Wednesday, May 26, 2010

Bosan.....

Tiba-tiba aku rasa sangat bosan. Tapi aku x tau kenapa?? Walaupun setiap hari aku bekerja, setiap hari aku merenung jam di tangan. Bilalah mau pulang. Sepanjang masa kurasakan amat bosan sekali. Masa yang berlalu tidak dapat menghilangkan rasa bosan dalam diriku. Kalau aku duduk di rumahpun x tau gak apalah yang nak dibuat. Mesti bosan gak?? Apalah kena dengan aku ni. Adakah life aku tidak sehappy org lain. Runsing bila memikirkannya. Kadang kala kurasakan hidup ini kosong. Kenapa yer??? Masa cepatlah berlalu semoga kebosananku ini hilang bersama dengan masa-masa yang telah berlalu. Bangkit dan bangunlah supaya dapat hidup dengan gembira dan hilangkan rasa kebosanan yang melanda diri ini...

Friday, May 21, 2010

Hadiah Cinta Buatku Untukmu

Hadiah Dari Hati

Hampir seminggu majlisku telah berlalu. Alhamdulillah akhirnya aku menjadi tunangan orang. Kadang kala kurasakan berat untuk memegang status itu, kerana apabila berada di alam pertunangan banyak dugaan yang akan berlaku dan yang kami perlu hadapi. Minta pertolongan dari Yang Maha Esa supaya kami tidak diuji dengan ujian-ujian yang berat. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat kelewatan sedikit di pihak lelaki. Perjalanan yang jauh menyebabkan kelewatan ini. Pihak lelaki mengambil masa 5 1/2 jam untuk sampai ke rumahku. Mujur juga tidak sesat.Perasaanku boleh dikatakan gembira kerana perhubungan kami yang menjangkau 7 tahun berakhirnya dengan satu ikatan pertunangan. Walaupun agak gementar sewaktu bersalaman dengan bakal mak mentua, alhamdulillah segalanya selesai dengan sempurna. Terdapat kekeliruan bagi pihak lelaki dengan majlis ini mungkin disebabkan cara yang berbeza. Mungkin juga salah di pihak perempuan kerana tidak memaklumkan lebih awal. Di sebabkan hal ini, aku sudah memberitahu awal-awal kepada tunangku mungkin sewaktu majlis perkahwinan juga akan berbeza. Jadi mungkin selepas ini di pihak lelaki tidak akan terkejut dengan perbezaan di tempat kami dengan di tempat mereka.


Upacara Sarung Cincin

Terima kasih kepada kawanku yang sangggup turun dari jauh No dan Jiha menemankan aku sehari semalam di rumahku. Terima kasih yang tak terhingga kurasakan. Banyak menolong aku dalam menyiapkan gubahan sireh dan buah-buahan. Buat Jiha terima kasih membuatkan kyus jadi princess pada hari itu. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang sampai bila-bila. Nanti bolehlah makeup kyus lagi yer. Terima kasih buat familyku yang menjayakan majlis ini terutama abah dan ma yang sangat-sangat banyak membantu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yang baik datang dari Allah,yang kurang datang dari pihak kami sendiri. Terima kasih buat keluarga tunangku yang sanggup datang dari jauh untuk memeterai ikatan pertunangan ini.


Thursday, May 6, 2010



Gambar Hiasan:: Mengajar dan Belajar

Exam dah lepas dan selepas ini aku tidak akan menghadapi sebarang exam. Macam x percaya rasanya. Apa yang aku buat?? Masa banyak dihabiskan di opis. Macam bukan keja part time dh ni. Gaya macam keja full time. Fulltime?? Hihihi. Dulu belajar full time dan sekarang keja lak full time. Terbalik sudah. Tapi, gaji tetap gaji hari tanpa pay slip dan tanpa ada apa-apa keistimewaan lain. Tak pelah sambil-sambil aku mencari keja lain. Kerja ini hanya sementara. Mujur gak abangku menolong. Kalau tak terperap jelah aku kat umah. Rutinku masuk opis around jam 9 ur 10 a.m dan balik..Erm...itu yang aku tak tahan tu around jam 7 hingga jam 8 p.m. Fuh...penat badan. Kerjaku depan komputer dan turun naik tangga. Sehari ada lebih 5 kali aku turun naik tangga untuk hntr order n buat D.O untuk order. Boleh kurus aku rasa. Diopis time bz aku selalunya awal bulan, tgh bulan dan akhir bulan. Time tulah nk wt gaji dan tutup akaun. Kalau dalam opis nk wt keja sendiri pun x boleh. Nak wat tesis kena ada fil, mood dan suasana sunyi. Kalau tidak kucar kacir gak ayat-ayat dalam tesis aku nanti. Bila dah tak mengadap tu ingatkan boleh wat malam hari, tapi lain lak jadinya, tak sampai kul 10 mata ni mcm dh melekat je,dah tak boleh nk buka. Mungkin seharian aku tak berehat. Bila aku keja sepanjang hari, dapat kurasakan bagaimana rasanya cikgu2 lain yang belajar part-time. Memang memenatkan dengan kerja, tambah lak kalau yang dah ada famili. Dorang mesti kena banyak berkorban. Setiap hujung minggu kena hadiri ke kuliah, bagaimanalah kalau yang dok jauh...Fuh memang sangat-sangat penat. Dorang mesti banyak keja di sekolah ditambah lak dengan asemen -asemen yang pensyarah bagi. Tidak dapat aku bayangkan. Aku yang sikit nipun dah terasa penat. Tak kuat betullh fizikal dan mental aku ruapanya.Begini rupanya cikgu-cikgu atau orang 2 diluar sana apabila keja sambil belajar aku dapat rasai kepenatannya. Tabik dada r pada sesiapa yang sanggup melalui semua ini.Kalau aku mungkin tidak sanggup untuk melaluinya.

 

blogger templates | Make Money Online