Friday, March 30, 2012

Rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah bukan di tangan manusia. Kita tidak tahu bila kita peroleh rezeki itu lambat atau cepat, hanya Allah sahaja yang mengetahui-Nya. Begitu juga dengan aku. Walaupun sekecil mana kita peroleh rezeki itu, syukur alhamdulillah kurasakan. Tanpa disangka-sangka. Apapun keluhan yang keluar dari mulut kita, melambatkan rezeki yang kita perolehi.

Yang pasti setiap orang dikurniakan rezeki masing-masing. Besar atau kecil terpulang pada-Nya.Alhamdulillah, aku bersyukur atas kurniaan rezeki dari Mu yang tak terhingga. Walaupun mulanya berita yang tidak sedap didengari, akhirnya ada pula berita yang gembira dikhbarkan. apa-apaun berdoa-dan terus berdoa, itulah kuncinya pada kita. Berusaha+berdoa+bertawakal, alhamdulilah kita akan dapata apa yang kita idamkan.
Rezeki ini tidak terhingga , tiada bandingannya. Syukur alahmdulilah kepada mu.



Sunday, March 25, 2012

"Bekerja Biar Ikhlas". Ungkapan ini sering digunakan dan didengari oleh semua orang. Setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sepenuh hati. Bekerja tanpa mengharapkan balasan atau ihsan orang lain semata-mata. Keikhlasan amat penting kerana ia juga merupakan keberkatan dari Allah S.W.T

Walau bagaimanapun bagiku, bila sesuatu pekerjaan tidak dihargai oleh orang lain, aku mula rasa tawar hati. Segala titik peluh dan pengorbanan yang kita lakukan, tidak dipandang langsung oleh orang lain. Bersusah payah kita selama ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Bagaimana kita hendak bekerja dengan ikhlas, bila kadang kala setiap hari kita memikirkan sebab dan akibat dari atas rasa itu. Memang betul kita bekerja bukan untuk mendapatkan pujian ataupun dipandang tinggi, cuma sikap sesetengah majikan yang tidak tahu kepentingan kita. Kadang kala bila nak, baru terhengeh-hengeh memanggil kita, bila tak mahu, terus dibuang ke tepi. Macam mana kita nak bekerja dengan ikhlas kalau gitu. Salah kita ataupun majikan kita??

Apa-apun aku mengharapkan rezeki yang aku terima adalah halal dan di berkati oleh Allah, walaupun kadangkala aku bersikap pesimis dengan kerja-kerjaku ini. Baru setahun dah jadi macam ini. Kalau dah bertahun-tahun macam manalah. Bila ada perasaan tawar hati dalam diri ini, kadangkala kerja kita dah tak jadi ikhlas, dan tak seseronok dulu. Mungkinkah rezekiku di tempat lain pula. Mudah-mudahan aku mendapat tempat berdekatan dengan suami ku nanti. Aku memerlukan keseronokan untuk melakukan sesuatu tugas dan biarlah dengan hati yang ikhlas. Tiada rasa tawar hati dalam diri ini. Hanya ada keikhlasan diri. Amin...Mudah-mudahan doaku diperkenankan oleh Allah S.W.T

Tuesday, March 20, 2012

Wah aku dah start mengupdate blog. Semacam tak percayakan. Maknanya aku tak ada kerja nak buat. So sekarang aku free. Dah tak tau nak wtpe, so aku trylah mengupadate blog nih daripada aku tak buat apa-apa, termenung sana, termenung sini, ke hulu ke hilir, baik aku ambik laptop nih bawak ke satu sudut dan aku melayan blog aku nih.

Wah, hari ini dah nak masuk minggu ke 9. Semacam tak percayakan...Lagi 7 bulan aku akan menjadi ibu. Alhamdulillah tiada apa-apa alahan yang teruk berlaku pada diriku ni. Cuma pada awal-awal dahulu aku kerap pening kepala sehinggakan sepanjang hari aku alaminya. Mabuk taklah pulak....2 minggu kebelakangan ni pulak aku dah tak boleh bau orang menggoreng ikan dan ayam, sehinggakan nak menjamahnyapun semacam je rasa. Kembang je rasa tekak nih. Cafe di sini kebanyakannya semua berteraskaan ayam dan ikan sahaja So jawabnya setiap kali aku pergi ke UiTM mestilah aku bawak lauk yang aku boleh makan je. Kat rumah pulak, ma sahajalah yang masak. Mujur jugak aku dok dengan family. Kalaulah aku keseorangan, uhh tak tahulah macamana dan tak dapat dibayangkan rasanya. Macam nilah gamaknya masa ma mengandungakan aku dulu. Lagi teruk agaknya daripada aku. Aku ni dikiranya ok jugak sebab tak mengalami muntah-muntah.

Sejak aku berbadan dua nih juga, banyak perkara yang terbatas. Aku dah tak ulang alik ke Johor sejak aku disahkan mengandung. Takut terjadi apa-apa. Mencegah lebih baik dari mengubatinya, sebelum apa-apa terjadi. Lagipun kandungan aku masih baru. Aku jugak dah tak larat nak jalan jauh-jauh. 30 minit dah jalan dah terasa pancit. Macammanalah aku nk pegi bercuti nih. Alamatnya kena postpone tahun depan untuk sambut anniversary. Kumpul duit banyak-banyak boleh pergi bercuti jauh sikit dan berjalan sakan nih..

Jadi dalam masa 7 bulan aku menghitung hari untuk menjadi seorang ibu, seorang ibu yang mitahli. Besar pengorbanan seorang ibu, dapat aku rasakan apabila aku juga semakin dekat untuk bergelar seorang ibu. Semacam tak percayakan. Selepas ini anak-anak akan membesar depan mata. Moga-moga aku dipermudahkan segalanya. Mengurniakan anak yang soleh dan solehah dan ahli yang bijaksana.

Friday, March 9, 2012

Permulaan Baru

Wow...dh lama aku tak menjengah blog ni... Tahun sudah menginjak ke angka yang baru, aku pula, masih tak mencoret apa-apa di ruangan ini. Nampak sangat aku kesibukan masa sehingga aku tak berkesempatan menjengah di dalam blog ini. Kalau dahulu, pantang ada benda yang baru, mesti hendak ditulisnya. Apapun Selamat Tahun Baru, walaupun hampir 3 bulan lebih sudah berlalu. Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang aku menyepikan diri di blog ini. Kesuntukan masa kekangan yang paling besar buatku. Moga-moga permulaan ini membuatkan aku kembali aktif dalam penulisan blog hidupku ini. Mencuba mencari masa untuk berkongsi cerita. Yang pasti aku tidak seperti dulu, yang sentiasa mengupdate blog. Berbeza dengan sekarang. Mungkin juga disebabkan umurku yang semakin meningkat.Banyak kisah dan cerita yang aku ingin titipkan disini. Tetapi untuk mencari idea-idea dan mood menulis ini begitu sukar buatku. Kadangkala ia datang dengan sendiri, kadangkala ia dipaksa /di kerah oleh mindaku. Apa-apapun akan ku cuba untuk berkongsi kisah supaya ia dapat dikongsi oleh anak-anakku nanti.

 

blogger templates | Make Money Online