Tuesday, May 29, 2012

Tidak Sepeti Dulu

Hampir seminggu bulan rejab telah berlalu. Dahulu, ia selalu di nanti-nantikan oleh aku. Kini, aku tidak tahu mahu menggambarkan macam mana...Aku pun tidak sedar bulan rejab makin menghampiri. Akhirnya ia berlalu begitu sahaja. Dahulu, pada ketika ini aku sangat seronok mengisi dengan perkara-perkara yang amat berfaedah. Tapi kini tidak lagi. Tidak seperti dahulu, menghabiskan masa dengan perkara-perkara sunat pada bulan itu. Sanggup menahan nafsu sehingga ke malam, seperti pada bulan Ramadhan. Pada tahun ini. aktiviti ini jarang aku lakukan, disebabkan aku berbadan dua. Bukan aku nak menjadikan ia sebagai halangan tapi, kesihatanku yang kadang kala tak mengizinkan membuatkan aku berkata begitu. Alhamdulillah, aku telah melakukan pada waktu-waktu sebelum ini. Mujur juga hutang aku telah diganti pada awal-awal lagi selepas hari raya tahun lepas. Jadi aku tidak perlu memikirkannya lagi. Cuma bila difikirkan ini, bolehkah aku menjalankan kewajipanku pada tahun ini dengan penuh keberkatan. Apa-apapun belum cuba belum tahu. Berusaha untuk menghabiskannya nanti. Insya'allah pada tahun-tahun berikutnya, aku akan mengisi kekosongna hati ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Bila difikirkan aku merindui saat-saat itu pada ketika dulu. Apapun sekarang tidak seperti dulu. Aku merinduinya.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online