Tuesday, January 19, 2010

Perubahan yang Ketara

Masa sentiasa bergerak tidak pernah terhenti walaupun sedetik. Sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, setahun sedekad dan seabad. Apabila terhentinya masa, maka kiamatlah dunia.Wallahuallam. Aku sentiasa terfikir,adakah aku masih lagi bernafas untuk keesokan hari, atau aku sudah tiada di dunia ini. Alhamdulillah nyawaku masih panjang. Allah masih memanjangkan umurku. 26 tahun aku menjadi penghuni alam ini.


Apabila masuk semester baru, di tahun yang baru kurasakan perubahan yang amat ketara pada diriku ini. Tidak seperti dahulu, aku sentiasa berjaga untuk menjalankan tugasku sebagai seorang hamba Allah dan juga sebagai seorang pelajar. Tetapi entah dimana silapnya, aktiviti itu jarang kulakukan sekarang. Aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku ini. Ya Allah berikanlah aku kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini.


Aku juga merasakan tahap ketensionanku semakin tinggi. Aku juga tidak tahu mengapa. Mungkin kerana semester ini aku mengambil 4 subjek. Bila dikaji2 ia juga bukan penyebab kerana 3 subjek pernah aku pelajari ketika dulu. Mungkin harapanku terlalu besar untuk semester ini. Mungkin juga banyak perkara yang aku fikirkan dari perkara yang remeh sehinggakan perkara yang berat dan aku satukan ia menjadi satu.Dan sekarang memberi kesan pada diriku. Kadang kala aku terasa kehilangan sayap, patah semangat dan cepat putus asa. Mana sikapku yang dahulu yang sentiasa berkobar-kobar dalam apa jua keadaan. Akan cuba kuubah kembali apa yang berlaku pada kali ini supaya berada pada keadaan asal semula. Moga-moga perubahan ini hanya sementara sahaja.

4 Comments:

  1. nurQaseh said...
    em yup..u obviously look quite different now..hope i'll found back my old fren who alwiz cheer n hepy..like before..
    be strong ok..i know u can do it!!!
    yuhazlina said...
    yup...saya juga rasakan sekarang, saya bukan diriku yang dahulu....
    balkhis said...
    kuatkan semangat kak yus...
    kami sentiasa disini bersama anda;;
    hehe;)
    Mami Hadeef said...
    kak yus tension mesti sebab anim tak de kt rumah tu kan? dah tak leh gelak2 mcam hantu.. haha..

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online