Saturday, October 8, 2011
Wah...sudah lama aku x menulis di laman blog nih..rasanya dh hampir 5 bulan...Dah berhabuk dan bersawang rasanya...Kadangkala hati meronta-ronta untuk menulis di blog ini, tetapi disebabkan kekangan waktu yang menghimpit masaku, membuatkan aku tak berkesempatan untuk memenuhi ruangan ini...Jadi, sekarang aku berusaha untuk menulis apa yang berlaku sepanjang aku menyepikan diri ini...Episod sebelumnya masih belum habis, jadi aku sambungkan semula apa yang terputus di pertengahan jalan...Mudah2an aku diberi ingatan yang kuat untuk aku coretkan disini..
Keesokannya 2 May 2011, di awal pagi, aku dan husband pergi ke rumah mak andam untuk mengambil gambar outdoor..Sebelum tuh, aku dimakeup seperti hari semalam. Sejam jugak kurasakan...Kemudian kami bersaing untuk pergi ke Tekam Residence Resort untuk mengambil gambar outdoor, kerana kawasan di situ boleh dikatakan agak cantik..bermula di tasik, di kolam dan akhirnya di padang golf...Fuh memang penat...berpeluh-peluh jugak rasanya...walaupun hari agak panas , semuanya berjalan dengan lancar...Malu jugak aku, sebab pada hari cuti begini, ramai org menghabiskan masa bersama family di sana, tapi kita orang nih tebalkan muka jelah...mesti orang nak tengokkan berbaju pengantinlah katakan. Sesi bergambar nih mengambil masa 2 jam jugak rasanya..walaupun penat, kami berpuas hati...
Selesai fotografi outdoor...kami pergi ke temerloh untuk menghantar tempat letak kek...kalau lambat akan dikenakan charge yang tinggi...Memang penat..Balik umah, uruskan hal rumah pula, sebab pg td kita orang terus keluar tanpa tolong apa2...Semua adik beradik pulang petang tu jugak..untuk meneruskan rutin harian seperti biasa.
Keesokannya..pagi2 lagi kami dah bertolak balik ke Seremban, dengan kereta yang berasingan..Wa..cepatnya masa berlalu...Kami kena meneruskan kerja masing-masing. Cuti kami hanya setakat itu sahaja...Sampai di seremban, mencari barang-barang rumah..Husband pulang ke Johor keesokan paginya...Sedih rasa nak berpisah. Bila dah jadi seorang isteri, rasa macam tak mahu berpisah dengan suami..Inilah dugaan hidup kami...Berpisah sementara, berjumpa pada hujung minggu...