Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah targetku tercapai akhirnya...Akhirnya ia berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan sepanjang semester lalu....Moga-moga untuk semester yang akan datang targetku tercapai seperti skrg.....Bolehkah????Sebenarnya tidak pernah kuimpikan targetku itu tercapai...Kerana tergetku amat tinggi....semacam tidak percaya aku mampu untuk mendapatkannya. Terima kasih kepada lecturer yang telah mengajarku

  • DR. ONG (tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan yang di tanya oleh pelajarnya)
  • DR SAZELLI( tidak pernah jemu memberi contoh-contoh yang sesuai berkaitan statistik)
  • DR LIM( yang sentiasa punctual di dalam kelas dan sentiasa mengingatkan supaya berfikir secara kritis kerana matematik itu unik)
Target itu hanya sekadar untuk menambahkan koleksi target-targetku...Itu adalah salah satu target dalam hidupku...Banyak lagi target-target dalam hidupku tidak tercapai....Mungkin memakan masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun...Semoga ia di permudahkan untuk aku mencapai atau mendapatkannya....Setiap orang mesti ada target dalam hidup....ia akan menjadi cabaran kepada diri kita sendiri supaya kita berusaha gigih dan bekerja kuat untuk kita perolehinya.....Target itulah kadang kala membuat kita tersedar dari lalai atau leka dengan kehidupan di dunia......Salah satu kata-kata azimat yang ku pegang sehingga sekarang...BERDOA,BERUSAHA, BERTAWAKAL DAN BERSERAH KEPADA ALLAH....Semoga segala urusan di permudahkan oleh-Nya. AMIN.....

Monday, May 18, 2009

Hujung minggu yang lalu aku menghadiri majlis pertunangan seorang rakan...Boleh dikatakan sebagai teman rapat. Perkenalan bermula di Tahun 6 kerana aku bepindah sekolah. Dari tahun 6 sehingga Tingktan 6 Rendah aku dan dia belajar di kelas yang sama...Kemudian membawa haluan masing-masing dan akhirnya belajar di IPT yang sama walaupun jurusan berlainan. Majlis pertunangannya di buat sederhana di hadiri oleh rakan-rakan dan orang-orang kampung di kawasan bloknya sahaja....SELAMAT BERTUNANG NORAIN BINTI SABLI

Majlis pertunangan bagiku adalah sesuatu yang membazir....Entah mungkin persepsi ku dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah......Ya mungkin orang mahu mengikut adat....Merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding....Bagiku hanya sekadar merisik dan terus bertunang tanpa hantaran sudah mencukupi.....Bersederhana dalam segala hal(Bolehkah begitu...mengenetepikan adat resam bangsa Melayu)...Kenapa aku katakan membuat majlis pertunangan adalah membazir....Apabila ku perhatikan...semasa majlis pertunangan diadakan...banyak belanja dikeluarkan untuk membuat barang hantaran dan kenduri yang besar walaupun tidak sebesar kenduri kahwin.....lagi bagus jika kita terus buat semasa hari perkahwinan nanti kerana masa hari persandingan akan dibawakan lagi barang hantaran.....Mungkin persepsi aku dan orang lain berbeza....tapi inilah aku...... Perlukah kita mengadakan majlis pertunangan secara besar- besaran segah majlis perkahwinan....Mungkin sesetengah orang bersetuju dengan membuat majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan.....Tetapi dalam Islam bukankah disarankan supaya kita bersederhana dalam segala hal....Bagiku biarlah ala kadar sudah mencukupi.....

Gambar Hiasan Barang Hantaran Majlis Pertunangan

Tarikh keramat 16 Mei sentiasa diingati dan di sambut dengan meriah di setiap sekolah pelusuk kawasan. Pada masa inilah kedengaran lagu Guru Malaysia berkumandang....dan kita dapat mendengar serta melihat guru-guru menyanyikan dengan penuh semangat. Segala pengorbanan dan tunjuk ajar mereka...sentiasa terpahat dan menjadi azimat untuk berjaya...Terima kasih guru yang telah mendidik dan mengajar aku sehingga berjaya....Masih kuingat segala tunjuk ajarmu bermula di peringkat tadika sehingga ke peringkat menengah.....

Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Kalau anda seorang guru, anda tentu tidak asing lagi dengan Lagu Guru Malaysia yang sentiasa dikumandangkan setiap menjelangnya 16 Mei pada tiap-tiap tahun.

Kalau anda seorang pelajar, setiap tahun anda tentu mendengar lagu ini didendangkan oleh guru-guru anda di sekolah.

