2 bulan lebih baru aku pulang. Seronok tak terkata rasanya. Ma mungkin menunggu kepulanganku. Hihihihi anak emak kot. Sedari, bila dewasa ini aku rasa ma amat memerlukan aku, mungkin aku dapat membantu ma dalam sebarang kerja, kalau nak di bandingkan dengan dulu. Ya , mungkin aku perempuan sulung dan ma pun sudah tidak sekuat dulu untuk membuat kerja. Aku juga sempat berpesan pada adikku ringan-ringankanlah tulang menolong ma nanti. Aku memberi peluang pada adikku untuk studi SPM.

Hari pertama aku tidak dapat menolong ma di dapur. Sampai je di rumah sudah terhidang semuanya. Mesti ma penatkan, menghidangkan pelbagai juadah hidangan untuk anak-anaknya. Kami adalah orang terakhir sampai di rumah. Abe din petang semalamnya sampai dan poksu tengaharinya dan kami petang baru sampai. Malam itu, aku berjanji nak makan dengan ma pas terawih, tapi sebaliknya pula berlaku. Aku tidur keletihan. Paginya ma tanya awl nya tido.Rasa bersalahnya aku???Selalunya aku mesti luangkan masa berborak dengan ma. Tapi lain pula jadinya kali ini. Pagi soknya aku gunakan masa bersama ma. Dari pagi hingga ke petang aku menolong ma. Macam raya lak rasanya, penat memang penat tapi apakan daya. Malam bersambung lagi hingga pagi keesokannya.

Hari ini, sudah 3 tahun perkara ini tidak terjadi, akhirnya terjadi lagi. Apa dah jadi???Pagi ini hujan lebat, jadi boleh dikategorikan pergi lambat ke opis. Dalam perjalanan kurasakan kepala dah pening, tekak pun rasa lain macam. Sampai di opis aku terus meluru ke bilik air. Akhirnya aku muntah jua. Selang 5 minit, aku muntah sekali lagi, dan sekali lagi aku muntah lagi. Akhirnya aku suruh abang hantar balik ke rumah. Dengan badan yang lemah, aku dapat berehat.Usai aku bangun dari tido, kepala rasa pening lagi dan aku muntah lagi. Lebih 5 kali aku muntah sehinggakan tidak kuar apa-apa dah. Apa dah jadi????Ah mungkin aku silap makan. Itulah kesimpulannya yang dapat aku buat. Pelabagai menu terhidang di atas meja, semuanya kusapu walaupun kadar yang cikit..Tapi inilah jadinya.

Masih kuingat, perkara yang sama pernah terjadi sewaktu aku di Shah Alam. Masa itu aku duduk umah sewa di Baiduri...Tetapi masa itu tidak banyak juadah yang ku makan. Hanya kerana sebiji Benjo buatan sendiri, aku juga muntah beberapa kali sehingga badan lemah, 2-3 hari juga aku tidak dapat makan -makanan berat. Kesannya dapat juga aku kurus akhirnya pada waktu itu.....

Thursday, August 27, 2009

Seminggu Berlalu

Hampir seminggu umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3 menunaikan puasa di bulan Ramadhan...Terasa sekejap masa berlalu..Sungguh indah kurasakan dapat menempuhi dan menikmati bulan ini...“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.."Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar..Pada bulan inilah kita hendaklah memperbanyakkan ibadat kerana fadhilat Ramadhan amatlah besar. Aku juga turut melakukan perkara yang sama. Melakukan rutinku yang setiap tahun kulakukan. Mudah-mudahan tiada halangan, kekangan masa dan sebagainya untuk ku melakukannya. Walaupun aku dilimpahi dengan assignment-assignmnet, akan ku tempuhinya dengan sabar. Aku tidak mahu mendapat reward di dunia sahaja, tetapi aku juga mahu mendapat reward di akhirat. Menampung ibadat-ibadat yang terkurang sebelum ini. Pejam celik, pejam celik Ramadhan akan berlalu pergi. Adakah tahun hadapan dapat akan kutempuhi lagi. Nikmatilah Ramadhan ini dengan kelebihannya dan kemuliannya kerana kita tidak tahu Ramadhan akan datang dapat kita tempuhi atau tidak..Wallahuallam

