Monday, February 22, 2010

Akhirnya....

Minggu ini dan minggu depan perit kurasakan untuk aku menempuhinya. Segala-galanya perlu diselesaikan. Bila difikirkan semuanya pening dan lemah kurasakan. Tapi kata-kata semangat dr'my prince' membuatkan ku semangat kembali.

'sem ni je hadap semua ni pasni dh x da dah'

Kata-katanya membuatkan aku berkobar-kobar untuk menempuhinya dengan segala kudratku yang ada...Biarlah penat sekarang, nnti aku tidak laluinya lagi. Sedang aku sibuk menyiapkan kerja-kerja ku malam td..lptp ku buat hal lg..Sebelum ini boleh juga dionkan walaupun skrin lptp gelap tapi blh dihidupkan. Tapi lain pula denga kejadian yg ini. Langsung x blh dionkan. Risau dibuatnya. Selepas aku format dan buat backup serta aku installkan antivirus, mudah-mudahan kejadian seperti sblm itu tak berulag lagi. Tetapi akhirnya terjadi lg. Mlh lg teruk kurasakan kerosakannya. Segala dscssn group dan asemen yg br disiapkan ada didalam lptp..Tidak haru dibuatnya. Dahlah tido tak menentu disebabkan ini semua.

Aku tidak sabar untuk menunggu keesokan paginya. Aku andaikn lptp ku bermasalah selepas diformatkan. Jam 9.30 aku ke kedai komputer sehingga sggp tggu kedai dibuka untuk mengetahui punca krskn lptp ku...Bila di cek..rupa-rupa motherboard yg masalh bkn maslah software tp maslah hardware. Jangka masa untuk dibaiki 2 mgu- 1 bulan. Mgmbil masa yg lama. X kan aku mahu menggunakan lptp opis selama sebulan.. Haru..haru..Jadi aku tidak dapat buat keputusan lg....Bial difkr2kn akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli laptop baru..walaupun kurasakan sesak nafas dibuatnya...

Friday, February 12, 2010

Kesuntukan masa membuatkanku hampir-hampir lelah dengan segala-galanya.Sentiasa dihimpit dengan tugas2 ku sendiri. Masa bergerak dan semester akan ke penghujungnya. Ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Mahu menyiapkan dengan kadar segera tugasan-tugasan yang diberikan. Segalanya berada didlm lptp kesyganku ini. Segalanya kusimpankan disini. Sedang aku sibuk menyiapkan segala proposal, asemen Selasa lalu tiba-tiba lptp tidak boleh dibuka. Walaupun ku tekan button start beberapa kali, masih tidak dapat di hidupkan...hanya gelap di skrin lptpku. Aku terpana walhal mlm nnti aku perlu emailkan asemen kepada lecturer dan keesknya aku perlu menhntr draf proposlku. Aku rasakan dunia ini bagaikan terhenti. Segala penat lelahku sia-sia kurasakan.Hampir down kurasakan. Biarlh aku seorang yang merasainya. Aku menelefon abg,ma dan orang tersyg untuk meluahkan segalanya. Perit kurasakan. Aku hntr ke kedai untuk mengetahui mslh lptpku. Aku pergi ke sebuah kedai tetapi pd hr khms br dia blh beritahu pa mslh lptp walhal, aku teramat-amt mmerlukan lptpku. Aku menelofon abgku sekali lg sehinggakan mnyuruh dia cr kwnnya untuk mmperbaiki lptpku. Disarankan supaya mghntr ke satu kedai.Jadi aku mghntrnya. Ptg aku dapt pggln dr kedai myrh aku kesana.Dia menyatakan mslh LCD kerana apabila dismbgkan di komp lain dpt lihat skrin ku di komp lain. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu formt lptp ku. Kerana segala kusimpan khzanah2 ku didalm C. Hatiku riang walaupun kadang kala aku berdebar-debar jika lptp ku terjadi lg begitu. Walaupun tidak rasa brdebar-2 seperti sblm tu telah kusimpakn segalanya dlm external hardisk. Sekarang aku perlu berjaga-jaga dengan lptp ku ini..Bila2 masa boleh terjadi seperti itu lg..Cuma skrg aku tidak blh psg lama kerana mesti ada somethg wrong yg akn berlaku..hatiku sentiasa berdebar-debar andai tiba2 lptp tidak blh dipsg lgsg bila terjd seperti sblmnya...Dugaan yg perlu kutempuhi sebelum mghbskan pengjian dui UPC ini