Kalau anda seorang bekas pelajar, tentu lagu ini membawa kenangan kepada anda. Ingatkah lagi, waktu itu anda terpaksa menahan otot betis yang tegang kerana berdiri lama mendengar amanat orang-orang atas sebelum guru-guru anda menyanyikannya? Ingatkah lagi, anda bertepuk tangan setelah selesai guru-guru menyanyi? Ingat lagi anda terpaksa menahan ketawa kerana antara puluhan guru yang mendendangkan lagu itu ada beberapa orang yang sumbang suaranya? Dan selepas itu ada pertandingan permainan dengan guru-guru. Selepas itu ada makan-makan, beri cenderamata, ucap-berucap, dan banyak lagi ... Kini semuanya tinggal kenangan.


GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada:

  • Cikgu Azham (MRSM BATU PAHAT)
  • Cikgu Rahim (Guru TAHUN 1)
  • Cikgu Zolkefly(Guru Tahun 4 dan 5)
  • Cikgu Shafie (Guru Tahun 6)
  • Cikgu Soberi (Guru Tingkatan 4 dan 5)
  • Cikgu Fakharudin (SBPI PEKAN)
  • Cikgu Norafauziah(METHODISt TANJUNG MALIM)
  • Cikgu Norasiah (SAINS MUAR)
  • Cikgu Rozlan (SAINS MUAR)
  • Semua guru-guru yang pernah mengajar dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah)
  • Guru-guru di Malaysia

Wednesday, May 13, 2009

Mungkin terlambat untuk mengisi entri ini, tetapi akanku coretkan sesuatu untuk sempena Hari Ibu ini...Hari Ibu setiap tahun di sambut dan diraikan kepada perempuan-perempuan yang bergelar ibu...Hari Ibu bukan di sambut apabila menjelang tarikh keramat itu tetapi hendaklah di sambut setiap hari bagi mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu... Merekalah yang melahirkan, menyusukan dan menjaga kita dari kecil sehingga dewasa tanpa mengenal penat lelah.....Kasih ibu tiada tandingannya....Sewaktu kita sakit....ibu sanggup berjaga malam dan siang supaya kita beroleh kesihatan..tetapi sekarang apabila ibu kita sakit...adakah kita sanggup berbuat demikian.....Jarang sekali si anak dapat melakukan seperti si ibu melakukan kepada kita....Sementara mereka masih ada, sayangilah dan kasihilah mereka...Semoga kita tidak terkilan di lain masa....Akanku titipkan suatu kisah yang memberi pengajaran kepada kita yang bergelar seorang anak....

::KASIH IBU::

CERITA SEORANG KAWAN ....

Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping
bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,
dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami
pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas
riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting
room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan
susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah
mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak
dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu
rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba
menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya
mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan
dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali
pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan
ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang
penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan
saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari
semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati
saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada
malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya,
lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya
memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan
yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan
telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai
dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati
saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak
keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun
yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

Jangan Sesekali Menyakiti Hati Mereka....

