Sunday, March 22, 2009
Berakhir sudah untuk minggu ini. Terasa sekejap sahaja melalui hari-hari yang lalu. Hari ini selesai sudah mengikuti bengkel SPSS. 2 minggu berturut-turut diadakan bengkel ini, banyak input yang diperolehi. Bengkel ini sangat berguna untuk membuat kajian. Semoga kajian ku nanti tiada apa-apa masalah. Moga-moga ilmu ynag kuperolehi ini berguna untuk kemudian hari. Esok akan tiba....minggu akan berganti.....Terasa risau untuk menanti hari esok dan tempoh dalam minggu itu..... Banyak perkara yang hendak diselesaikan. Bermula esok akan kuselesaikan satu persatu urusan sehingga tiada yang terkecuali...Bermula untuk menyelesaikan borang pinjaman YP dan pos kembali kepada abah, selesaikan masalah bank, berjumpa dengan pelajar....dan selesaikan assignmnet-assignmnet yang hendak dihantar.....Pada masa yang sama kena studi subjek-subjek yang kuambil kerana minggu itu merupakan kuliah yang terakhir.... Banyak perkara yang hendak ditanay dan dibincangkan dengan lecturer sebelum peperiksaan kunjung tiba...Pening...pening bila memikirkan untuk selesaikan kesemuanya dalam satu masa.... Tabahkan hati semoga dapat kulalui hari-hari ini dengan tenang...tanpa rasa fed-up ataupun tensen. Semoga dimudahkan urusan untuk minggu ini..Amin......
Saturday, March 21, 2009
Zaman Kanak-Kanak
Bermula dari tadika sehingga ke tahun 6....Sepanjang tempoh itu aku telah berpindah sebanyak 3 kali. Setiap tempat mempunyai kenangan yang tersendiri. Di felda jengka 7, aku bermula di alam tadika, aku ingat masa itu memang hanya untuk bersuka-suka dan bermain-main sahaja. Di sini aku mengenali rakan-rakan baru. Apabila masuk di tahun 1...aku mula menunjukkan sikap rajin dalam pelajaran.Tambahan pula dikawasan perumahan pegawai ada yang sebaya denganku... Disini sudah bermula persaingan dalam pelajaran. Keputusan ujian dan peperiksaan boleh dikatakan cemerlang...walaupun bukan ditempat ke 3 teratas. Apabila masuk di tahun 3, abah telah terima surat perpindahan ke felda jengka 8, walaupun bersebelahan jengka 7 dan 8 tetapi agak jauh juga. Bermula perjalananku sebagai pelajar baru disekolah yang baru...Aku ingat perkenalan dengan kawan-kawanku bukan di sekolah tetapi dibawah pokok kelapa. Bila diingatkan kembali terasa kelakar pun ada.... Norsa'adah dan Nurhidayah adalah kawan pertamaku. Kalau ingatan ku masih kuat....Hari persekolahan yang pertama, memang aku jadi tumpuan. Nak tau kenapa kerana pakaian aku pelik dari yang lain...baju biru laut, kain biru gelap dan tiba-tiba tudung warna pink....Pelikkan. Kelakarpun ada....Disini banyak kenangan manis yang tercipta...walaupun hanya 2 tahun setengah sahaja berada di jengka 8. Banyak kenangan-kenangan yang masih melekat di fikiranku. Biarpun sudah 15 tahun berlalu... Kemudian aku berpindah di jengka 22. Hanya sempat bersekolah untuk 1 tahun kerana pada masa itu aku sudah tahun 6. Disini aku bergiat aktif dengan sukan...sehinnggakan ma dan abah puas menasihatiku kerana peperiksaan UPSR akan menjelang....Bermula dengan permainan bola jaring sehingga permainan hoki...Tak sangka di sekolah ini aku digilap sebegitu rupa.....sehinggakan aku dapat bermain diperingkat daerah.... Semasa berkumpul ramai-ramai untuk ke peringkat daerah aku berjumpa semula dengan kawan-kawan lamaku walaupun berlainan permainan yang disertai....Masih aku ingat, disebabkan permainan ini aku menjadi kebal????Kebal ke??Hihihi Setiap hari ada latihan tidak kira bulan puasa ataupun dan tidak sah kalau kaki ni tidak pernah kena kayu hoki dan bola hoki....Sehinggakan kakiku pernah terseliuh...Disebalik keseliuhan kakiku ini aku sembunyikan dari pengetahuan ma dan abah kerana risau mereka tidak izin untuk main lg....Cikgu menghantar aku untuk berurut. akhirnya rahsia pecah kerana cikgu telah hantr aku balik kerumah...Ma dan abah banyak memberi nasihat dan akhirnya aku memberitahu untuk berhenti bermain.....Apabila cikgu tahu....dia datang ke rumah untuk memujuk abah dan ma supaya membenarkan aku bermain untuk peringkat ini sahaja...selepas aku stop bermain aku mula mengulangkaji pelajaran....Di sini aku sudah rasa tensen kerana setiap masa abah dan ma suruh aku belajar.....Akhirnya aku dapat keputusan yang cemerlang. Semasa hari penganugerahan aku rasa sedih kerana tiada siapa yang datang. Abah pergi berkursus manakala ma menjaga adik yang masih kecil pada tika itu. Terima kasih ma dan abah kerana menggalakkan aku membaca buku kerana kalau bukan atas desakan mereka aku tidak dapat keputusan yang cemerlang ketika itu.....
