Thursday, March 31, 2011

Keperluan @ Kehendak???


Dah 3 hari aku tak dapat bukak fb dengan blog..bagaikan nak gila rasanya..Hu...Inilah penangan blog dan fb kat aku. Tiba-tiba opis setup wireless baru, terus kena block apa2 yang patut.Very strict woo...padahal lec2 je yang guna wireless nih. Takkanlah nak block jugak.Panas hati rasa. Sambil-sambil siapkan kerja bolehlah layan blog ke fb ke, bukan x wat kerja langsung(br dpt 2 jam broadband x ngadap apa lg nih). Dok tensen2 tanda kertas student, boleh gak release tensen dgn fb ke blog ke? Tak dalah tertekan sgt. Isnin and selasa tak terasa lagi, sebab kelas aku full, fuh dapat semalam, bosan tahap gilalah. Tak tau nak cakap apa. Sejak kena block, hati membara-bara nak guna broadband nih. Last-last hari ni aku beli jugak broadband, padahal sebelum nih, pandang sebelah mata je broadband, maklumlah semua dapat lg search guna wireless kolej nih. Watpe nak rugi2kan duit RM 68 sebulan, padahal ada kemudahan free. So sekarang, pandang sebelah mata jelah untuk kuarkan duit sebanyak rm 68 sebulan. So budget2 lain kenalah dikurangkan setiap bulan. Sekarang duit bagaikan air mengalir je kuar..Hu3...Tolong2..Nak dapatkannya punyalah susah, nak habiskan senang je...Itulah kalau kehendak melebihi keperluan....padahal broadband ni kehendak je, tapi bagaikan keperluan pulak..Inilah tabiat manusia, bila tidak dapat bezakan yang mana keperluan dan kehendak.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online