Wednesday, March 17, 2010
Cuti sekolah aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Membeli barang-barang persediaan dan berbincang dengan family. Masa yang ada kugunakan sebaik-baiknya. Di kampung aku tidak menyentuh tugasan-tugasanku walaupun di kepala teringat semua perkara. Kesuntukan masa membataskan segala-galanya. Mudah-mudahan setelah tibanya ke Tanjong Malim, aku dapat tumpukan segala kerja-kerjaku dan dapat menyiapkan sebaik-baiknya. Walaupun aku pulang sekejap ke kampung, rasanya berbaloi. Segalanya dapat dilakukan dengan terancang. Walaupun terasa penat, aku rasa berbaloi dengan apa yang kulakukan dirumah. Sekarang aku hanya menyerahkan segalanya pada ma untuk menyiapkan apa yang patut sebelum aku pulang ke kampung untuk kali ke 2 nanti. Terima kasih ma dan abah kerana banyak membantu dan memberi keizinan terhadap anakmu ini...Mudah-mudahan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Mungkin selepas ini lagi penat kurasakan......
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)