Sunday, June 17, 2012

Generation....

Bila aku post blog sebelum ini, tiba-tiba aku terfikir dah berapa handphone aku guna sepanjang ini. Boleh dijadikan tajuk ni. Masihku ingat pada awal tahun 2003 baru aku dapat membeli handphone. Itupun dengan menggunakan duit ptptn. Puas memujuk mak dan ayahku untuk membeli, tapi aku keraskan hati juga. Manakan tidak semua rakan sekelas menggunakan handphone, aku pulak tidak....Aku berdua dengan kawanku selaku roommate pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli handphone. Padahal kami bukannya arif pun jalan ke Kuala Lumpur dan juga tentang handphone. Kawanku yang beranikan diri. Akhirnya aku memperolehi jugak handphobe itu. Pada ketika itu, handphone boleh dikatakan agak mahal bersama-sama dengan simkard....Hampir RM400++ jugak rasanya. Apapun puas hati sebab akhirnya aku memperolehi handphone itu. Aku jugak memilih no celcom sebab kebanyakkan familyku menggunakan celcom. Lagipun pakej untuk maxis agak mahal..Boleh dikatakan 2 atau 3 kali ganda harganya. Walaupun ptptn dah masuk, aku tidak mahu membazir ke arah itu. Planning dah dibuat, akhirnya aku sudah memperolehi handphone. Inilah handphone pertamaku.....

                                                                          NOKIA 3310                                                            
                                                           GENERATION 1: 2003-2010

Bila dah dapat handphone, biasalah dia terlalu fanatik dengan handphone. Sekejap-sekejap handphone. Semuanya berkaitan dengna handphone. Tak boleh lekang dengan handphone. Padahal handphone nokia 3310 saja. Beberapa tahun dah berlalu, kebanyakan kawan-kawanku menggunakan maxis. Aku masih setia dengan celcom. Disebabkan pakweku juga menggunakan maxis, dan dipujuk olehnya akhirnya aku menggunakan maxis. Celcom tetap ada. Maknanya aku menggunakan 2 handphone. Yang pasti nokia 3310 masih ok. Akhirnya aku membeli nokia 3120. . Nokia lagi. Sebab apa aku memilih nokia, aku memilih function yang sama dengan handphone sebelum ini. And then no maxis, telah di beli oleh pakweku. No yang agak menarik...masa itu no maxis agak murah sudah....Jadi aku menggunakan ke dua-dua handphone. Celcom untuk family dan dan maxis untuk kawan-kawan...Tak silap aku aku membelinya pada tahun 2006.

                                                                            NOKIA 3120                                                   
                                                              GENERATION 2 : 2006-2012

Sejak aku tinggal di Tanjung Malim pada tahun 2008, aku berjauhan dengan pakweku. Kebetulan dia pun sudah mendapat kerja yanag tetap. Bagi memudahkan kami menghubungi antara satu sama lain. Akhirnya dia belikan nountuk 1+5 Family Celcom. Jadi agak menjimatkan untuk kami. So aku ada 3 no...Jadi aku kena beli satu lagi handphone untuk meletakkan simkard yang satu lagi. Disebabkan aku dah ada 2 handphone jadi aku hanaya membeli yang murah saja. tidak sampai RM 100 pun. Nokia tetap dihati. Aku memilih model nokia 1200. Patutnya aku memilih lagi canggih tetapi ini tidak makin kebelakang rasanya. Aku membeli handphone ini pada tahun 2009.

                                                                   NOKIA 1200
                                                         GENERATION 3: 2009-NOW

Akhirnya jangka hayat nokia 3310 dah habis. Tanpa disangka, handphone itu tercelup air. Tahun 2010, aku tidak boleh menggunakan handphone itu lagi. Memang patutpun hampir 7 tahun aku menggunakannya. Orang lain pun dah tak menggunakan handphone ini. Old generation.  Untuk menggantikan simkad yang itu, akhirnya aku membeli nokia  1202. Simkard pun yang baru, disebabkan aku lupa untuk menopup. Dah terbiasa menggunakan 3 simkard so, aku membeli no celcom juga untuk family. So maxis untuk rakan-rakan, 1+5 celcom untuk orang tersayang, dan celcom my family....Pada tahun 2012, jangka hayat nokia 3120 dah tak panajang. Biarpun asik bertukar bateri, akhirnya aku tadak dapat menggunakannya lagi. Akhirnya aku berkeputusan untuk menggunakan dua handphone saja. No celcom aku dah tak menggunakannya lagi, disebabkana aku asik lupa untuk menopupnya. kerana aku hanya menggunakan maxis. Jadi aku kembali menggunakan 2 handphone. Ringan sikit handbagku.

NOKIA 1202

Bila sampai hari lahirku, suamiku pun menghadiahkan handpohe samsung corby 11. Akhirnya aku telah berubah arah. Katanaya biar branded sikit. Malu dengan student2...Diaorang semua menggunakan handphone yang lagi canggih, aku pulak guna handphone yang ketinggalan zaman. Oklah orang nak bagi so aku terima saja. Jadi sepanjang jangka masa ini 2003-2012 aku telah menggunakan 5 handphone di mana 2 jangka hayat hand phonepun dah mati. Kalau nak beli yang secondhand model itupun dah tak ada. Jadi aku buat dia sebagai koleksi saja. Masih ada 3 handphone yang ok....Akan ku simpan dan gunakannya semakin mungkin..

                                                            SAMSUNG CORBY 11
                                                       GENERATION 5: 2012-NOW

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online