Sunday, June 17, 2012

Generation....

Bila aku post blog sebelum ini, tiba-tiba aku terfikir dah berapa handphone aku guna sepanjang ini. Boleh dijadikan tajuk ni. Masihku ingat pada awal tahun 2003 baru aku dapat membeli handphone. Itupun dengan menggunakan duit ptptn. Puas memujuk mak dan ayahku untuk membeli, tapi aku keraskan hati juga. Manakan tidak semua rakan sekelas menggunakan handphone, aku pulak tidak....Aku berdua dengan kawanku selaku roommate pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli handphone. Padahal kami bukannya arif pun jalan ke Kuala Lumpur dan juga tentang handphone. Kawanku yang beranikan diri. Akhirnya aku memperolehi jugak handphobe itu. Pada ketika itu, handphone boleh dikatakan agak mahal bersama-sama dengan simkard....Hampir RM400++ jugak rasanya. Apapun puas hati sebab akhirnya aku memperolehi handphone itu. Aku jugak memilih no celcom sebab kebanyakkan familyku menggunakan celcom. Lagipun pakej untuk maxis agak mahal..Boleh dikatakan 2 atau 3 kali ganda harganya. Walaupun ptptn dah masuk, aku tidak mahu membazir ke arah itu. Planning dah dibuat, akhirnya aku sudah memperolehi handphone. Inilah handphone pertamaku.....

                                                                          NOKIA 3310                                                            
                                                           GENERATION 1: 2003-2010

Bila dah dapat handphone, biasalah dia terlalu fanatik dengan handphone. Sekejap-sekejap handphone. Semuanya berkaitan dengna handphone. Tak boleh lekang dengan handphone. Padahal handphone nokia 3310 saja. Beberapa tahun dah berlalu, kebanyakan kawan-kawanku menggunakan maxis. Aku masih setia dengan celcom. Disebabkan pakweku juga menggunakan maxis, dan dipujuk olehnya akhirnya aku menggunakan maxis. Celcom tetap ada. Maknanya aku menggunakan 2 handphone. Yang pasti nokia 3310 masih ok. Akhirnya aku membeli nokia 3120. . Nokia lagi. Sebab apa aku memilih nokia, aku memilih function yang sama dengan handphone sebelum ini. And then no maxis, telah di beli oleh pakweku. No yang agak menarik...masa itu no maxis agak murah sudah....Jadi aku menggunakan ke dua-dua handphone. Celcom untuk family dan dan maxis untuk kawan-kawan...Tak silap aku aku membelinya pada tahun 2006.

                                                                            NOKIA 3120                                                   
                                                              GENERATION 2 : 2006-2012

Sejak aku tinggal di Tanjung Malim pada tahun 2008, aku berjauhan dengan pakweku. Kebetulan dia pun sudah mendapat kerja yanag tetap. Bagi memudahkan kami menghubungi antara satu sama lain. Akhirnya dia belikan nountuk 1+5 Family Celcom. Jadi agak menjimatkan untuk kami. So aku ada 3 no...Jadi aku kena beli satu lagi handphone untuk meletakkan simkard yang satu lagi. Disebabkan aku dah ada 2 handphone jadi aku hanaya membeli yang murah saja. tidak sampai RM 100 pun. Nokia tetap dihati. Aku memilih model nokia 1200. Patutnya aku memilih lagi canggih tetapi ini tidak makin kebelakang rasanya. Aku membeli handphone ini pada tahun 2009.

                                                                   NOKIA 1200
                                                         GENERATION 3: 2009-NOW

Akhirnya jangka hayat nokia 3310 dah habis. Tanpa disangka, handphone itu tercelup air. Tahun 2010, aku tidak boleh menggunakan handphone itu lagi. Memang patutpun hampir 7 tahun aku menggunakannya. Orang lain pun dah tak menggunakan handphone ini. Old generation.  Untuk menggantikan simkad yang itu, akhirnya aku membeli nokia  1202. Simkard pun yang baru, disebabkan aku lupa untuk menopup. Dah terbiasa menggunakan 3 simkard so, aku membeli no celcom juga untuk family. So maxis untuk rakan-rakan, 1+5 celcom untuk orang tersayang, dan celcom my family....Pada tahun 2012, jangka hayat nokia 3120 dah tak panajang. Biarpun asik bertukar bateri, akhirnya aku tadak dapat menggunakannya lagi. Akhirnya aku berkeputusan untuk menggunakan dua handphone saja. No celcom aku dah tak menggunakannya lagi, disebabkana aku asik lupa untuk menopupnya. kerana aku hanya menggunakan maxis. Jadi aku kembali menggunakan 2 handphone. Ringan sikit handbagku.

NOKIA 1202

Bila sampai hari lahirku, suamiku pun menghadiahkan handpohe samsung corby 11. Akhirnya aku telah berubah arah. Katanaya biar branded sikit. Malu dengan student2...Diaorang semua menggunakan handphone yang lagi canggih, aku pulak guna handphone yang ketinggalan zaman. Oklah orang nak bagi so aku terima saja. Jadi sepanjang jangka masa ini 2003-2012 aku telah menggunakan 5 handphone di mana 2 jangka hayat hand phonepun dah mati. Kalau nak beli yang secondhand model itupun dah tak ada. Jadi aku buat dia sebagai koleksi saja. Masih ada 3 handphone yang ok....Akan ku simpan dan gunakannya semakin mungkin..

