Tuesday, June 1, 2010

Makin lama makin rindu aku dengan kampung. Pelik gak aku. Selama ini aku tidak pernah berperasaan demikian. Sejak aku masuk universiti boleh kira beberapa kali aku balik. Selalunya cuti midterm, smggu sblm exm (mintak restu kononnya) dan selepas exam. Kalau nak balik hujung minggu jangan haraplah kecuali kalau ada hal penting. Perjalanan pun bukanlah jauh sangat. Mungkin disebabkan kebosanan aku di tahap yang melampau dan sehabis maksimum kurasakan menyebabkan aku rindu dengan kampung. Walhal baru beberapa minggu lepas aku balik, tidak sampai sebulan pun lagi. Tika ini di kampung, msti aku dok borak-borak dengan mak dan abah. Kalau dh x tau nk watpe aku turun bawah gi umah nenek borak-borak dengan nenek. Begitulah rutinku. Kadang kala bila dh mcm ini rasanya...setiap detik dan setiap saat hatiku terkenang kampung halaman, biarpun aku tidak hanya dok setempat.. walaupun bermacam-macam tempat pernah aku tinggal, setiap tempat akan terciptanya memori yang indah-indah belaka untuk dikenang. Bagaikan mahu kembali ke zaman itu. Adus, perasaan ini semakin membuak-buak kurasakan. Tersangat-sangat rindu. Tapi rindu dengan sapa sebenarnya. Aku pun tidak tahu. Diri sendiri pun tidak ada jawapan itu. Mungkinkah disebabkan perubahana fasa kehidupan yang lain menyebabkan aku berperasaan demikian. Aku pun tidak tahu.Yang aku tahu, aku teramat-amat rindu.

2 Comments:

  1. Insyirah said...
    mungkinkah rindu pada sy??haha
    mesti rindu cik abg awk la tu agaknya..hehe
    yuhazlina said...
    Diri sendiripun tidak dapat nk menafsirka kata-kata rindu. Jadi tidak tahu ditujukan kepada sesiapa. Mungkin rindu pada disekeliling kita yg dulu dan kini....

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online