Friday, June 12, 2009

Dewasakah Aku Ini

Hari ini genap 25 tahun aku telah dilahirkan di dunia ini. Terima kasih ma dan abah kerana membuatkan aku berada di dunia ini. Segala pengorbanan dan kasih sayang tak ternilai dan tidak dapat ditukar ganti. Bila difikirkan angka 25 tahun...Sudah dewasakah aku ini…Sudah berfikiran matangkah aku ini…Sudah tuakah aku ini….Mungkin aku kebudak-budakan, tidak berfikiran matang dan masih muda kerana aku tiada tanggungjawab yang besar lagi…Hanya tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan dan tanggungjawab sebagai pelajar. Tiada lagi tanggungjawab ibu kepada anak dan tanggung jawab isteri kepada suami…Bila difikirkan tanggungjawab itu…Bersediakah aku dengan tanggungjawab seperti itu kerana tanggungjawab itu belum pernah kugalas…Bolehkah aku menjadi isteri dan ibu mithali dan solehah kepada suami dan anak-anakku nanti…Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Tanggungjawab sebagai anak sudah 25 tahun kugalas, walaupun sewaktu kecil aku tidak tahu apa itu tanggungjawab. Tetapi sejak dari kecil aku sudah diasuh dan sentiasa beradab dengan ibu bapa, menghormati ibubapa supaya belajar bersungguh-sungguh. Tanggungjawab sebagai pelajar kugalas sejak dari tadika sehingga sekarang mungkin sudah 20 tahun ….Itu adalah merupakan tanggungjawab…25 tahun takutkah aku dengan angka itu…Mungkin juga…25 tahun juga membuatkan aku bersemangat dan berazam untuk menambah target-target dan untuk mencapai target tersebut…25 tahun juga aku hendaklah sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berfikiran terbuka…Menjadi anak dan muslimah yang solehah….Amin……

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih mengingati hari lahirku….Especially Azham kerana dia antara yang terawal mengucapkan Selamat Hari Lahir….dan juga kawan-kawan seperjuanganku di Uitm dahulu……You are everything…Thank You So Much. Segala kenangan antara kita tidak dapat ku lupakan. Kenangan yang terindah…One thing that you know, I can’t remember that my friend birthday…I’m so Sorry

2 Comments:

  1. azlanlin said...
    Selamat Ulangtahun kelahiran. Angka, hanya sekadar angka. "Pengalaman" yang melingkari angka tersebutlah memainkan peranan besar dalam hidup kita.. Moga-moga, langkah demi langkah akan menuju ke arah yang lebih baik daripada semalam. Wallahualam.
    yuhazlina said...
    Angka memang sekadar angka..Kadangkala angka juga membuatkan kita takut dan risau untuk mengharungi masa depan...Masa depan yang penuh cabaran

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online