Wednesday, December 30, 2009
2009 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui sepanjang tahun ini. Manis bagaikan gula dan pahit bak hempedu. Kenangan ini sentiasa terpahat di hatiku. Setahun aku menjadi penghuni kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Disinilah tercipta sejarah, yang tidak pernah aku perolehi semasa di Universiti Teknologi Mara (uiTm). Alhamdulillah tanpa kusangka-sangka, aku memperolehi CGPA yang penuh pada semester 1. Mungkin itulah titik peluhku selama ini dengan perubahan persekitaran, kawan-kawan baru dan stail pembelajaran yang perlu aku biasakan. Inilah rewards yang aku perolehi. Dengan keputusan itu, aku juga mendapat hadiah daripada orang yang tersayang. Terima kasih diatas segala-galanya.
Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan
2010 pastiku nanti kehadirannya. Bermakna umurku akan bertambah lagi. Mungkinkah banyak lagi kenangan yang akan tercipta. Wallahuallam.
Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan
2010 pastiku nanti kehadirannya. Bermakna umurku akan bertambah lagi. Mungkinkah banyak lagi kenangan yang akan tercipta. Wallahuallam.
Thursday, December 24, 2009
Bila aku tension, disinilah tempat aku meluahkan segalanya. Proposalku ditolak lg. Tension teramat sangat apabila proposalku ditolak mentah-mentah walhal supervisorku memberi cadangan untuk membuat kajian tersebut. Apabila ditolak mentah-mentah aku kena memikirkan tajuk yang baru. Kali ini supervisor juga memberi serba-sedikit apa yang patut aku buat. Tapi aku tidak tahulah kalau yang inipun ditolak.Untuk membuat proposal yang baru..aku juga memerlukan mood kerana mood aku telah hilang apabila proposalku ditolak.Betapa aku telah bertungkus lumus untuk menyiapkannya. Akhirnya kedalam tong sampah jua akhirnya. Tension teramat-amat sehinggakan sekarang aku masih tidak memulakannya walhal sudah hampir 3 minggu peristiwa itu berlalu.. Awal Januari aku kena menyerahkan proposal yang baru..tetapi aku langsung tidak memulakannya. Mujur aku mengambil mod a, kalau mod b mungkin teruk lg nasib aku ini.
Dalam aku berduka, aku gembira juga kerana aku dapat mengambil 4 subjek untuk semester ini. 3 subjek bidang dan 1 subjek pendidikan. Walaupun berat akan kucuba juga. Aku memang bercadang untuk menghabiskan semester ini, tetapi kalau aku tersangkut dengan projek paper aku reda, sekurang-kurangnya aku menghabiskan subjek yang wajib kuambil. Mudah-mudahan aku berjaya untuk menghabiskan semuanya.
Thursday, December 3, 2009
Statistik telah sebati dengan jiwaku. Sejak dari diploma, degree sehinggalah ke master aku mempelajarinya. Apabila mempelajari statistik secara automatik aku juga mempelajari software SPSS untuk statistik. Walaupun banyak software lain aku pelajari seperti ARENA untuk simulation tetapi aku mempelajari SPSS dengan lebih mendalam. Sewaktu aku belajar di peringkat diploma dan degree aku hanya menggunakan SPSS untuk kegunaanku sendiri. Menyiapkan projek dan assignment-assignment untuk subjek statistik. Aku tidak terfikir selama ini melalui SPSS kita boleh membuat bisnes. Mungkin pada waktu itu aku berada di fakulti yang mempunyai bidang statistik, jd taggpanku semua orang tahu mengenai SPSS. Walaupun di akhir peringkat degree, aku tahu melalui SPSS kita boleh membuat bisnes, tetapi aku masih tidak memikirkannya lagi. Tapi kini apabila aku diperingkat master, aku mula membuat bisnes dr SPSS. Itupun bermula dengan my housemate meminta aku menganalisis data untuk husbandnya. Kemudian untuk kawn-kawan husbandnya. Tidak sia-sia apa yang ku pelajari selama ini. Aku mula berdikit-dikit. Aku mula menyiapkan tesis-tesis orang bermula dari bab 4 hingga ke bab 5. Mungkin mereka lemah dalam SPSS dan tidak diberi pendedahan tentang SPSS menyebabkan mereka tidak tahu membuat analisis melalui SPSS. Aku mula mengambil upah untuk analisis data, seronok juga rasanya kerana aku dapat menggunakan balik pengetahuan dan kemahiran ku yang ada selama ini. Tidaklah terus hilang. Aku membuat kerja itu untuk mengisi masa lapang sambil-sambil mencari duit poket untuk perbelanjaanku.Moga-moga ia di redhai oleh-Nya
Subscribe to:
Posts (Atom)