Assignment Oh Assignment

Minggu ini merupakan minggu ke 10 bagi pelajar-pelajar Master diUPSI. Tinggal beberapa minggu lagi untuk menempuh minggu final exam. Masing-masing sibuk menyiapkan assignment-assignment yang bertimbun-timbun. Pening kepala juga dibuatnya. Housemateku tidak sepertiku kerana semester ini dia hanya mengambil 2 subjek sahaja..Aku juga yang terkontang kanting sendirian untuk menyiapkan assignmnet-assignmnet ini. Masa kurasakan telah kugunakan sebaiknya sehinggakan masa tidurku selama ini kupendekkan untuk menyiapkan assignment-assignmnet ini. Tidak tahulah kenapa, sepatutnya aku boleh siapkan mungkin kerana tidak tahu buat membuat kan aku tidak dapat menyiapkan lagi Beginilah keadaannya setiap semester apabila mengambil mode A. Walaupun ada menyuruh aku mengambil mode B, aku masih tidak berdaya. Maaf teman-temanku bukan aku tidak mendengar nasihat atau saranan tapi itulah hakikatnya. Aku masih tidak berdaya. Tak apelah pengalaman membuatkan kita menjadi lebih dewasa dan mampu menguruskan segalanya dengan baik dan berjalan lancar. Setiap subjek tidak ada perkaitan. Jadi ini lagi merumitkan keadaan. Subjek pendidikan dengan gayanya, subjek khusus dan penyelidikan dengan programnya tersendiri. Mujur subjek penyelidikan dapat 1 group dengan housemate. Jadi terpaksalah dia membuat lebih banyak dari aku. Aku hanya mengeluarkan idea-idea sahaja. Sori yer Nor. Tak termampu diakalku dan tak termampu dek tenagaku untuk menyiapakan semuanya sekaligus. Hanya dikau tempat kuminta bantuan. Thank you very much because you're part of my life. Beginilah apabila menjadi student. Asiggnment tidak pernah habis selagi semester tidak berakhir.

Thursday, August 20, 2009

Sudah beberapa minggu aku teringin mahu makan coklat. Akhirnya ahad lalu aku telah membeli 3 bar coklat yang berlainan jenis. Dapatlah melepaskan keinginanku untuk memakannya. Mungkin mengidam kot..:-) Balik dari membeli coklat aku dapat menghabiskan 1 bar dalam jangka masa yang sikat sahaja. Betapa aku teringin untuk memakannya(mengidam).Malam ini, aku mahu memakan lagi coklat bersama Nor. Sambil membuat kerja, menonton tv, berborak-borak dan sambil makan kek lapis aku membuka sampul coklat Crispy. Mulanya aku pelik juga tengok keadaan coklat tersebut, tetapi tanganku mematah coklat untuk memakannya. Bila sepatah aku menyuap di mulut, aku pelik kerana kelihatan coklat itu berlainan dari biasa.Bertanyakan kawan-kawanku di sekeliling, mereka katakan coklat itu kena kulat.Hampa kurasakan, kemudian aku minta tlg ijan mengambil 1 lg bar coklat di dalam peti. Kuingatkan panas ke petang tetapi hujan di tengahari. Perkara yang sama juga berlaku. Aku juga telah menyuapkan sepatah kemudian 2 patah coklat didalam mulutku, kemudaian aku nampak sesuatu. Aku menanyakan No apakah itu, Sha dan Nor mengatakan itu adalah kertas pembalut coklat. Aku memakan lagi kemudian ada lagi benda yang sama. aku rasa was-was dan akhirnya terlintas untuk membuka coklat daripada pembalutnya. Akhirnya ku temui jawapan...Coklat itu juga ada kulat. Akhirnya aku berhenti makan coklat. Tidak puas aku dapat makan coklat. Ah.. aku mengidam lagi. Untuk mengubat kekecewaan di hati, aku makanlah mee gorang ladna kawanku. Mungkin selepas ini aku tidak akan makan coklat lagi setelah apa yang berlaku. Beginilah aku, kalau dah terkena sekali aku mungkin tidak akan memakannya Pernah aku tidak makan ayam dalam setahun -dua, maggie dan juga cendawan. Mudah-mudahan aku tidak terkena keracunan makanan. Inilah angkara mengidam aku......Don't judge the book by its cover.

Ramadan mula dirasakan sejak bulan Rajab lagi. Malah ada yang mula berpuasa pada bulan tersebut. Kini Ramadan akan menjelang tiba dan kita umat Islam diwajibkan berpuasa.

Bulan Ramadan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang beramal saleh.

Sepanjang Ramadan amalan-amalan sunat ganjarannya sama seperti amalan fardhu, dan amalan fardhu diberi ganjaran 70 kali ganda. Amalan berpuasa di bulan Ramadan akan memberi syafaat di hari akhirat. Pintu syurga terbuka kepada mereka yang berpuasa kerana berpuasa itu menghapus dosa-dosa yang lalu.

Pada bulan Ramadan kita juga digalakan mengerjakan sembahyang Terawih yang tidak ada pada bulan lain. Ganjaran pahalanya juga amar besar. Selain itu kita digalakan membaca al Quran.

Sabda Rasulullah saw. "Barangsiapa membaca satu ayat Al-Quran pada bulan Ramadan, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain."

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah bertanya, "Ya Rasulullah, apa amalan yang paling utama pada bulan ini?"

Baginda menjawab, "Amalan yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri dari melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah swt.”

Semoga pada bulan yang suci ini kita mendapat rahmat dan keampunan. Amin.

Selamat berpuasa.

Sunday, August 16, 2009

Akhirnya...

