Thursday, March 31, 2011
Dah 3 hari aku tak dapat bukak fb dengan blog..bagaikan nak gila rasanya..Hu...Inilah penangan blog dan fb kat aku. Tiba-tiba opis setup wireless baru, terus kena block apa2 yang patut.Very strict woo...padahal lec2 je yang guna wireless nih. Takkanlah nak block jugak.Panas hati rasa. Sambil-sambil siapkan kerja bolehlah layan blog ke fb ke, bukan x wat kerja langsung(br dpt 2 jam broadband x ngadap apa lg nih). Dok tensen2 tanda kertas student, boleh gak release tensen dgn fb ke blog ke? Tak dalah tertekan sgt. Isnin and selasa tak terasa lagi, sebab kelas aku full, fuh dapat semalam, bosan tahap gilalah. Tak tau nak cakap apa. Sejak kena block, hati membara-bara nak guna broadband nih. Last-last hari ni aku beli jugak broadband, padahal sebelum nih, pandang sebelah mata je broadband, maklumlah semua dapat lg search guna wireless kolej nih. Watpe nak rugi2kan duit RM 68 sebulan, padahal ada kemudahan free. So sekarang, pandang sebelah mata jelah untuk kuarkan duit sebanyak rm 68 sebulan. So budget2 lain kenalah dikurangkan setiap bulan. Sekarang duit bagaikan air mengalir je kuar..Hu3...Tolong2..Nak dapatkannya punyalah susah, nak habiskan senang je...Itulah kalau kehendak melebihi keperluan....padahal broadband ni kehendak je, tapi bagaikan keperluan pulak..Inilah tabiat manusia, bila tidak dapat bezakan yang mana keperluan dan kehendak.
Wednesday, March 9, 2011
Kemudian aku risau silibus tidak sempat aku habiskan. Macam mana nih...Final makin dekat. So, aku terpaksa korbankan masaku untuk buat kelas tambahan. Menggantikan kelas-kelas semasa ketiadaan aku nanti. 26 jam..Fuh mencabar rasanya. Jadi setiap malam aku mengadakan kelas ganti dan tambahan untuk menghabiskan silibus. Setiap minggu jugak aku mengadakan kelas untuk student istimewa. Itulah usahaku untuk melihat student semua berjaya. Aku mengharapkan student-studentku dapat melihat usaha aku untuk melihat mereka berjaya.Targetku 2 minggu terakhir sebelum final, untuk membuat revision satu persatu sehingga student boleh menjawab dengan cemerlang, dan supaya aku dapat bercuti dengan tenang.
Akhir sekali, bila pk pasal kawen, rupa-rupanya banyak lagi yang aku tak settle rupanya. Adoila ingtkan mudah, rupa-rupanya susah. Banyak betul lagi yang aku tak selesaiakan rupanya. Nampaknya aku kena apply cuti lagilah untuk menyelesaikan urusan-urusan yang penting seperti borang kawen. kalau tidak, tak kawenlah aku. kena ganti kelas lagi...Adoila..memang rasanya tak ada masa rehat dah aku nih..Sepanjang masa penuh dengan aktiviti...kelas, balik kg dan sebagainya. Moga-moga aku dapat menghadapi dengan sebaiknya sehinggalah sampainya hari bahagi aku.
Tuesday, March 1, 2011
Hari ni dah masuk bulan3, nmpknya lagi dua bulan aku akan bertukar status. Apa perasaan aku yer..Apapun aku semakin serabut, memikirkan banyak benda..Dengan bahagian pengurusan, pentadbiran, students, dan segala macam lagilah. Bahagian pengurusan dan pentadbiran banyak yang nak disettlekannya, macam-macam lak yang suruh dibuatnya. Students pulak dengan bermacam-macam karenahnya pulak. Hal2 perkahwinan aku lagi. Yang ini laginya sekali saja dibuatnya. Banyak lagi yang tak disetlekannya. Adoila..Manalah berat aku tak turun memikirkan itu je..(perasan kurus)...Makin ari makin tension, aku dibuatnya. Kenapalah jadi macam ni. Semakin dekat dengan hari bahagia, sepatutnya aku happy, tapi memikirkan banyak kerja yang menimbun-nimbun perasaanku bercampur baur. Bila selesaikan satu persatu, kerja lain pulak yang datang. Macam-macam hal lagilah. Macam mana aku nak bercuti dengan tenang nanti. (padahal cuti tak apply lagi). Entah dapat bape lamalah aku cuti nih. Apa-apapun aku semakin serabut sekarang memikirkan banyak benda. Nak makan orang pun ada..Hu3.