Wednesday, September 30, 2009
-: Projek R language
-: Ujian UKP
-:Assignmnet UKP
-: Assignment TMK
-: Report TMP
-:Assignmnet TMP
-:Presentation R language
Semuanya perlu diselesaikana 1 minggu. Sungguh menakutkan bila memikirkannya. Alhamdulillah 4 daripadanya telah di selesaikan. Tinggal lagi 3 yang perlu disiapkan. Moga-moga aku mampu lakukan. Amin
Monday, September 21, 2009
Thursday, September 17, 2009
- Selamat Hari Raya pada pembaca blog ini.
- Jari disusun memohon ampun dan maaf andai tersalah kata dan perbuatan(Maaf Zahir dan Batin)
- Bergembiralah menyambut Hari Lebaran ini
Sunday, September 13, 2009
Seminggu ini, kurasakan cuaca tersangatlah panas, tapi panas lagi azab api neraka. Tidak tertahan rasanya. Inilah dugaan di bulan puasa. Menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Pagi ini kurasakan malam Lailatul Qadar sudah berlaku, kerana dengan tiba-tiba hujan di pagi dinihari(wallahuallam). Segala amalan dan doa dimakbulkan oleh Allah. Jadikanlah aku sebagai insan yang terpilih. (Amin)
#Jangan hanya kerana bulan Ramadhan sahaja, kita banyak beribadat kepada Allah. Jadikan ia sebahagian amalan seharian kita.
Monday, September 7, 2009
Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak..
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sunday, September 6, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Hari pertama aku tidak dapat menolong ma di dapur. Sampai je di rumah sudah terhidang semuanya. Mesti ma penatkan, menghidangkan pelbagai juadah hidangan untuk anak-anaknya. Kami adalah orang terakhir sampai di rumah. Abe din petang semalamnya sampai dan poksu tengaharinya dan kami petang baru sampai. Malam itu, aku berjanji nak makan dengan ma pas terawih, tapi sebaliknya pula berlaku. Aku tidur keletihan. Paginya ma tanya awl nya tido.Rasa bersalahnya aku???Selalunya aku mesti luangkan masa berborak dengan ma. Tapi lain pula jadinya kali ini. Pagi soknya aku gunakan masa bersama ma. Dari pagi hingga ke petang aku menolong ma. Macam raya lak rasanya, penat memang penat tapi apakan daya. Malam bersambung lagi hingga pagi keesokannya.
Hari ini, sudah 3 tahun perkara ini tidak terjadi, akhirnya terjadi lagi. Apa dah jadi???Pagi ini hujan lebat, jadi boleh dikategorikan pergi lambat ke opis. Dalam perjalanan kurasakan kepala dah pening, tekak pun rasa lain macam. Sampai di opis aku terus meluru ke bilik air. Akhirnya aku muntah jua. Selang 5 minit, aku muntah sekali lagi, dan sekali lagi aku muntah lagi. Akhirnya aku suruh abang hantar balik ke rumah. Dengan badan yang lemah, aku dapat berehat.Usai aku bangun dari tido, kepala rasa pening lagi dan aku muntah lagi. Lebih 5 kali aku muntah sehinggakan tidak kuar apa-apa dah. Apa dah jadi????Ah mungkin aku silap makan. Itulah kesimpulannya yang dapat aku buat. Pelabagai menu terhidang di atas meja, semuanya kusapu walaupun kadar yang cikit..Tapi inilah jadinya.
Masih kuingat, perkara yang sama pernah terjadi sewaktu aku di Shah Alam. Masa itu aku duduk umah sewa di Baiduri...Tetapi masa itu tidak banyak juadah yang ku makan. Hanya kerana sebiji Benjo buatan sendiri, aku juga muntah beberapa kali sehingga badan lemah, 2-3 hari juga aku tidak dapat makan -makanan berat. Kesannya dapat juga aku kurus akhirnya pada waktu itu.....