Akhirnya aku berjaya memecah kebuntuan untuk menyiapkan assignmnet yang melibatkan program komputer dengan bantuan pensyarah (TMK 6073). Pening-peningku sudah hilang, ketensionan berada di tahap yang terendah. Bila sudah berjaya, aku rasa seronok juga membuat program ini membuatkan aku mahu mengexplore dengan lebih lagi. Disebabkan kekangan masa aku hanya berkesempatan explore sedikit-sedikit(Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit). Walaupun kadang kala kita tidak dapat selesaikan sesuatu soalan, perasaan sentiasa ingin mencuba untuk selesaikannya berkobar-kobar dan akhirnya kita dapat selesaikannya, kita akan berasa puas apabila kita tahu bagaimana hendak menyelesaikannya. Begitulah juga dengan pengiraan matematik...Ketekunan dan kesabaran membuatkan kita berusaha dengan lebih gigih lagi sehingga kita berjaya.

Thursday, August 13, 2009

Pening-pening....Seharian aku mengadap laptop untuk menyiapkan assignmnet matematik(bukan hari ini sahaja sebelum ini telah kucuba baru berjaya menyiapkan 1 soalan). Sehingga kini aku masih tidak dapat menyiapkannya lagi. Kepala jadi buntu, otak sudah tidak dapat berfikir. Kalau assignmnet mengira boleh dikira tahan lagi, tapi apakan daya soalan assignmnet melibatkan computer program. Puas aku kreatifkan diri untuk membuat program tersebut, tapi masih belum berhasil. Kalaulah aku jadi programmer mungkin aku sudah berjaya siapkannya dalam jangka masa terdekat aje. Masalahnya aku ini bukan berminat untuk membuat program-program. Dahulu aku usaha supaya aku tidak perlu untuk mengambil subjek programming. Akhirnya aku kena tempuhi. Kali terakhir aku ambil subjek programming adalah Visual Basic dan yang paling susah aku pernah ambil adalah C++(4-5 tahun yang lalu).Untuk menggunakan Matlab dan Maple, installer sudah tiada sewaktu format laptop. Jadi aku tiada backup. Itulah padahnya .Kenalah aku explore Matematika. Bilalah aku dapat siapkannya... Tarikh assignmnet sudah lewat seminggu, mujur lecturer berhati mulia :-) menangguhkan penghantaran. Adakah minggu ini akan tertunda lagi. Tidak dapat kubayangkan...Selagi tidak berjaya siapkannya aku risau juga..Masih banyak assignmnet lain lagi yang belum disiapkan....Berjayakah aku?????

Sunday, August 9, 2009

UPSI sudah di buka. Aku semakin sibuk. Cuti tidak seperti cuti kurasakan...Kalau tidak ke pejabat aku ke rumah sewa untuk menyiapkan tugasan-tugasan sepanjang UPSI ditutup. Semakin hari semakin banyak tugasan yang kuterima. Argh...tension kurasakan. Kekangan masa menghimpit diriku...Subjek-subjek kurasakan sukar walaupun hanya 3 subjek sahaja yang ku ambil. Masa banysk kuhabiskan di depan laptop untuk menyiapkan tugasan-tugasan ku.
UKP 5023(Walaupun aku pernah belajar statistik tetapi aku perlu mengingati semula apa yang telah aku pelajari sebelum ni. R LANGUAGE sesuatu yang baru bagiku....
TMP 6053 (Banyak aku pelajari tentang isu-isu matematik dan kurikulum matematik membuatkan aku perlu tahu tentang itu, walaupun aku tidak pernah mengambl tahu tentang isu-isu terkini.
TMK 6073 (Banyak melibatkan pengiraan. walaupun pengiraan sebati denganku tetapi aku banyak mempelajari benda-benda baru, aku perlu membuat banyak latihan untuk subjek ini. Mathematica juga baru bagiku walaupun sebelum ini pernah kuguna Matlab tetapi ia amat berbeza..
PROJEK MODE A (Aku perlu siapkan proposal kerana aku perlu membentangkannya pada bulan 12 nanti)

Semua penting bagiku..Tidak ada yang terkecuali. Tiada istilah main-main lagi. Usaha tangga Kejayaan. Hanya ini yang dapat kucoretkan di entri ini..Kekangan Masa menyebabkan aku jarang mengisi ruang ini.

Friday, July 31, 2009

Sejak UPSI ditutup, terasa sunyi di sekeliling kawasan UPSI. Bagaikan kawasan di serang garuda. Kelihatan pelajar-pelajar mula memakai penutup hidung. Masing-masing sibuk mencari tiket untuk pulang ke kampung. Di saat kawan-kawanku pulang ke kampung tinggalah aku keseorangan di Tanjung Malim. Masing-masing melepaskan rindu di kampung...Aku??Aku masih disini memenuhi tuntutan sebagai pekerja..Tuntutan sebagai pelajar terberhenti untuk seketika. Walaupun terhenti seketika tetapi kerja-kerja hendaklah disiapkan kerana mungkin selepas ini banyak lagi tugasan-tugasan yang menunggu. Berjayakah aku menyiapkannya???Rindu di kampung menggunung tinggi walaupun minggu lepas ibu bapaku baru sahaja datang ke Tanjung Malim...Kampung halaman.... Jauh di mata tapi dekat di hati..Itulah penyedap kata untuk diriku...Sunyi juga tanpa teman-teman disisi. Masing-masing meluangkan masa bersama keluarga...Aku??? Bilakah masa yang sesuai untuk aku pulang ke kampung... Mungkin Hari Raya Aidilfititri...Jangka masa yang agak lama...Bila di belek-belek kalendar akhirnya aku ketemu jua jawapannya..Insya'allah mungkin aku pulang pada Hari Kebangsaan. Dapatlah aku bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga...Akan kunantikan saat -saat ini..Biarlah aku keseorangan di sini tanpa rakan-rakan. Sekurang-kurangnya aku masih ada famili yang terdekat disini...

