Wednesday, November 16, 2011

Percutianku.....2

Seminggu selepas kami pergi bercuti ke Pulau Tioman, kemudian kami pergi ke Mersing (Air Papan) untuk menghadiri family day husband (MRSM Batu Pahat). Kami pergi dengan kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan kami. Perjalanan mengambil masa 2 jam jugak rasanya. Semasa kami sampai di sana rombongan bas dari Batu Pahat sudah sampai. Kami diberi rumah. Agak selesa dan cantik jugaklah rumahnya. Kami berehat-rehat sebelum aktiviti bermula.

Pada petangnya aktiviti ice breaking bermula. Kami asik diusik oleh semua guru, kerana pada ketika itu, kami masih digelar pengantin baru. Petang aktiviti sendiri-sendiri. Aku berjalan di tepi pantai bersama dengan husabnd. Kesian jugak dengan husbandku asik menamani aku je. Kawan-kawan diapun ramai. Petang tu, selepas berjalan-jalan di tepi pantai aku bg peluang dekat husbandku supaya berjalan dengan teman-teman, manakala aku berada di bilik. Aku berasa tak sedap badan. Waktu berbekue aku hanya menghadirkan diri sekejap sahaja. Tekak perit, kepala pening. Jadi aku suruh husbandku hantar ke bilik. Kemudian menyuruh husbandku menyertai yang lain. Aku tido sampai ke pagi sehingga tak sedarkan diri bila menelan 2 biji ubat demam.

Keesokannya , sihat seperti biasa. Makan pagi, kemudian ada sukaneka untuk guru-guru. Selesai sukaneka, kami berkemas-kemas untuk pulang ke Batu Pahat semula. Singgah sebentar untuk mencari keropok lekor dan keropok keping. Aku bercuti agak lama di Batu Pahat kerana cuti midterm student. Manakala husbandku pergi sekolah seperti biasa.

Dalam 2 minggu, aku pergi berjalan-jalan. Memang puas kalau sekali pergi berjalan, terus berjalan sakan.Itulah percutianku.....

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online