Sunday, February 7, 2010

Sudah bebarapa hari, aku boleh dikatakan tidak cukup tido.Menyiapkan tugasan2 yang perlu dihantar sambil membuat latihan apa yang telah dipelajari.Dalam kesibukan ini, kurasakan masa cepat sangat berlalu..Walhal setiap insan di dunia ini mmepunyai masa yang sama.Tidak lebih dan tidak kurang. Sama je 24 jam. Alhamdulillah, walau sesibuk mana sekalipun, aku masih tidak melupai-Nya dan masih bersujud kepada-Nya.Walaupun jalan ini kupilih, aku tetap menghadapi dengan redha. Aku bersyukur diatas segala-Nya.

Kepenatan yang kurasai ini tidak dapat kunyatakan bagaimana rasanya. Hanya sendiri yang merasainya. Kepenatan dari segi fizikal dan juga mental.Apabila ia bergabung..uh..hanya tuhan yang tahu.Sepanjang minggu ini penuh aktivitiku.Selain dengan assignmnet dan latihan yang kulakukan, aku menghadiri kelas dr khamis hingga sbtu. Kemudian berterusan hingga ke petang dengan seminar yang diadakan. Tidak sia-sia kuhadiri seminar ini waluapun pada mulanya badan seakan-akan tidak mengizinkan aku pergi.Alhamdulillah banyak input yang kuperolehi walaupun pada mulanya kurasakan teramat-amat perlahan masa berlalu.

Disebabkan penat yang kualami ini, kurasakan lain macam selepas hbs seminar. Walaupun di dalam lab kurasakan simptom2 itu, aku tahan je.Entah bagaimana selama ini aku tidak pernah lupa membawa 'nya' kemana ku pergi. Mungkin dah lama ku x alami nya. Jadi aku leka dan cuai.Bagaimanapun ia telah berlalu dan mmeberi pengajaranku selepas ini. Bawalah 'ia'kemana-mana saya pergi.

Petang aku tido walaupun kurasakan hampir magrib. Mahu merehatkan badan yang sudah hilang tenaga.Sehinggalah kurasakan hujung magrib, bangun sebentar untuk sujud kepada-Nya. Kemudian aku terus sambung lagi walaupun kurasakan sukar..Sukar untuk bernafas dan sukar segala-galanya. Akan kucuba untuk menghilangkan sakit ini.Inilah caraku, tido adalah perkara utama. Jika tidak mungkin akan memakan masa yang lama untuk menghilangkan sakit ini. Walaupun terasa sukar aku cuba jua. Bila difikir-fikirkan balik macamana boleh terjadi, setelah sekian lama aku tidak mengalaminya seteruk ini, mungkin disebabkan kepenatan yang kualami dan aku juga telah melanggar pantangku. Aku telah makan ayam hidangan lunch tengahari. Mungkin kedegilanku walaupun telah diigtkn kurasakan dr my roomate tetapi enth mengapa kuteringin sangat2 untuk memakannya. Inilah bahanaku makan ayam tengahari itu..\Mungkin disebabkan itu aku mengalami lelah yang agak teruk malam tadi.Apabila bercmpr dengan penat dan memakan ayam..telah memakan diriku sendiri....Beringat-ingtlah kemudian hari selepas ini jika tidak mahu menanggungnya lagi.

 

blogger templates | Make Money Online