Saturday, March 14, 2009

Masa Itu Emas.

Penghujung minggu akan menutup tirai. Minggu ni aku melakukan banyak kerja. Permulaan sebagai pekerja baru di opis abang....Mujur juga abang offer kan kerja untuk aku. Mungkin dia memahami bagaimana nak cari duit yuran pengajian semester depan.Yela....sebarang bantuan ku x perolehi lagi....walaupun sudah banyak di hantar permohonan. Pening apabila memikirkan duit. Duit....duit....

Biasalah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Bila duit banyak...lupa segala-galanya.... Biasalah manusia mudah lupa dan leka apa yang mereka ada dan perolehi. Tidak pernah bersyukur ke hadrat Ilahi apa yang telah diberikan rezeki oleh-Nya.Jadi duit yang ku perolehi nanti boleh ku bayar yuran dan untuk sara diri bulanan. Tidak payah ku menyusahkan ma dan abah lagi....Okeylah kerja pun minimum 2 hari seminggu. Tugas pun tidak begitu berat juz wat gaji, failing, taip do n jadi ceti...Aik banyak gak yer keja aku mcm bos lak...Hihihi. Gajipn ok r....Pergi dan balik abang hntarkan....So x dak lah sesukar mana untuk pergi kerja. Walaupun life sebagai pelajar sudah bz, aku kena membahagikan masa dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan pelajaran ku terjejas.

Gambar Hiasan

Walaupun tension dengan assignmnet2 yg diberikan akan kusiapkan dengan sesempurna yang mungkin. Aku x nak mengecewakan ma n abah... Akan ku jaga prestasi pelajaran semoga ia sentiasa maintain....Aku mahu mengekalkan kecemerlangan seperti diploma dan degree dahulu. Walaupun tidak dapat 1 st class tapi aku bersyukur dengan apa yg ku perolehi. Usaha aku tidak sia-sia selama ini.Usaha tangga kejayaan.Semakin hari aku rasakan 24 jam tidak cukup untuk aku....tp 24 jam itu adil untuk semua orang...cuma pandai-pandailah kena bahagikan masa. Itulah yang dikatakan MASA ITU EMAS.......

1 Comment:

  1. yuhazlina said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online