Friday, May 21, 2010
Hampir seminggu majlisku telah berlalu. Alhamdulillah akhirnya aku menjadi tunangan orang. Kadang kala kurasakan berat untuk memegang status itu, kerana apabila berada di alam pertunangan banyak dugaan yang akan berlaku dan yang kami perlu hadapi. Minta pertolongan dari Yang Maha Esa supaya kami tidak diuji dengan ujian-ujian yang berat. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat kelewatan sedikit di pihak lelaki. Perjalanan yang jauh menyebabkan kelewatan ini. Pihak lelaki mengambil masa 5 1/2 jam untuk sampai ke rumahku. Mujur juga tidak sesat.Perasaanku boleh dikatakan gembira kerana perhubungan kami yang menjangkau 7 tahun berakhirnya dengan satu ikatan pertunangan. Walaupun agak gementar sewaktu bersalaman dengan bakal mak mentua, alhamdulillah segalanya selesai dengan sempurna. Terdapat kekeliruan bagi pihak lelaki dengan majlis ini mungkin disebabkan cara yang berbeza. Mungkin juga salah di pihak perempuan kerana tidak memaklumkan lebih awal. Di sebabkan hal ini, aku sudah memberitahu awal-awal kepada tunangku mungkin sewaktu majlis perkahwinan juga akan berbeza. Jadi mungkin selepas ini di pihak lelaki tidak akan terkejut dengan perbezaan di tempat kami dengan di tempat mereka.
Terima kasih kepada kawanku yang sangggup turun dari jauh No dan Jiha menemankan aku sehari semalam di rumahku. Terima kasih yang tak terhingga kurasakan. Banyak menolong aku dalam menyiapkan gubahan sireh dan buah-buahan. Buat Jiha terima kasih membuatkan kyus jadi princess pada hari itu. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu dikenang sampai bila-bila. Nanti bolehlah makeup kyus lagi yer. Terima kasih buat familyku yang menjayakan majlis ini terutama abah dan ma yang sangat-sangat banyak membantu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yang baik datang dari Allah,yang kurang datang dari pihak kami sendiri. Terima kasih buat keluarga tunangku yang sanggup datang dari jauh untuk memeterai ikatan pertunangan ini.
3 Comments:
-
- cik gha said...
May 21, 2010 at 2:03 PMwah, sgt terharu dengan ucapan terima kasih itu..sememangnye akk adalah princess pd hari tersebut, sy hanya membantu mane yg termampu. sy gk nk ucap terima kasih atas segala layanan family akk sepanjang sy berada di sana. nnt kem slm kt parent ye..- yuhazlina said...
May 21, 2010 at 2:11 PMIkhlas dari hati.Mestilah terharu. Apa-apapun terima kasih sekali lagi.Insya'allah....Nanti kyus belanja tom yam yang best yer....(^_^)- mawardah said...
July 18, 2010 at 3:01 PMsebok jer pakai tudung pink dengan biru hhahahahahah...2 orang tu bila lagi....kak yuss??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)