Sunday, March 25, 2012

Bekerja Biar Ikhlas

"Bekerja Biar Ikhlas". Ungkapan ini sering digunakan dan didengari oleh semua orang. Setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sepenuh hati. Bekerja tanpa mengharapkan balasan atau ihsan orang lain semata-mata. Keikhlasan amat penting kerana ia juga merupakan keberkatan dari Allah S.W.T

Walau bagaimanapun bagiku, bila sesuatu pekerjaan tidak dihargai oleh orang lain, aku mula rasa tawar hati. Segala titik peluh dan pengorbanan yang kita lakukan, tidak dipandang langsung oleh orang lain. Bersusah payah kita selama ini hanya dipandang sebelah mata sahaja. Bagaimana kita hendak bekerja dengan ikhlas, bila kadang kala setiap hari kita memikirkan sebab dan akibat dari atas rasa itu. Memang betul kita bekerja bukan untuk mendapatkan pujian ataupun dipandang tinggi, cuma sikap sesetengah majikan yang tidak tahu kepentingan kita. Kadang kala bila nak, baru terhengeh-hengeh memanggil kita, bila tak mahu, terus dibuang ke tepi. Macam mana kita nak bekerja dengan ikhlas kalau gitu. Salah kita ataupun majikan kita??

Apa-apun aku mengharapkan rezeki yang aku terima adalah halal dan di berkati oleh Allah, walaupun kadangkala aku bersikap pesimis dengan kerja-kerjaku ini. Baru setahun dah jadi macam ini. Kalau dah bertahun-tahun macam manalah. Bila ada perasaan tawar hati dalam diri ini, kadangkala kerja kita dah tak jadi ikhlas, dan tak seseronok dulu. Mungkinkah rezekiku di tempat lain pula. Mudah-mudahan aku mendapat tempat berdekatan dengan suami ku nanti. Aku memerlukan keseronokan untuk melakukan sesuatu tugas dan biarlah dengan hati yang ikhlas. Tiada rasa tawar hati dalam diri ini. Hanya ada keikhlasan diri. Amin...Mudah-mudahan doaku diperkenankan oleh Allah S.W.T

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online