Saturday, March 27, 2010

Pecah Rekod

Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Asemen dan segala tugasan telah dihantar. Aku rasa lega sekarang. Selama dua minggu aku hanya berkurung di dalam bilik bagi menyiapkan segala tugasan. Aku juga 2 kali merasai tidak tido malam untuk menyiapkan segala-galanya. Pecah rekod juga, sampaikn aku tidak tido malam. Tidak pernah ku buat sebelum ini, cuma pernah sekali di uitm semasa final exam. Selama ini walaupun aku banyak kerja tetapi tidaklah sampai tidak tido malam. Gara-gara mengambil 4 subjek dan membentang proposal inilah yang aku perlu kutempuhi. Inilah pengalamanku diupsi. Aku bukanlh jenis yang membuat kerja last minute, cuma sifatku yang sering tidak pernah berasa puas terhadap segala tugasannay sehinggakan menyebabkan seringkali ada pembaikan membuatkan kerja2 ku yang lain tertangguh. Asalkn kerja ku siap sudah memadai. Biar aku merasai sekarang mungkin selepas ini aku tidak merasainya lg. Mungkin inilah pengalaman berharga ku diUPSI selain kawan-kawan yang memhami diriku.

Kini tumpuanku hanya untuk final exam dan projek terakhir. Bagiku final exam tidak membebankan kerana aku hanya perlu mengambil 2 subjek sahaja drpd 4 subjek. Mudah-mudhan segalanya berjalan lancar...

Wednesday, March 17, 2010

Cuti sekolah aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Membeli barang-barang persediaan dan berbincang dengan family. Masa yang ada kugunakan sebaik-baiknya. Di kampung aku tidak menyentuh tugasan-tugasanku walaupun di kepala teringat semua perkara. Kesuntukan masa membataskan segala-galanya. Mudah-mudahan setelah tibanya ke Tanjong Malim, aku dapat tumpukan segala kerja-kerjaku dan dapat menyiapkan sebaik-baiknya. Walaupun aku pulang sekejap ke kampung, rasanya berbaloi. Segalanya dapat dilakukan dengan terancang. Walaupun terasa penat, aku rasa berbaloi dengan apa yang kulakukan dirumah. Sekarang aku hanya menyerahkan segalanya pada ma untuk menyiapkan apa yang patut sebelum aku pulang ke kampung untuk kali ke 2 nanti. Terima kasih ma dan abah kerana banyak membantu dan memberi keizinan terhadap anakmu ini...Mudah-mudahan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Mungkin selepas ini lagi penat kurasakan......

Tuesday, March 9, 2010

Berwajah Baru

Tinggal Kenangan (hanya 2 1/2tahun jangka hayat)
Mampukah model ini bertahan lebih lama
Setelah 2 minggu, lptp kesayanganku rosak..akhirnya lptp baru kuperolehi. Bertukar wajah dan model. Bentuk still sama dengan laptop terdahulu, cuma fungsi mungkin lain sedikit. Asalkan aku dapat menyiapkan tugasan-tugasanku sudah memadai kerana pada waktu-waktu begini, tugasanku menimbun-nimbun. Mengguna laptop sendiri lebih baik dan selesa berbanding menggunakan laptop orang lain. Mendapat sebuah laptop baru sudah bersyukur kurasakan. Sepanjang aku mengorder laptopku, 2-3 kali aku menanyaka lptp di kedai komputer. Akhirnya berkeputusan beli di lowyat. Untung juga dengan harga yang memadai dengan 10 free gift yang kuperolehi. Dari jenama acer ku tukar kepada compact. Pelik juga kurasakan selama ini aku setia orangnya. Kalau jenama itu yg kupilih pada awlnya, hingga akhirnya jenama yg sama kan kupilih lagi. Seperti handphoneku...kesemuanya nokia, tidak pernah ku tukar sejakku belinya dr awal. Mungkin jiwaku jiwa nokia. tetapi lain pula dengan laptopku. klau lptop ku tidak ada masalah, mungkin jiwaku acer lg. Bila begini kedaannya secara automatik berubh... Akhirnya lptp ku bertukar wajah yang baru.....Moga-moga laptopku kali ini bertahan lebih lama berbanding laptop acerku yang dahulu......

Saturday, March 6, 2010

Penat, lelah, resah, gelisah, pening, moody semuanya terkumpul menjadi satu. 2-3 minggu ni segalanya kurasakan perasaan itu. Tidak pernah aku alami sebelum ini. Ini mungkin pengalaman pertama dan terakhirku..Tidak sabar untuk aku mengakhiri. Sedang aku mencari idea untuk menulis di blog ini kurasakan fikiranku begitu kosong sekali. Puas aku mencari mood untuk menyelesaikan segala tugasanku, Tetapi mood belajar masih tidak hadir. Mengapa terjadi dengan diriku ini.Ya Allah berilah aku kekutan untuk aku menempuhinya..Hanya untuk beberapa ketika je lagi. Setelah seminggu - 2 minggu aku berhempas pulas menyiapkannya sehinggakan masa tidoku tak menentu hanya mengadap tugasan-tugasan itu, kumerasakan fikiran ku bercelaru dengan segala benda yang berada di kepala. Otakku kadang kala tidak dapat berfungsi kurasakan. Badanku yang penuh dengan kafein disebabkan aku mahu berjaga malam, lemah juga kurasakan. Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini. Supaaya dapat menempuhinya dengan sebaik-baiknya. berilah aku kekuatan untuk aku menghadapi segalanya..

 

blogger templates | Make Money Online