Saturday, November 3, 2012

Kronologi (1 bulan)


Banyak perkara yang aku tertinggal untuk coretan disini sepanjang aku hamil. Jadi aku catatkan kronologi sepanjang aku hamil selama 9 bulan iaitu 38 minggu. Start dari permulaan aku hamil sehingga aku melahirkan zuriat. Banyak perkara yang terjadi sepanjang itu. Semoga menjadi kenangan ynag terindah dan menjadi tatapan anak-anakku nanti.
Bulan yang pertama.
Tiada apa-apa petunjuk lagi. Cuma datang bulan dah lewat. Tapi dibiarkan dulu. Pernah terjadi bulan lepas, igtkan pregnant, rupa-rupanya datang lewat. 10 hari tuh, tak pernah datang selewat itu. Selalunya fixed2 je masanya. Takut kecewa seperti bulan lepas, jadi rilex2kan diri dulu. Tak mau kecewa sekali lagi. Biarpun kosong hampir 7 bulan . Mujur tak sempat nak cek kat doctor. Selera makan aku semakin bertambah. Mungkin sejak azali lagi macam tuh. Kalau tak dicontroll ataupun tiada istilah diet, memang habislah aku, naik badan berganda-ganda. Tapi selera aku berlainan sekali. Tapi apakan daya, aku makan memang ikut selera...So pada bulan pertama, aku cuba bertahan untuk tidak pergi jumpa doktor lg. Malu kalau aku tidak pregnant. Walupun buat ujian pregnancy test pada mulanya adalah negatif.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online