Monday, May 18, 2009
Hujung minggu yang lalu aku menghadiri majlis pertunangan seorang rakan...Boleh dikatakan sebagai teman rapat. Perkenalan bermula di Tahun 6 kerana aku bepindah sekolah. Dari tahun 6 sehingga Tingktan 6 Rendah aku dan dia belajar di kelas yang sama...Kemudian membawa haluan masing-masing dan akhirnya belajar di IPT yang sama walaupun jurusan berlainan. Majlis pertunangannya di buat sederhana di hadiri oleh rakan-rakan dan orang-orang kampung di kawasan bloknya sahaja....SELAMAT BERTUNANG NORAIN BINTI SABLI
Majlis pertunangan bagiku adalah sesuatu yang membazir....Entah mungkin persepsi ku dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah......Ya mungkin orang mahu mengikut adat....Merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja dan majlis bersanding....Bagiku hanya sekadar merisik dan terus bertunang tanpa hantaran sudah mencukupi.....Bersederhana dalam segala hal(Bolehkah begitu...mengenetepikan adat resam bangsa Melayu)...Kenapa aku katakan membuat majlis pertunangan adalah membazir....Apabila ku perhatikan...semasa majlis pertunangan diadakan...banyak belanja dikeluarkan untuk membuat barang hantaran dan kenduri yang besar walaupun tidak sebesar kenduri kahwin.....lagi bagus jika kita terus buat semasa hari perkahwinan nanti kerana masa hari persandingan akan dibawakan lagi barang hantaran.....Mungkin persepsi aku dan orang lain berbeza....tapi inilah aku...... Perlukah kita mengadakan majlis pertunangan secara besar- besaran segah majlis perkahwinan....Mungkin sesetengah orang bersetuju dengan membuat majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan.....Tetapi dalam Islam bukankah disarankan supaya kita bersederhana dalam segala hal....Bagiku biarlah ala kadar sudah mencukupi.....