Sunday, September 13, 2009
Tinggal seminggu lebih, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 10 malam terakhir, masing masing melipat kaligandakan usaha beribadat kepada Allah. Dan pada masa itu akan berlaku malam Lailatul Qadar. Ulama ada mengatakan malam Lailatul Qadar selalunya berlaku pada hari yang ganjil dan selepas berlakunya malam itu, suasana seperti suram.(Hadis tidak pasti). Ada juga mengatakan apabila mula berpuasa pada hari apa dan akan berlaku pada malam yang telah ditentukan.
Seminggu ini, kurasakan cuaca tersangatlah panas, tapi panas lagi azab api neraka. Tidak tertahan rasanya. Inilah dugaan di bulan puasa. Menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Pagi ini kurasakan malam Lailatul Qadar sudah berlaku, kerana dengan tiba-tiba hujan di pagi dinihari(wallahuallam). Segala amalan dan doa dimakbulkan oleh Allah. Jadikanlah aku sebagai insan yang terpilih. (Amin)
#Jangan hanya kerana bulan Ramadhan sahaja, kita banyak beribadat kepada Allah. Jadikan ia sebahagian amalan seharian kita.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG"Seminggu ini, kurasakan cuaca tersangatlah panas, tapi panas lagi azab api neraka. Tidak tertahan rasanya. Inilah dugaan di bulan puasa. Menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Pagi ini kurasakan malam Lailatul Qadar sudah berlaku, kerana dengan tiba-tiba hujan di pagi dinihari(wallahuallam). Segala amalan dan doa dimakbulkan oleh Allah. Jadikanlah aku sebagai insan yang terpilih. (Amin)
#Jangan hanya kerana bulan Ramadhan sahaja, kita banyak beribadat kepada Allah. Jadikan ia sebahagian amalan seharian kita.
1 Comment:
-
- Mami Hadeef said...
September 13, 2009 at 10:53 AMkak yus.. betul.. i lihat langit semalam.. cerah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)