Tuesday, June 29, 2010

Gila...

Sudah lama aku tak mengupdate blog ni. Sejak aku digelar keja ful time, masa amat-amat terbatas, walhal sebenarnya kadang kala tidaklah sesibuk mana. Mungkin disebabkan aku ke hulu ke hilir, kesana dan kemari menyebabkan aku penat untuk mendpt idea menulis blog ini. Sejak aku bekerja ni, aku sudah jadi gila kerja dan gila duit...Ohh..tidak kusangka begitu rupanya diriku.. Oh..tidak...

Aku gila kerja sebab aku mau mengumpul duit. X kan aku mau mintak dengan family aku lg.
Aku kumpul duit sebab aku mau kawen. X kan familyku mau support aku sepenuhnya.
Aku kumpul duit sebab aku mau beli keta. X kan familyku mau byr bulan2....

Itulah sebab aku jadi gila kerana duit... Kawen?? Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas...Duit masih tidak mencukupi...Kalau boleh aku mau lah wt meriah ckit walaupun simple...Boleh ke?? Mintak2 anganku jadi kenyataan. Bila bab keta lak. Aku pening memikirkannya. Ada yg suh beli keta ini, keta itu..tp aku x tau nk beli keta yg mana... Kalau ikut kehendak memang tinggi, tp ikut kemampuan owh..x tau nk ckplh.. Sejak bila kehendak aku tinggi aku pun x tau nk ckp..selalunya aku ni x lh demand sgt. Kalau boleh jnji ada je. Tak kisah mana-mana jnji ada. Itulah sebab aku jd gila. Jgn aku wt keja gila dhlh..

Tuesday, June 1, 2010

Makin lama makin rindu aku dengan kampung. Pelik gak aku. Selama ini aku tidak pernah berperasaan demikian. Sejak aku masuk universiti boleh kira beberapa kali aku balik. Selalunya cuti midterm, smggu sblm exm (mintak restu kononnya) dan selepas exam. Kalau nak balik hujung minggu jangan haraplah kecuali kalau ada hal penting. Perjalanan pun bukanlah jauh sangat. Mungkin disebabkan kebosanan aku di tahap yang melampau dan sehabis maksimum kurasakan menyebabkan aku rindu dengan kampung. Walhal baru beberapa minggu lepas aku balik, tidak sampai sebulan pun lagi. Tika ini di kampung, msti aku dok borak-borak dengan mak dan abah. Kalau dh x tau nk watpe aku turun bawah gi umah nenek borak-borak dengan nenek. Begitulah rutinku. Kadang kala bila dh mcm ini rasanya...setiap detik dan setiap saat hatiku terkenang kampung halaman, biarpun aku tidak hanya dok setempat.. walaupun bermacam-macam tempat pernah aku tinggal, setiap tempat akan terciptanya memori yang indah-indah belaka untuk dikenang. Bagaikan mahu kembali ke zaman itu. Adus, perasaan ini semakin membuak-buak kurasakan. Tersangat-sangat rindu. Tapi rindu dengan sapa sebenarnya. Aku pun tidak tahu. Diri sendiri pun tidak ada jawapan itu. Mungkinkah disebabkan perubahana fasa kehidupan yang lain menyebabkan aku berperasaan demikian. Aku pun tidak tahu.Yang aku tahu, aku teramat-amat rindu.

 

blogger templates | Make Money Online