Tuesday, July 14, 2009

Hari ini, aku mendapat satu motivasi yang amat berguna membuatkanku berfikir panjang. Bila difikir-fikir semula ia banyak memberi kebaikan. Tetapi walaubagaimanapun aku tidak berkeyakinan dan tahap konfident masih kurang dalam diri untuk melakukannya. Mungkin kerana aku tidak berani untuk menanggung risiko. Pepatah ada mengatakan Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanaya. tetapi bagiku bila sudah gagal sekali aku akan berputus asa. Masih kuingat aku telah gagal satu subjek, aku tidak dapat terima hakikat itu..Selama 1 bulan aku memikirkannya dan serba-sedikit mempengaruhi diri. Adakah aku terlalu bodoh kerana aku tidak berjaya. Adakah aku tidak belajar selama ini. Persoalan itu sentiasa bermain di fikiran. Untuk menaikkan semangat untuk belajar subjek itu mengambil masa yang lama. Aku tidak tahu kesalahan siapa samada aku atau orang lain. Kadang kala kita tidak boleh letakkan kesalahan kepada orang lain. Biarlah ia dijadikan pengajaran dan pengalaman bagiku. Jadi aku tidak berani untuk gagal lagi. Aku tetap dengan pendirianku iaitu ia tidak akan berubah dan tidak berganjak daripada keputusanku biarpun ada menyatakan aku mampu untuk melakukannya tapi itulah masalahnya aku masih tiada keyakinana dan kekuatan diri. Sejak dari dulu itulah kelemahanku. Sampai sekarang aku masih tidak dapat mengatasinya. Perasaan itu masih menguasai diri. Keputusan yang telah kuambil mungkin tidak akan berubah. Biarlah pelbagai motivasi aku terima.

3 Comments:

  1. ldi3s said...
    kalo tu dah keputusan kak yus,tekad je la..
    xpayah fikir pape lagi,lg memeningkan ada.
    biar la org kata kita berpotensi camane pun tapi kita yg lebih kenal diri kita sendiri.
    tapi kalo kita rasa mampu,tapi kita xcuba, itu yg silap
    azlanlin said...
    Memang benar, kita lebih mengenali diri kita. Sayangnya, kita lebih mengenali diri kita dari sudut yang kita kenali.. sedangkan orang lain melihat kita dari sudut lain.. jika diadunkan tentunya, menambah mannttooppp... tak gitu?

    Renungi semula entri pertama bertarikh 12 feb 2009 (ayat-ayat akhir).. dgn entri terbaru pd 14 julai. Macam ada kaitannya dari sudut yang tak terpandang oleh diri sendiri.. fikir-fikirkanlah...

    Hehehhe..tkasih ckf nakam...
    nurQaseh said...
    wah2 Idi3s..komen yg bagus..terselit kata yg mampu utk kita berfikir sejenak..papepun life must go on..^_^

    nurQaseh

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online