Zaman Remaja
Aku telah bersekolah di sekolah menengah kebangsaan jengka 2 di bawah kelas rancangan khas....Walaupun aku mendapat tawaran belajar under felda tetapi abah tidak izinkan kerana aku tidak biasa dengan persekitaran bandar. Risau anak perempuannya terpengaruh dengan gejala2 yang tidak sihat...Permulaan sebagai pelajar baru....mulanya rasa penat dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru...Tingkatan 1 sudah mula berdikari....tanpa bantuan sesiapa. Padahal sebelum ini keperluan aku ma yang uruskan. Apabila sudah tinggal di asrama kena pandai-pandai bawak diri. Diawal tingkatan keputusan aku merosot....ini kerana aku bersiang dengan pelajar-pelajar yang pandai.....Di menengah rendah aku mempunyai seorang kawan baik namanya Nurhidayah... Ada dia adalah aku diibaratkan.....Tetapi menengah atas dia telah berpindah. untuk menyambung pelajaran di sekolah yang lebih baik. Aku tidak berkelayakan kerana ada subjek yang menyebabkan aku tidak dapat memasuki sekolah asarama penuh....X pelah rezekiku bukan disitu...Sedey jugak rasanya. Aku menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah...Dengan memasuki pertandingan yang berunsurkan keagamaan. Sehinggalah ditingkatan 5. Walaubagaimanapun result SPM kurang memberangsangkan sehinggakan aku termasuk ke tingkatan 6. Sedey sangat-sangat..Tapi apakan daya. Aku berazam untuk bljr bersungguh-sungguh....Walaunagaimanapun aku belajar setengah jalan kerana aku di terima belajar di Uitm
Uitm di hatiku
Permulaan sebagai mahasiswi, aku culture shock sekejap....Mujur aku tersedar dari dunia yang tidak pernah aku alami sebelum ini. First sem aku membelanja dengan kadar yang banyak kerana pada masa itu pegang duit sendiri dan jauh dari ma dan abah. Walaupun begitu keputusanku agak memberangsangkan. Pada masa cuti midterm aku melibur dengan kawan-kawan....Inilah masanya untuk kita mengenali tempat-tempat yang kita tidak pernah lawati...Aku rasa seronok.....Hidup makin hari makin seronok pada waktu itu. Hanya belajar dan berjalan-jalan....
Tidak memikirkan apa-apa....asalkan tidak terkandas di dalam pengajian. Konvokesyen diploma aku rasa teruja kerana ia adalah 1st time.Ma dan abah datang untuk meraikan penganugerahan itu. Kemudian aku sambung di peringkat ijazah......Tiada apa-apa perubahan dalam aktiviti harian...masih sama seperti diploma dahulu.....Walaupun konvokesyen degree tidak seseronok diploma....Ma dan abah tidak dapat hadir...hanya kawan-kawan yang menemani aku....sedey rasanya apabila melihat orang lain dikelilingi family masing-masing. Hati menangis siapa yang tahu. Kebetulan pada waktu itu aku sibuk dengan kerjaya....