Wednesday, July 29, 2009

Di sebalik H1N1

Setelah sekian lama penyakit H1N1 menular diseluruh dunia, setelah penyakit ini meragut beberapa nyawa di Malaysia, setelah kebanyakan institusi pendidikan ditutup akhirnya UPSI diumumkan tutup buat sementera. Alhamdulillah moga-moga tidak tersebar dengan banyaknya. Alhamdulillah aku tidak dijangkiti penyakit ini buat waktu ini. Mudah-mudahan dijauhkan. Alhamdulillah test ditunda pada minggu berikutnya. Kenapa alhamdulilah test ditunda??? Sebabnya aku tidak habis studi lagi. X habis studi??? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Hanya sekali belek dan membuat latihan tanpa fokus yang penuh. Tidak khatam untuk beberapa kali..Selagi tidak khatam beberapa kali aku masih tidak puas dan aku berasa tidak yakin untuk menjawabnya. Itulah aku. Sementara UPSI ditutup aku mesti siapkan assignmnet2 yang terbengkalai. Aku tidak boleh leka. Nanti ia membawa padah kepada diriku sendiri. Hendaklah menghasikan kerja yang memuaskan hati sendiri. Good Luck Yuhazlina!!! Chaiyok!!!Gambate!!!Ma'a Taufik Binnajah!!!

Thursday, July 23, 2009

Beberapa hari yang lalu aku telah menemani kawanku Nor untuk membuat eksperimen bagi tesisnya. Ini adalah kali pertama setelah 8 tahun aku tidak menjejakkan kakiku di lab. Terasa janggal dan jakun kurasakan. Aku sudah lupa akan nama-nama alat radas. Mungkin kerana aku tidak berminat membuatkan aku membuang jauh apa yang telah ku pelajari selama ini. Bayangkan selepas tingkatan 5 aku tidak pernah memasuki lab kecuali lab komputer.Mungkinkah aku bertukar bidang????Dari Matematik ke Sains. Dengan pemakaian lab coat bagaikan ahli sains membuat penyelidikan. (Wah..wah..bergaya betul dengan lab coat ijan yang cantik itu) Mungkin tidak. Bagiku sains bukanlah jiwakau. Mungkin jiwaku hanya melibatkan angka (nombor) dan fakta-fakta(sejarah). Dari kecil aku berminat dengan angka-angka. Mungkin itu adalah kelebihanku dari kecil. Sentiasa bersaing siapa yang teratas. Di sekolah menengah bakatku yang lain menyerlah. Baruku tahu aku juga suka menghafal walaupun kadang kala ia menyukarkan dan membebankan fikiran. Mungkin ia boleh membuatkan aku menajamkan fikiranku sendiri...Untuk bertukar bidang, masih belum berada difikiran. Untuk berangan-angan kosongpun mungkin tidak. Di fikiran hanya untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang angka dan menajamkan fikiran supaya sentiasa mengingat dan menghafal.

Tuesday, July 21, 2009

Hidup Memang Payah

Hayatilah bait-bait lagu ini. Setiap kepayahan hendaklah diterima dengan pasrah kerana setiap kepayahan di beri kemudahan tanpa kita ketahui. Bait-bait lagu ini membuatkan aku berfikir sejenak tentang kehidupan yang penuh cabaran, onak dan duri.


Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah
oooo…

Bersama yang susah
adanya mudah…
bersama yang susah…
mudah…

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran
dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

(CHORUS)
ulang

Lagu :Yasin Sulaiman
Album :Arus Qudus 2009

Monday, July 20, 2009

ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan); Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj


Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Tuesday, July 14, 2009

Hari ini, aku mendapat satu motivasi yang amat berguna membuatkanku berfikir panjang. Bila difikir-fikir semula ia banyak memberi kebaikan. Tetapi walaubagaimanapun aku tidak berkeyakinan dan tahap konfident masih kurang dalam diri untuk melakukannya. Mungkin kerana aku tidak berani untuk menanggung risiko. Pepatah ada mengatakan Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanaya. tetapi bagiku bila sudah gagal sekali aku akan berputus asa. Masih kuingat aku telah gagal satu subjek, aku tidak dapat terima hakikat itu..Selama 1 bulan aku memikirkannya dan serba-sedikit mempengaruhi diri. Adakah aku terlalu bodoh kerana aku tidak berjaya. Adakah aku tidak belajar selama ini. Persoalan itu sentiasa bermain di fikiran. Untuk menaikkan semangat untuk belajar subjek itu mengambil masa yang lama. Aku tidak tahu kesalahan siapa samada aku atau orang lain. Kadang kala kita tidak boleh letakkan kesalahan kepada orang lain. Biarlah ia dijadikan pengajaran dan pengalaman bagiku. Jadi aku tidak berani untuk gagal lagi. Aku tetap dengan pendirianku iaitu ia tidak akan berubah dan tidak berganjak daripada keputusanku biarpun ada menyatakan aku mampu untuk melakukannya tapi itulah masalahnya aku masih tiada keyakinana dan kekuatan diri. Sejak dari dulu itulah kelemahanku. Sampai sekarang aku masih tidak dapat mengatasinya. Perasaan itu masih menguasai diri. Keputusan yang telah kuambil mungkin tidak akan berubah. Biarlah pelbagai motivasi aku terima.