Monday, May 4, 2009

Cuti 3 hari kuisikan dengan sepenuhnya...Bermacam-macam rancangan di fikiran....Hari Pekerja aku pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan seseorang yang telah lama tidak kutemui...dalam 4 bulan lamanya...kalau dahulu boleh dikatakan setiap hari kami berjumpa...(mengimbau zaman belajarlah pulak) Aku keluar boleh dikatakan awal dan menaiki bas jam 9.30 pg dan sampai di Kuala Lumpur jam 10.30 pg....Aku sampai awal kerana perjalananku sejam sahaja manakala dia mengambil masa 3 jam.Di sana aku berjalan-jalan sementara menunggu sidia....mujur aku xpert juga dengan persekiran Kuala Lumpur ini....Ingatkan mahu jumpa kawan lama untuk berkongis cerita dan x daklah lama sangat untuk menunggu sidia....Nasib tidak menyebelahiku kawanku sudah ada planning lain...itulah padahnya bagitau on the spot mahu berjumpa...Jadi akupun merayau-rayaulah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman....Berjalan-jalan seorang diri bosan jugak tapi nk watmcmna dh berjanji bertemu di Kuala Lumpur....Di Jalan TAR aku mencuci mata...cuci2 mata dapat gak 4-5 jenis barang...Itu baru di Kuala Lumpur tidak di Shah Alam lagi...habislah....Agak lama juga menuggu akhirnya tiba juga....Nak merajuk kesian lak penat-penat dia drive dari Johor, nanti kesudahan lain pulak....Kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam....Sebelum berjalan-jalan masing-masing mengisi perut dahulu....Terkejut juga banyak perubahan walhal baru 2 bulan tidak ke Shah Alam
Wah...KFC sudah ada di Sek 2. Gerai di Sek2 pun sudah berubah nmpk exclusive...kalau dh nmpk exclusive apa lg msti sewanya mhl dan mknn pun apa lg mhllah juga... Xpelah sekali sekala...Melepaskan gian untuk bershopping kerana di Tanjung Malim tiada pasaraya yang besar dan tidak berkenan dihati....Tempat pertama yg ku tuju adalah tesco....and then giant....Aduh...inilah perangai masih tak berubah-ubah....byk juga berhbs duit pantang nmpk yang menarik hbs semua diambiknya....aduh mcmana ni...x pandai melawan nafsu langsung....Mungkin disebabkan bila lg nk sampai kesitu lagi menyebabkan tidak kisah berhbs duit....Bermalam di bilik kawan...Jadi kena masuklah ke Uitm...Nk wat mcmana Uitm di Hatiku Mujur ada lagi kawan yang masih tinggal di Shah Alam kalau tidak alamatnya kena cari hotellah gamaknya.....Jumpa dengan Ain...tapi malas nak kacau sgt dia....yela examnya tak habis lagi...so bagilah dia peluang untuk studi...pandai-pandailah aku bawak diri.....Keesokannya dah berjanji untuk ke Cameron....Janji bertolak dari S.Alam jam kul 7 pg tertunda ke 7.30 pg...Sudah lama x menjejak kaki ke Cameron...last sekali adalah tahun 2003 dan itulah first time ke sana mengikut abang and then skrg kitaorg lak bawak dorang kesana sebagai penunjuk jalan hihihi...Singgah di Kalumpang punggah barang-barang yang dibeli.....Sampai di sana mujur dorang dah bersiap....Jam 9 kami bertolak kesana...Perjalanan melalau Highway hingga ke Tapah...Kemudian menggunakan jalan biasa yang bengkang-bengkok...Aduh pening kepala di watnya....Mujur tak terkeluar isi perut.......Sepanjang perjalanan ke sana banyak kereta menjalar di atas jalan raya.....Ramai juga yang hendak pergi ke Cameron...First destinasi adalah Bharat Cameron...Udaranya nyaman dan sejuk....Melihat keindahan alam sekitar yang hijau di tutupi oleh ladang-ladang teh. Setengah jam berhenti disitu meneruskan perjalanan untuk naik ke atas lagi....Ah....bermulalah kesesakan di sepanjang jalan...tension..tension....

Untuk mengelakkan kesesakan singgah di Taman Sedia.....Makan aiskrim dan beli strawberri....Wah nikmatnya tengok orang makan aiskrim.....Aku hanya merasa sesudu 2 sahaja...untuk mengelakkan dari lelah. Peratus untuk dapat lelah 50 % kerana udara pun sejuk....Disini kami menghabiskan masa dalam 45 minit....moga-moga perjalanan tidak kesesakan....Keluar dari taman ...aduh...kesesakan makin teruk....Rasanya kami banyak menghabiskan masa di atas jalan raya.....Bila kesesakan, matapun sudah layu..tapi ku tahan juga..untuk meneman am memandu...Dalam berbual-bual sempat juga dia terlelap. Mujur juga kereta tak tersondol kereta di depan disebabkan mengantuk.Yang lain sudah lena dibuai mimpi.....Apabila sampai di pekan Cameron kami berhenti disitu untuk membeli barang-barang seperti strawberi...sayur..dan mcm2 lg...Tidak berani nk mengambil risiko untuk berhenti di atas sana takut2 tiada parking...Salah satu sebab kesesakan inipun adalah disebabkan parking...bukan ada masalah apapun....Akhir destinasi adalah Cameron Valley Tea House......Kemudian meneruskan perjalanan pulang.....fuh lega....masa pergi kami mendaki dan pulang kami menuruni bukit.....Alhamdulillah perjalanan selamat walaupun hampir2 juga hendak terbabas disebabkan mengantuk dan tiada tempat untuk berhenti...Mujur aku cepat sedar dan tiada kenderaan di jalan yg bertentangan...Syukur Alhamdulillah....Nak ganti am drive...aku tak pandai...Menyesal juga tak berani bawak kereta.......Sampai...di Tajung Malim dalam 7.15 mlm....Singgah di kedai kawan abang untuk menjamu selera.....Wah seharian tidak makan hanya beralaskan sandwish sahaja....Apalagi melahaplah kitaorang...dengan ikan jenahak 3 rasa...tomyam seafood dan mcm2 lg...sampai di rumah masing-masing kekenyangan......Akanku pergi lagi ke Cameron untuk tujuan melawati tempat-tempat yang tidak sempat ku singgahi lagi....Dengan siapa?????

 

blogger templates | Make Money Online