Thursday, May 31, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Hampir 10hari first anniversaryku telah berlalu. Tiada tempat yang menarik dan tiada makanan yang sedap-sedapku nikmati. Hanya ucapan dan suami berada disampingku. Itupun sangat berharga bagiku. Apapun, aku masih tidak boleh makan makanan yang sedap-sedap. Aku masih alahan dengannya. Nak makan tapi tekak tak mahu. Apakan daya. Hampir 2 bulan aku tak menikmati kesedapan makanan. Tiada tempat menarik bagiku, padahal banyak yang telah diplanning bersama suamiku. Alamatnya postpone pada tahun hadapan. Sebab apa??Aku telah dinasihatkan oleh doktor, supaya tidak boleh lasak, tidak boleh banyak bergerak, takut berlaku bleeding sebab uriku masih lagi dibawah dari bayiku. Penjagaan kesihatanku begitu bermakna buat aku dan suamiku, tambahan pula ini adalah anak pertama kami. Perlu menjaga dengan rapi. Ikut sahaja nasihat doktor. Anniversary bila-bilapun boleh di sambut. Zuriat yang ku kandung ini perlu di jaga dengan rapi. Itulah hadiah yang paling amat berharga buat aku dengan suamiku....Apapun semua dipostpone pada tahun depan. Nampknya 2 kali gandalah sambutannya nih...
Monday, May 7, 2012
Setiap insan yang dilahirkan bagaikan kain putih yang putih bersih. Kitalah penentunya untuk mencorak kehidupan anak-anak kita. Doa untukmu wahai anak:
"Walaupun dilahirkan tidak sesempurna Nabi Muhammad s.a.w,tak secantik Balqis, tak setampan Yusof, jadilah sehebat Sulaiman, setulus Zulaikha dan sekuat Siti Hajar. Semoga anakanda dapat mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini dengan penuh taqwa." Amin.....
Saturday, May 5, 2012
Azam mama ketika mengandungkan dan melahirkan anak-anak mama nanti:
1. Mama akan menghabiskan satu al-quran untuk kamu semua.
2. Mama akan membacakan surah yusof, maryam dan lukman.
3. Setiap hari mama mendoakan anak mama sihat, dan jadi anak yang soleh dan solehah
Semoga semuanya di permudahkan segalanya....