Saturday, July 11, 2009

Mampukah Aku???

Minggu ini merupakan minggu ke empat sesi pengajaran. Aku dah mula pening-pening dan ketensionan mula melanda diri. Setiap subjek dah diberi assignment dan akan di hantar pada masa yang telah ditetapkan. Bermacam-macam persoalan timbul di kepala.
  • Mampukah aku untuk menyiapkan assignment-assignment itu.
  • Mampukah aku untuk menghasilkan kerja yang baik.
  • Mampukah aku untuk memikirkan tajuk proposal.
  • Mampukah aku mengekalkan keputusanku nanti.
  • Mampukah aku untuk menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada ma dan abahku.
  • Mampukah aku...........

Pening bila memikirkannya semua itu hendak di buat dalam satu masa. Itulah aku yang masih tidak pandai menguruskan semuanya dengan bijak. Tidak bijak untuk mengendalikan masalah ini dengan bijaksana dengan menyelesaikannya satu persatu. Hendak dibuat semuanya dalam satu masa. Akhirnya kesannya juga ke atas diriku sendiri. Mampukah aku untuk mengatasi semuanya ini.....

Friday, July 10, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Bila melihat tajuk entri ini...Mungkin ada bloggers tertarik untuk membacanya kerana tajuknya menarik perhatian. Tetapi apabila membacanya mungkin pelbagai reaksi yang ditunjukkan samada tertarik ataupun tidak.Terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat penilaian..

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.ALHAMDULLIAH:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.ASTAGFIRRULLAH:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.INSYAALLAH:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.INNALILLAH:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.LAAILAAHAILLALLAH:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tuesday, July 7, 2009

Berguna Semula

Akhirnya, dapat juga aku menggunakan wireless dirumah sewaku ..Sudah 2 bulan aku tak menggunakan wireless dirumah. Ini disebabkan wireless kad rosak. Jadi terpaksa aku membeli Wireless USB Adapter untuk mendapatkan semula wireless ni. Terpaksa kukorbankan sedikit pulus untuk membeli alat ini. Aku membeli alat ini di ACER. Tawar-menawar adalah kewajipanku apabila membeli sesuatu barang..Akhirnya dapat juga dikurangkan apa yang aku khendaki..Alhamdulillah. Rindu rasanya untuk online. Sudah lama juga aku tidak mengonlinekan diri..Hihihi. Mungkin selepas ini, sepanjang masa aku online kerana semester baru telah bermula dan akan bermula tugas-tugas membuat assignment...Moga-moga ia dipermudahkan.

Monday, July 6, 2009

Berbaloi Akhirnya

Aku telah menyertai tournament bowling Sabtu yang lalu. Tournament ini hendaklah disertai oleh tiga lelaki dan seorang perempuan bagi satu company. Di sebabkan aku adalah satu-satunya staf perempuan di situ, jadi aku kena sertai kerana itu adalah salah satu syarat penyertaan. Sudah lama juga aku tidak bermain. Ingatkan sudah pencen…


Masih kuingat kali pertama aku memegang bola bowling. Masa itu aku berada di semester 2(Diploma). Aku bermain di Mines Shopping Fair bersama rakan-rakan. First bermain aku menang walaupun tidak pernah bermain sebelum ini. Selepas itu bermain bowling merupakan satu tabiat. Bila difikir-fikirkan membazirpun ada bila bermain bowling ni. Setelah beberapa kali bermain akhirnya aku stopkan tabiat ini..

Sekarang aku mula bermain kembali...Bebarapa kali juga aku training…Di Bukit Beruntung dlm 3 kali dan di Kajang 2 kali, untuk membetulkan skill bermain…Permainanku tidak consistent..kadangkala boleh mencecah 100 lbh pin….Dapat jugalah beberapa kali strike…2 hari sebelum tournamanet tangan aku tergeliat disebabkan main bowling..Risau juga. Seharianku sapukan minyak di jari…sekali main 3 -5 kali game…Fuh sakit urat-urat kurasakan…Hari sabtu tiba jua…Selepas selesai kelas pada hari itu, aku cepat-cepat pulang ke rumah dan bersiap untuk ke Kajang bermain. Permainan 3 game…terdapat 9 company yang bertanding. Fuh risau nya…tanganpun masih kurang okey….aku hanya menggolek bola dengan perlahan, x nak menggunakan tenaga risau tangan sakit…kalau 3 game secara purata 60 balingan juga kalau tidak strike….game 1 dan2 aku maintain 100 lebih pin….game yang ke 3 aku sudah tidak berdaya…berserah sajalah. Pengumuman pemenang diumumkan..company aku mendapat no 1 dan aku mendapt tempat ke 2 bagi perempuan.

