Monday, May 23, 2011

Hantaran Perempuan

Hantaran Lelaki

Malam sebelum majlis persandingan, dah penat, tapi still x boleh lelapkan mata. Memikirkan hari esok. Ramaikah kawan-kawan yang hadir? Bagaimanakah keadaan hari esok dengan tiada elektrik. Tak dapat dibayangkan macam manalah keadaannya. Masa majlis akad nikahpun walaupun dah berair-cond, still panas lagi, cuma bernasib baik sebab majlis dibuat pada waktu petang. Mataharipun dh tak terpacak di atas kepala. Kawanku dah dibuai mimpi. Mungkin kepenatan sepanjang hari, dari sampai ke rumahku, lepastuh kena buat kerja pulak. Tak berehat langsung. Aku pulak, jam berapa aku terlelappun, aku dah tak pasti.

Dalam jam 4 lebih, makku dah kejutkan aku untuk mesin kelapa. Takut tak sempat untuk membuat kerja pada siang hari kerana dengarnya bermula jam 8 pg, elektrik tiada sampai jam 4 petang. Semua bangun awal pagi tu. Ada yang menjemput saudara mara dan ada juga membuat kerja-kerja di dapur. Macam siang pulak kurasakan. Selepas subuh, aku dah mula pasang air cond, untuk menyejukkan bilik. Lega sikit, kurang sikit rasa panas. Mak andam jam 10.30 baru datang katanya. Jadi pagi2 lg baru nak wt sireh junjung. Terlupa nak ambil sireh malam td, jadi pg2 lglah ma dh pergi cari sireh. Jam 8.30, kek dah dihntr dari Temerloh. Lega semua yang diperlukan sudah ada. Pagi itu, menghias sireh junjung, buah-buahan dan kek. Thanks Zahila kerana banyak membantu. Tolong ke bandar pusat untuk menghantr barang-barang pengantin lelaki dan membeli barang-barang yang tidak mencukupi. Alhamdulillah, jam dah melangkui jam 9, elektrik masih ada, syukur alhamdulilah, tapi terbalik pula air pula yang tiada. Salah information gamaknya. tapi rasanya tidak salah sebb seluruh jgka khbrnya tiada elektrik.

Jam 10.30 mak andam datang, memakeupkan aku. satu jam kemudian selesai, sesi bergmbr dulu, sblm pgntin lelaki dtg. Jam 12.30 pengantin lelaki datang. Berdebar jugak aku, sebb ramai tetamu yang hadir, kemuncak kenduri pada waktu itu. Menjemput mempelai lelaki kemudian majlis tepung tawar. itupun last minute, Pada mulanya x mau buat, tapi akak ipar aku sanggup nak menyediakan bahan jadi teruskn juga majlis menepung tawar. Selesai sesi menepung tawar, majlis makan beradap. perut memang lapor, tapi raja seharikan so control2...jgn wat malu muka. Makanlah sikit je. Nnti msti ada lbh punya. Selesai majlis maka beradap, keluarga pihak lelaki pulang kerana masih jauh lagi perjalanan mereka. Aku lihat ramai juga kawnku yang datang dari KL, TM, bos TM, Terengganu, kawan-kawan sekolah rendah jgka 7, jgka 8, jgka 22 dan sekolah menengha jengka2. Cikgu-cikgu sekolah rendah juga menghadirkan diri. Student ku dari Seremban pun turun untuk meraikan aku.Terima kasih banyak-banyak. Maaf kerana kurang layanan dari pihak pengantin. Family Belah Pengantin Perempuan

Selesai sesi bergambar, majlis memotong kek selepas itu. Aku memakai sepersalinan gaun dengan kot untuk majlis kek. Selesia majlis memotong kek, bergambar outdoor di sekeliling kawasan rumah. Fuh memang penat, dengan panasnya lagi. Terima kasih pada crew chantekphoto kerana datang atas jemputan abangku. Sebab apa datang untuk snap gambar aku untuk wt story album. katanya tak cukup gambar untuk wat story album. Alhamdulillah gambar free cuma untuk wt story album je kena byr. Dengan penuh professional crew chantekphoto menangkap gambar kami dengan pelbagai gaya. Memang penat, bergambar ditengah panas. Siap terus cari aircond. Lega bila kena aircond. Jam 5 baru selesia semuanya...
Family Belah Pengantin Lelaki

Menyalin pakaian untuk mengerjakan periuk2 didapur. Awlkan. Sebab apa? Sebab esok pagi, aku kena wat gambar outdoor. Time maghrib baru settlekan sikit. Bersambung buat esok selepas selesai berhgambar utdoor. Fuh memang penat. Tapi puas. Malam tu juga, kena buka hadiah, sebab x sempt nak buka dah lepas nih. Dengan tiada perasaan dan tak beremosi bukak semua hadiah. Masa tuh memang mengantuk sangat. Gambar2 pun suh adik tolong tranferkan ke dlm laptop dari kamera abang, sebab keesokannay semua mahu pulang. Wah aku dapat 2 dapur yang sama, dan yg lain brg2 elektrik dan gelas +cawan...Terima kasih semua atas pemberian tersebut....Continue....

Kawan-Kawan Yang Menghadirkan Diri

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online