PUTRAJAYA
Disini aku bekerja hanya untuk jangka masa 2 1/2 bulan. Pada mulanya ma dan abah risau kerana aku tinggal berseorangan. Pada mulanya aku berasa risau tetapi aku memberanikan diri hanya untuk jangka masa itu. Di sini aku rasa sunyi tiada kawan dan tiada teman untuk berbicara. Hanya kawan-kawan sekerja yang menjadi peneman. Balik rumah hidup terasa kosong hanya ditemani dengan laptop sahaja. Terasa seolah-olah dunia ini tiada apa-apa.....Hanya Yuhan yang tahu pada ketika itu. Hujung minggu aku akan pergi ke shah alam berjumpa dengan kawan-kawan lama untuk mereleasekan tension. Memikirkan tiada kerja selepas ini dan susuah untuk mencari kerja aku berhajat untuk menyambung pelajaran ku. Akhirnya aku mendapat 2 tawaran Uitm dan UPSI...Akhirnya aku memilih UPSI keran aminat ku tidak pernah pudar selama ini.
UPSI
Permulaan kurang seronok kerana pada hari pendaftaran aku lihat semua penuntut yang sudah berumur maksudku yang jauh beza dari aku. Rasa terkilan pun ada pada mulanya kerana memilih UPSI. akhirnya aku jumpa juga kawan-kawan yang hampir sebaya denganku. Sekarang menjadi wrga UPSI. persekitaran yang baru dan kawan-kawan yang baru....Suasana jauh berbeza dibandingkan dengan Shah Alam.Akan ku tempuhi liku-liku perjalanan ini dengan sebaiknya.
Saturday, March 14, 2009
Biasalah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Bila duit banyak...lupa segala-galanya.... Biasalah manusia mudah lupa dan leka apa yang mereka ada dan perolehi. Tidak pernah bersyukur ke hadrat Ilahi apa yang telah diberikan rezeki oleh-Nya.Jadi duit yang ku perolehi nanti boleh ku bayar yuran dan untuk sara diri bulanan. Tidak payah ku menyusahkan ma dan abah lagi....Okeylah kerja pun minimum 2 hari seminggu. Tugas pun tidak begitu berat juz wat gaji, failing, taip do n jadi ceti...Aik banyak gak yer keja aku mcm bos lak...Hihihi. Gajipn ok r....Pergi dan balik abang hntarkan....So x dak lah sesukar mana untuk pergi kerja. Walaupun life sebagai pelajar sudah bz, aku kena membahagikan masa dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan pelajaran ku terjejas.
Walaupun tension dengan assignmnet2 yg diberikan akan kusiapkan dengan sesempurna yang mungkin. Aku x nak mengecewakan ma n abah... Akan ku jaga prestasi pelajaran semoga ia sentiasa maintain....Aku mahu mengekalkan kecemerlangan seperti diploma dan degree dahulu. Walaupun tidak dapat 1 st class tapi aku bersyukur dengan apa yg ku perolehi. Usaha aku tidak sia-sia selama ini.Usaha tangga kejayaan.Semakin hari aku rasakan 24 jam tidak cukup untuk aku....tp 24 jam itu adil untuk semua orang...cuma pandai-pandailah kena bahagikan masa. Itulah yang dikatakan MASA ITU EMAS.......
Thursday, March 5, 2009
Hari ini aku berjaya siapkan assignmnet kritik jurnal untuk subjek UKP. Sepanjang 3 minggu menghadap itu saja aku rasa lega sekarang. Biarpun hasilannya tidak seberapa. Grammar entah kemana, pronounspn entah kemana. Tak pelah asalkan siap dan memuaskan hati sendiri. Tengoklah kalau masa mengizinkan aku minta tlg kawan cekkan. Almaklumlah penguasaan Bahasa Inggeris kureng sejak dulu lagi. Apabila dah berada disini kena pandai2 ar improvekan Bahasa Inggeris sendiri. Masa di Uitm ada gak kawan-kawan datang membantu. Terima kasih Marni Musa kerana menolong aku siapkan projek finalku. Biarpun dia pening dengan ayat-ayat BIku tapi still tetap tolong. Sekarang aku hanya ada Julizah. Segan gak nk minta tlg dia. Tp x pelah asalkan ayt-ayt ku ok cukuplah.Hari-hari yang kulalui sepanjang 3 minggu itu sungguh mentensionkan dan memeningkan kepala. Sekarang aku hendak siapkan proposal lak. Inipun dah mula rasa nak pening-pening. Kena siapkan awal jugak, sebab ada 2 mini projek yang aku x sentuh lagi. Risau...risau. Inilah dikatakan pelajar.....Banyak projek yang perlu disiapkan. Akan aku harungi hari-hari yang mencabar ini dengan penh kesabaran dan kecekalan.