  • Group Champion
  • Woman Single Runer Up

Berbaloi juga training aku selama ini. Tidak sia-sia kurasakan. Sekarang alu stopkan permainan ini dan tumpukan pada studi pula. Chaiyok...chaiyok na...

Monday, June 29, 2009


REJAB BULAN ALLAH S.W.T

Terasa sekejap masa berlalu, Rejab kunjung tiba. Tinggal 2 bulan lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan...

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCA
P DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan
Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya(pembaharuan umur).Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Hari ini aku berkesempatan untuk menulis di entri ini….Mungkin aku terlalu sibuk sehingga aku tidak dapat mencoret sesuatu di sini.Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang waktu itu.


Musim cuti persekolahan baru sahaja lepas. Banyak juga aku hadiri majlis perkahwinan. Yang penting, dapat juga aku merasai gulai kawah.Umm…sedapnya..Menghabiskan masa bersama keluarga juga seronok kurasakan. Tidak puas rasanya. Aku pulang ke Kalumpang bersama dengan keluarga abeya. Singgah di Genting Sempah mengisi perut dengan fast food. Sudah lama aku tidak makan Mc Donalds kerana di Tanjung Malim tiada. Petang dalam jam 2 sudah sampai. Umah di Ulu Jempol kosong kerana ma dan abah pula menghantar adik di sekolah berasrama, SHAH Pekan. Adik mesti dengan azam yang baru untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana kesemua adik beradikku menawarkan hadiah yang lumayan jika dia mendapat 10 A.

Menjalani rutin harian biasa di rumah abang. Jika tidak bekerja, mengemas dan memasak kadang-kala tugas itu kuambil kerana akak tidak sempat untuk menyiapkaan kerana sibuk dengan tugasan-tugasan sekolah. Aku telah mendaftar bengkel The Cracking Code untuk ku hadiri pada minggu berikutnya. Moga-moga aku dapat hadirinya..Minggu ini abeya pergi kerja boleh dikategorikan awal….Moga-moga pada minggu hadapan juga begitu kerana bengkel ini bermula 8.30…Moga-moga tiada halangan untuk aku hadirinya..

Hari jumaat 19/6, akak dapat panggilan telefon dari adiknya menyatakan maknya sakit. Akak pulang ke Kota Tinggi dengan menaiki bas, jadi aku kena menjaga anak-anaknya seramai 3 orang. Jadi mak oranglah pulak. Penat juga melayan karenah mereka. Malam mereka tido awal diruang tamu. Menyenangkan aku juga taklah susah-susah aku ke hulu hilir, tapi jam 10.30 abeya tepon suh kemas barang-barang balik ke kota tinggi, mak k.nora meninggal, aku mengemas apa yang patut. Jam 12 tengah malam kami bertolak dari Kalumpang. Fuh…first time bertolak tengah malam. Risau gak aku kerna abeya tidak cukup rehat sebab dari pagi dia kerja sehingga jam 10.30 mlm. Aku memangku fatin, mujur gak tido, tidak susah sangat aku nak menjaga, 2 kali berhenti di Pagoh dan di Kulai disebabkan abeya mengantuk. Jam 6.40 pagi aku sampai juga di Air Tawar 4. Lenguh-lenguh tangan memegang Fatin. Orang tidak ramai lagi yang hadir. Aku bersolat subuh dahulu kerana subuhpun sudah nak habis, kemudian mandi dan baru membacakan surah yasin. Ini adalah kali ke 2 aku melihat mayat. Entah tiba-tiba aku rasa gementar. Perasaannya lain. Bagi K.Nora mesti sedih kerana kedua-dua orangnya sudah tiada….2 tahun yang lalu ayahnya meninggal dlm perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur untuk balik ke Johor. Meninggal dalam bas. Masih kuingat kali pertama aku melihat mayat adalah arwah atukku. Aku dapat melihat saat-saat terakhir arwah menghembuskan nafas-nafas yang terakhir. Sedih kurasakan kerana arwah sudah lama menderita sakit. Kadangkala sakit kadangkala sihat. Nak dekat 8 tahun juga sakit tidak silap ingatanku. Aku tolong nenek menjaga juga kerana pada waktu itu aku tengan menunggu keputusan SPM. Abedin dan makcik di johor tiada disaat-saat akhir kerana abedin di penang dan makcik ada di Johor. Abedin sampai paginya nak rebah juga dibuatnya. Kami adik beradik lebih rapat dengan atuk dan nenek belah ma, menyebabkan kami terasa kehilangan. Selepas selesai urusan semuanaya lega rasanya,tetapi lain pula jadi dengan aku, aku demam dalam 4-5 hari, makan pun x boleh..Orang cakap aku kena badi….lemah badan dibuatnya….Itulah pengalaman aku..

