Thursday, December 3, 2009

SPSS oh SPSS

Statistik telah sebati dengan jiwaku. Sejak dari diploma, degree sehinggalah ke master aku mempelajarinya. Apabila mempelajari statistik secara automatik aku juga mempelajari software SPSS untuk statistik. Walaupun banyak software lain aku pelajari seperti ARENA untuk simulation tetapi aku mempelajari SPSS dengan lebih mendalam. Sewaktu aku belajar di peringkat diploma dan degree aku hanya menggunakan SPSS untuk kegunaanku sendiri. Menyiapkan projek dan assignment-assignment untuk subjek statistik. Aku tidak terfikir selama ini melalui SPSS kita boleh membuat bisnes. Mungkin pada waktu itu aku berada di fakulti yang mempunyai bidang statistik, jd taggpanku semua orang tahu mengenai SPSS. Walaupun di akhir peringkat degree, aku tahu melalui SPSS kita boleh membuat bisnes, tetapi aku masih tidak memikirkannya lagi. Tapi kini apabila aku diperingkat master, aku mula membuat bisnes dr SPSS. Itupun bermula dengan my housemate meminta aku menganalisis data untuk husbandnya. Kemudian untuk kawn-kawan husbandnya. Tidak sia-sia apa yang ku pelajari selama ini. Aku mula berdikit-dikit. Aku mula menyiapkan tesis-tesis orang bermula dari bab 4 hingga ke bab 5. Mungkin mereka lemah dalam SPSS dan tidak diberi pendedahan tentang SPSS menyebabkan mereka tidak tahu membuat analisis melalui SPSS. Aku mula mengambil upah untuk analisis data, seronok juga rasanya kerana aku dapat menggunakan balik pengetahuan dan kemahiran ku yang ada selama ini. Tidaklah terus hilang. Aku membuat kerja itu untuk mengisi masa lapang sambil-sambil mencari duit poket untuk perbelanjaanku.Moga-moga ia di redhai oleh-Nya

8 Comments:

  1. حسن دان عزتال فضله said...
    Boleh join kelab yuz ni...ada juga buat kat cni..boleh topup skit duit poket & tajamkan kemahiran :)
    ayng said...
    mcm maner ek kalu nak upah wat spss?berape kene bayar?
    yuhazlina said...
    ayng:: bergantung pada data...psl byrn kita boleh discus..apa2 hal contact my email..yuhaz@live.com
    Mohd Nadzir Isa said...
    saya dah emel tapi bounce balik..
    Mohd Nadzir Isa said...
    saya telah cuba emel tapi bounce pulak..mcm mana nak tanya?
    Anonymous said...
    tlng emel sy zimmer501@yahoo.com. Sy cuba emel tp bounce
    Anonymous said...
    hai, masih buat dan sambung tesis bab 4 & 5 tak?
    yuhazlina said...
    masih buat..apa2 plz email yuhazlina@gmail.com

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online