Monday, May 9, 2011
TANJONG MALIM
Untuk meniti bahagia, aku telah memohon cuti 6 ari untuk preparation majlis aku nih. Tak sabar aku nak balik kampung. Sebelum aku balik kampung, aku kena settlekan semua kerja-kerja opis. Sori yer student2ku kerana x sempat aku nak menyemak semua latihan2 yang aku berikan(tulah byk sgt bg latihan, padan muka aku sendiri). Terpaksalah aku kembalikan semua latihan2 dorang, yg mana aku sempat aku dah preparekan jawapan. Sabtu sebelum aku pulang ke kampung, masuk opis jap settlekan buat kali terkahir kerjaku. Nak kata, kerja nih memang tak pernah habis. Balik kampung konon, padahal gi melencong ke Tanjong Malim dulu. Kul 9 lbh, abang dah tepon, igtkan aku dah bertolak, almaklumlah aku ni suka kalau bertolak awal2 pg, padahal aku kt opis lg. Boleh lak abang aku suh singgah opis dia (opis lama aku ) nk settlekan kerja dia, mentang2 aku pernh handle kerja dia. Tapi x pe, dh pengalaman pun. No hallah
Kul 10.45 pg aku bertolak dari opis, aku dah bawak semua barang2 aku, malas nak balik umh dh. Bosan jugak perjalanan aku yang hampir 2 jam nih. Tawakal jelah, bukannya aku igt jalanpun. Jam 12.30 aku dh sampai opis. Rupanya-rupanya operation berjalan. Semua ada.Big bos je x dak. Jadi aku teruslah menjemput sapa2 yang ada. Borak2 jap, pas tuh naik ats, kerja dh settle semuanya. Lega aku. Hi3. Tghari abg aku belanja pizza, best2.Tengahari ke??Padahal dah jam 2 ptg. Igtakan abg aku nk pau aku tadi..Ha3(tak baik syak wasangka) Lepas balik makan terus pergi umh sewa lama aku. Wah teringinnya aku nak makan rojak singapore. Padahal perut nih dh kenyang dengan pizza. Siap pesan kat Gha, tggu kalau nak g pasar malam. G dgn kawan2 umh sewa. Terus aku beli rojak singapore sampai x igt dunia+nasi kerabu. Memang kekenyanganlah aku arituh.
(NASI KERABU)
(ROJAK SINGAPORE)
Gambar hiasan semata-mata. Sedapnya yang aku beli lagi. Lupa pulak aku nak snap gambar.
Igatkan nak balik umah bang, last2 x jadi balik umh abang, tido kat situ.Dh lama x jumpa kawankan. Esok plan nk g shopping Maklumlah dh lama x jejakkan kaki ke Tanjong Malim. Kuar kul 11, kul 3 baru balik. Padahal Tanjong Malim bukan besarpun, hbs semua kedai aku jelajah. Hbs gak RM$$$. Wah x balik ulu jempol lagi nih dah habis sebanyak tuh. Balik umh rehat2, abang dah tepon bila nk balik umh dia, alamak mlsnya nak balik. Tak puas lagi jumpa dgn budak2 nih. Apakan daya petang tuh aku balik jugak walaupun hujan lebat. Macam naik motor lak, padahal naik keta.Malam pekena Tomyam Mior. Memang marvelouslah. Macam dh bertahun x jumpa makanan.Almaklumlah kat Seremban, seklai sehari jekan makan.
Esoknya(Isnin) pergi opis lagi jumpa bigbos menjemput kenduri. Sebelum balik, suh abang isikan minyak keta+ topup Touch n Go. Dari dulu aku kureng bab nk isi minyak keta nih. Kul 11 aku bertolak balik ke Ulu Jempol. Bosan lagi perjalanan sorang2. Standard bawak keta 100-110. . Jalan lengang, almaklumlah bukan cuti, aku sorang je yg cuti. Sampai umh 3.15 petang, bising ma n abah kata aku bawak laju, padahal aku rasa x lajupun. 1 jam Tanjong Malim ke Kuala Lumpur. 2 jam lebih dari Gombak ke Ulu jempol. Sebb highway kot lagipun aku mantain je bwk speed tuh. Mujur tak hujan. Sampai umh memang penat. Petang tuh dok angkut kayu api pulak..l Malam pula isi barang2 dl paper bag.