Abah dan ma sampai petangnya. Ma membantu apa yang patut untuk urusan tahlil. Memasak dan buat apa-apa yang patut. Malam semua kepenatan. Masing-masing tido dengan lena kerana tidak cukup rehat. Ma dan abah penat dalam perjalanan. 6 jam juga mengambil masa perjalanan. Aku dan abeya juga penat dalam perjalanan. K. Nora seharian lebih tidak tido, menjaga mayat arwah. Keesokannya menyediakan bahan-bahan untuk tahlil seterusnya….Selepas makan tengahari ma dan abah pulang, aku turut serta kerana minngu depan kuliah bermula….Bengkel akhirnya aku tidak dapat hadiri…Sepanjang perjalanan aku boleh dikatakan tido..

Keesokannya 22/6, pelajar master boleh daftar subjek. Pagi aku buka laman web UPSI tapi tidak berjaya. Pergi ke BP bersama abah, aku ingin cek duit pinjaman sudah masuk ke belum kerana semester baru hendak mula. Pinjaman tidak masuk lagi, pulang ke rumah try dftr subjek akhirnya berjaya walaupun bukan mudah, bermacam-macam telefon IPS, FST untuk tahu subjek mana yang kena ambil...Kemudian telegon YP untuk mengetahui status permohonan pinjaman...Hari itu juga aku kena selesaikannya kerana esok aku perlu ke Kuantan bersama ma,abah dan mek..

Sebelum ke Kuantan, abah belikan durian untuk kumakan..Bestnya sudah lama aku tidak makan durian...Semasa kami hendak berangkat posmen datang dan surat adalah untuk ku...Surat dari yayasan pahang...Menyatakan duit telah dimasukkan..samapai di Kuantan, tinggal di rumah maksu...Petang , aku ma dan abah telah ke Bandar ke Kuantan mencari barang...Boleh dikatakan shopping....Aku cuba sekali lagi untuk melihat baki akaun...Alhamdulillah duit telah dimasukkan....Aku belanja ma dengan abah dengan memberi hadiah kerana semasa hari jadi mereka aku tidak sempat memberikan hadiah....Seronok rasanya dapat memberi mereka hadiah...

24 hb aku telah pulang ke Tanjung Malim untuk masuk semester baru...Walhal pada hari itu ada kelas tapi tidak sempat aku hadiri...Bas dari Kuala Lumpur Ke Tanjung Malim lambat. Rugi juga tidak hadiri kelas yang pertama...Menumpang tido di rumah kawan kerana teman-teman serumah tidak datang lagi...Menyelesaikan masalh pendaftaran dalam 2 hari...akhirnya selesai juga...Aku hanya mengambil 3 subjek kerana aku telah mendrop 1 subjek....Terasa sukar rasanya...Bolehkah aku mendaftar result sebaik semester lepas....Risau bila memikirkannya...Akan ku cuba....

Inilah serba-sedikit sepanjang aku tidak menulis di entri ini....Sedikit????Banyak juga kurasakan...Aku himpunkan ia menjadi satu....Banyak lagi sebenarnya yang hendak dituliskan tetapi cukuplah sekadar itu.....




Friday, June 12, 2009

Dewasakah Aku Ini

Hari ini genap 25 tahun aku telah dilahirkan di dunia ini. Terima kasih ma dan abah kerana membuatkan aku berada di dunia ini. Segala pengorbanan dan kasih sayang tak ternilai dan tidak dapat ditukar ganti. Bila difikirkan angka 25 tahun...Sudah dewasakah aku ini…Sudah berfikiran matangkah aku ini…Sudah tuakah aku ini….Mungkin aku kebudak-budakan, tidak berfikiran matang dan masih muda kerana aku tiada tanggungjawab yang besar lagi…Hanya tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan dan tanggungjawab sebagai pelajar. Tiada lagi tanggungjawab ibu kepada anak dan tanggung jawab isteri kepada suami…Bila difikirkan tanggungjawab itu…Bersediakah aku dengan tanggungjawab seperti itu kerana tanggungjawab itu belum pernah kugalas…Bolehkah aku menjadi isteri dan ibu mithali dan solehah kepada suami dan anak-anakku nanti…Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Tanggungjawab sebagai anak sudah 25 tahun kugalas, walaupun sewaktu kecil aku tidak tahu apa itu tanggungjawab. Tetapi sejak dari kecil aku sudah diasuh dan sentiasa beradab dengan ibu bapa, menghormati ibubapa supaya belajar bersungguh-sungguh. Tanggungjawab sebagai pelajar kugalas sejak dari tadika sehingga sekarang mungkin sudah 20 tahun ….Itu adalah merupakan tanggungjawab…25 tahun takutkah aku dengan angka itu…Mungkin juga…25 tahun juga membuatkan aku bersemangat dan berazam untuk menambah target-target dan untuk mencapai target tersebut…25 tahun juga aku hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berfikiran terbuka…Menjadi anak dan muslimah yang solehah….Amin……

