Sunday, February 7, 2010

Sudah bebarapa hari, aku boleh dikatakan tidak cukup tido.Menyiapkan tugasan2 yang perlu dihantar sambil membuat latihan apa yang telah dipelajari.Dalam kesibukan ini, kurasakan masa cepat sangat berlalu..Walhal setiap insan di dunia ini mmepunyai masa yang sama.Tidak lebih dan tidak kurang. Sama je 24 jam. Alhamdulillah, walau sesibuk mana sekalipun, aku masih tidak melupai-Nya dan masih bersujud kepada-Nya.Walaupun jalan ini kupilih, aku tetap menghadapi dengan redha. Aku bersyukur diatas segala-Nya.

Kepenatan yang kurasai ini tidak dapat kunyatakan bagaimana rasanya. Hanya sendiri yang merasainya. Kepenatan dari segi fizikal dan juga mental.Apabila ia bergabung..uh..hanya tuhan yang tahu.Sepanjang minggu ini penuh aktivitiku.Selain dengan assignmnet dan latihan yang kulakukan, aku menghadiri kelas dr khamis hingga sbtu. Kemudian berterusan hingga ke petang dengan seminar yang diadakan. Tidak sia-sia kuhadiri seminar ini waluapun pada mulanya badan seakan-akan tidak mengizinkan aku pergi.Alhamdulillah banyak input yang kuperolehi walaupun pada mulanya kurasakan teramat-amat perlahan masa berlalu.

Disebabkan penat yang kualami ini, kurasakan lain macam selepas hbs seminar. Walaupun di dalam lab kurasakan simptom2 itu, aku tahan je.Entah bagaimana selama ini aku tidak pernah lupa membawa 'nya' kemana ku pergi. Mungkin dah lama ku x alami nya. Jadi aku leka dan cuai.Bagaimanapun ia telah berlalu dan mmeberi pengajaranku selepas ini. Bawalah 'ia'kemana-mana saya pergi.

Petang aku tido walaupun kurasakan hampir magrib. Mahu merehatkan badan yang sudah hilang tenaga.Sehinggalah kurasakan hujung magrib, bangun sebentar untuk sujud kepada-Nya. Kemudian aku terus sambung lagi walaupun kurasakan sukar..Sukar untuk bernafas dan sukar segala-galanya. Akan kucuba untuk menghilangkan sakit ini.Inilah caraku, tido adalah perkara utama. Jika tidak mungkin akan memakan masa yang lama untuk menghilangkan sakit ini. Walaupun terasa sukar aku cuba jua. Bila difikir-fikirkan balik macamana boleh terjadi, setelah sekian lama aku tidak mengalaminya seteruk ini, mungkin disebabkan kepenatan yang kualami dan aku juga telah melanggar pantangku. Aku telah makan ayam hidangan lunch tengahari. Mungkin kedegilanku walaupun telah diigtkn kurasakan dr my roomate tetapi enth mengapa kuteringin sangat2 untuk memakannya. Inilah bahanaku makan ayam tengahari itu..\Mungkin disebabkan itu aku mengalami lelah yang agak teruk malam tadi.Apabila bercmpr dengan penat dan memakan ayam..telah memakan diriku sendiri....Beringat-ingtlah kemudian hari selepas ini jika tidak mahu menanggungnya lagi.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online