ULU JEMPOL
Esoknya (Selasa) aku pergi kedai mak andam, nak settlekan hal baju. Boleh lagi last minute aku tukat baju sanding, and baju outdoor. Mujurlah mak andam x bising, sebab aku pesan awal2 jgn outer lagi sebb aku nak datang aritu. Dari silver hitam, jadi silver saja. Untuk baju outdoor dari baju labuh, jadi baju kebaya singkat kot. Baju potong kek still sama sebb x dak pilihan. Lama jugak aku ke sana dalam 1 jam lebih x silap dengan adik aku. Lepas tuh aku pergi survey untuk wat mandi lulur, sauna, and susu. Jumpa terus aku buat appointmenet untuk buat esok senang, sebb aku tau nnti aku memg x leh kuar dah. Kemudia pergi kat tempat homestay kat sini nak tunjuk kat adik. Kat situ memnag aku betul2 hampir excident, itulah orang kata darah tgh manis, x elok nak kuar. Memnag x dapat nak lupakanlah. Tapi aku x cerita kat ma and abh aku, nnti esok confirm ma tak bg kuar dah.
Rabu, jam 9 aku dah kuar untuk wat treatment. Nk dekat kul 1 baru aku balik, memg lama giler, bosan aku dibuatnya, mujur aku pergi sorang2 je. Mak +abah + adik pergi jerantut untuk beli barang2 apa yag patut. Dpt dengan nenek aku dh bising sebab tiap2 ari aku kuar, nak keputusannya aku dh x leh kuar dah. Hu3. Kenalah dok umah. Wat keja2 berat pun dh x bagi. Abe din balik, tolong apa2 yang patut dia dapat mc sakit mata. Balik sorang2. Aku dapat panggilan tepon suh aku buat spss. Alamak macam mana ni, aku cuti kawen. Tak pandai nak menolak. Orang tuh sanggup turun pergi Ulu Jempol semata nak hantar instrumen. Aku dh x leh nak kata apa2. Tunggu ajelah.
Khamis mak andam dah pasang pelamin + bilik tido. Tapi x complete lagi. Lama jugak nak dekat 3 jam nak menyiapkannya. Abg sulung aku dh balik, nk tolong apa2 yang patut. Malam aku dah pakai inai, bak kata kwn2 aku ,baik pakai awal, kalau x terang or terlalu hitam boleh cover balik pas nih. Mula2 aku pakai inai daun, dari kul 10pm sampailah nk dekat kul 2. Bukan jadi merah, tapi oren saja. Tak puas hati last2 esoknya aku pakai inai tiub. Memang aku buat spare. Pagi tuh (Jumaat) aku pakai inaia tiub, dalam sejam saja, terus jadi hitam bukan merah. Alahailah, mula2 x cukup terang pastuh terlebih gelap pulak. Mujur ari jumaat bukan sbtu lagi. Ada masa satu hari untuk cerahkan dia. Terpakslah aku selalukan main dgn air. Akhirnya orang yg suh wat SPSS datang dari Kuala Lumpur, sanggup turun ke U.J untuk hantar SPSS. Kena ceramahlah pulak dengan abah, nak kawenpun sempat lg nk ambik upah. Kawen tuh, bukan perkara main2. Tadah jelah telinga dapat ceramah free. Hua3....kalau orang xpert, x ambik masa berhari2 pun. 1-2 ari je dah siap, kalau benda yg simple nak analisi data. Nak wat macam mana rezki datang bila nak kawen nih. Nak tolak kesian lak. Jadi ambik jelah. Lepas majlis nnti baru aku buat.
Seminggu sebelum majlis, selera makan aku bertambah-tambah. Maklumlah masakan mak, biarpun kuah air je.Risau ma, siap pesan jgn makan banyak2 nnti x muat baju pengantin. Aku apa lagi, berazam kononnya" Esok x mau makan nasi, mnm air milo je" Tapi x menjadi jugak still makan jugak. Ha3...Nasi baik baju semua muat-muat belaka. Ok nnti kita sambung dengan majlis akd nikah yer. Panjang lebar lak aku mengomel, sebb dh sekian lama aku tak mengupdate blog nih. Mesti orang dah x larat nak baca, sampai ke penghujungnya.