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih mengingati hari lahirku….Especially Azham kerana dia antara yang terawal mengucapkan Selamat Hari Lahir….dan juga kawan-kawan seperjuanganku di Uitm dahulu……You are everything…Thank You So Much. Segala kenangan antara kita tidak dapat ku lupakan. Kenangan yang terindah…One thing that you know, I can’t remember that my friend birthday…I’m so Sorry

Thursday, June 11, 2009

Kali ini, aku berkesempatan lagi untuk pergi ke Genting Highlands. Ini adalah kali kedua aku pergi ke sana…Untuk kali ini juga aku pergi bukan menggunakan pakej. .….
Kali pertama
Masih kuingat kali pertama aku ke sana ialah pada 27/7/2007. Planning pada mulanya ramai yang hendak pergi ke sana, lastly hanya kami bertiga sahaja yang pergi aku, Zahila dan Azilah. Ini adalah kali terakhir aku berjalan-jalan kerana ini adalah semester last aku di uitm sebelum pratikal. Aku boleh dikatakan setiap semester bercuti dengan rakan-rakan. Perak, Terengganu, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Genting Highlands. Kami tidak kisah kawan-kawan yang tidak dapat pergi. Jangan disebabkan itu, kami juga tidak jadi pergi. Sehari sebelum ke sana kami bertiga mencari tiket untuk ke Genting, walhal pada hari itu ada majlis penganugerahan dekan, aku tidak hadiri kerana mahu ke KL untuk mencari tiket ke Genting. Disebabkan last minute, pakej sudah habis kami hanya membeli tiket perjalanaan bas dan sky way. Tak kisahlah perbelanjaan lebih sedikit kerana aku dengan Zahila first time mahu ke sana jadi excited tu terlebih cikit kalau nak dibandingkan dengan Azilah. Keesokannya hari sabtu kami keluar boleh dikatakan awal dari kolej around 7 pagi kerana tiket bas dalam kul 10 di KL. First time naik skyway terasa gayat juga tetapi peluang bergambar dalam skyway tidak dilepaskan. Sakan gila dan riuh dibuatnya walaupun hanya kedengaran suara kami. Biarlah orang bukan kenal kita. Sampai di sana mencari permainan outdoor dan beli tiket untuk masuk ke situ. Banyak juga permainana disitu. Tujuan kami sebenarnya bukan mahu bermain sangat hanya mahu bergambar dan mahu kenal tempat. Biasalah kami ni memang boleh dikatakan kaki gambar ataupun hantu begambar pantang lihat pemandangan yang cantik mestilah bergambar untuk dijadikan kenangan. Permainan disitu tidak teringin untuk bermain mungkin rasa takut. Berjalan-jalan di sekitar outdoor. Banyak juga gambar yang kami ambil. Mungkin kami fikir bilalah lagi mahu sampai ke sana. Kami hanya sempat bermain 4 permainan sahaja iaitu permainan tidak mencabar.
  • Spinner (pening juga kepala di buatnya)
  • Tea Cup (permainan budak-budak)
  • Matahari (permainan budak-budak)
  • Pirate ship (bertambah-tambah pening kepala)

Kali kedua..
Kali kedua aku ke sana biasa-biasa saja mungkin disebabkan aku pernah ke sana. Tetapi kali ini aku pergi bersama dengan abang kedua ku. Kami pergi pada 8/6/2009 bertolak dari rumah jam 5.30 pagi. Tidak percaya rasanya seawal itu kami bertolak…..Perjalanan mengambil masa 3 jam jadi itulah keputusannya. Kalau pergi lambat alamatnya tidak dapat bermain kerana orang sudah begitu ramai di sana. Kali ini tujuan aku ke sana adalah untuk bermain, bergambar hanya sekadar sampingan sahaja kerana kali pertama aku sudah puas bergambar. Aku hanya dapat bermain 6 permainan. Ada juga penambahan daripada kali pertama datang dahulu. Itupun sudah penat menunggu.Aku teringin untuk bermain Space Shot tetapi tiada kekuatan lagi. Bermain Cyclonepun sudah terasa nak tercabut jantung rasanya dan rasa tiada suara, perit anak tekak sepanjang permainan. Mungkin aku sudah serik untuk main permainana ini.

  • Spinner
  • Matahari
  • Dinasourland
  • Cyclone (luruh jantung rasanya)
  • Astro fighter
  • Pirate train (ingatkan seram sangat tak dak hantupun)

Aku dan adikku sahaja yang main banyak permainan kerana anak sedaraku tidak boleh berjauhan dengan uminya. Jadi akak iparku tidak dapat bermain permainan yang mencabar. Abangku, tidak suka beratur dalam satu-satu permainan. Jadi dia hanya melihat kawasan-kawasan di situ sahaja. Katanya mahu ajak aku ke sana lagi dalam bulan 7 ini untuk bermain….Cuti sekolah dipenuhi ramai orang mungkin hari biasa tidak ramai. Tapi entah kan jadi entahkan tidak. Percutian yang boleh dikatakan menarik…..

 

blogger templates | Make Money Online