                                                            SAMSUNG CORBY 11
                                                       GENERATION 5: 2012-NOW

Saturday, June 16, 2012

Beberapa hari telah berlalu....Umurku sudah meningkat ke satu angka lagi.....Maknanya, aku sudah semakin tua. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah genap setahun lagi...Owh..kan best kalau masa ini berhenti seketika. Tetapi tidak boleh jugak. Maknanya kiamat sudah tiba. Apa-apapun ku jalani hidup ini, dengan penuh suka dan duka. Hidup perlu diteruskan walau macammana sekalipun. Masih ada lagi hajat yang belum tercapai, hanya pada-Mu sahaja ku memohon. Masih berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Masih banyak harapan yang belum dilaksanakan. Yang pasti akan dilaksanakan. Bila??? Tiada jawapan untuk itu.

Banyak ucapan yang kuterima dan diiringi doa kalian. Harap-harap ia menjadi kenyataan. Walaupun tiada sambutan yang dilakukan, ucapan dari yang tersayang amat bermakna buat diriku. Manakan tidak masing-masing berjauhan. Tidak dilupa sebungkus hadiah telah kuterima dari suamiku tersayang. Setelah hampir 10 tahun aku menggunakan jenama yang sama, akhirnya telah bertukar brand. Upadate katanya. Asik design dan brand yang sama saja. Bagiku itu adalah perkara biasa. Cuma tidak ikut semasa. Biarlah asalkan dapat menghubungi dan sms sudahlah. Sebenarnya aku mahu menggunakan handphone yang murah saya. Jimat duit. Hehehe.  Tapi orang nak bagi kita terima dengan tangan terbuka. Suka lagi ada, maklumlah free, tak perlu mengeluarkan duit sendiri. Terima kasih abang menghadiahkanku sebuah handphone. Ia amat bermakna bagiku. Akanku jaga sebaik-baiknya. Ia amat bermakna buatku. Setelahku perolehi handphone ini, banyak yang aku kena explore, dari segi penggunaannya. Sebelum ini hanya tekan-tekan biasa saja, sekarang dah touch screen. Adoi...mula2 agak tensen gak. Nak tulis smspun tak reti. Nak wat macam mana aku bukan jenis up to date. Sebelum ini hanya ring tone biasa, sekarang siap dapat download lagi lagu. Yang pasti aku tidak habis mengexplore kesemuanya. Bukan tak sempat, tapi tak reti..He3..So lepas nih oklah sikit kalau handphone berbunyi di kelas, tak segan-segan aku nak angkat. Maklumlah handphone yang aku guna sebelum nih, rasanya 8 tahun yang lalu digunakan. Orang pun tak ingin nak guna yang itu lagi. Di tolak ketepi.

Sunday, June 10, 2012

Hati Sayu....

Cuti sekolah dah berakhir. Maksudnya suamiku perlu pulang ke johor untuk meneruskan rutin kerjayanya sebagai cikgu. Tinggallah aku bersama ibu bapaku disini. Cepatnya masa berlalu. Rasa tidak puas bertemu dengan suamiku. Tiga minggu kami berasa begitu dekat. Seminggu sebelum cuti sekolah, aku berada di Batu Pahat. Menghabiskan cuti-cutiku. Menjalani rutinku sebagai isteri. Mengiron baju, memasak, membasuh, menunggu kepulangan suami dan banyak lagi. Tanpa jemu dan penat lelah, kulalui dengan gembira. Kadang-kala kurasa sedikit semput, mungkin disebabkan pembawakan budak dan beratku yang agak berat. Apa-apapun aku gembira sekali. 

Bila start cuti sekolah bermula, aku pulang ke pahang manakala husbandku perlu menghabiskan dip.ed di Gombak. Tetapi aku tak rasa kesunyian sebab 5 hari kemudian suamiku akan datang menjengukku. Sama jugak dengan minggu berikut. Bila penghabisan cuti sekolah, tiba-tiba aku berasa sedih pula, bila suamiku mahu pulang ke Batu Pahat. Adoilah, kenapa aku begitu sensitif sekarang. Terasa amat sedih semasa suamiku mahu bertolak tadi. Bilalah perkahwinan jarak jauh kami akan berakhir. Aku mahu tinggal dengan suamiku dan tidak mahu duduk jauh seperti sekarang. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku kali ini. Amat sedih nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Mungkin kerana aku berbadan dua, aku begitu sensitif tentang ini. Terasa ingin diberi perhatian yang selebihnya oleh suamiku ini. Tapi apakan daya, aku perlu kuatkan semangat dan hati ini untuk berhadapan situasi ini. Aku perlu mengawal emosiku supaya tidak terbawa-bawa dan memberi kesan kepada bayiku. Mungkin babypun turut sedih bila melihat mamanya sedih. Apa-apapun hatiku begitu sayu.

 

blogger templates | Make Money Online