Thursday, March 5, 2009
Hari ini aku berjaya siapkan assignmnet kritik jurnal untuk subjek UKP. Sepanjang 3 minggu menghadap itu saja aku rasa lega sekarang. Biarpun hasilannya tidak seberapa. Grammar entah kemana, pronounspn entah kemana. Tak pelah asalkan siap dan memuaskan hati sendiri. Tengoklah kalau masa mengizinkan aku minta tlg kawan cekkan. Almaklumlah penguasaan Bahasa Inggeris kureng sejak dulu lagi. Apabila dah berada disini kena pandai2 ar improvekan Bahasa Inggeris sendiri. Masa di Uitm ada gak kawan-kawan datang membantu. Terima kasih Marni Musa kerana menolong aku siapkan projek finalku. Biarpun dia pening dengan ayat-ayat BIku tapi still tetap tolong. Sekarang aku hanya ada Julizah. Segan gak nk minta tlg dia. Tp x pelah asalkan ayt-ayt ku ok cukuplah.Hari-hari yang kulalui sepanjang 3 minggu itu sungguh mentensionkan dan memeningkan kepala. Sekarang aku hendak siapkan proposal lak. Inipun dah mula rasa nak pening-pening. Kena siapkan awal jugak, sebab ada 2 mini projek yang aku x sentuh lagi. Risau...risau. Inilah dikatakan pelajar.....Banyak projek yang perlu disiapkan. Akan aku harungi hari-hari yang mencabar ini dengan penh kesabaran dan kecekalan.