Sunday, June 10, 2012

Hati Sayu....

Cuti sekolah dah berakhir. Maksudnya suamiku perlu pulang ke johor untuk meneruskan rutin kerjayanya sebagai cikgu. Tinggallah aku bersama ibu bapaku disini. Cepatnya masa berlalu. Rasa tidak puas bertemu dengan suamiku. Tiga minggu kami berasa begitu dekat. Seminggu sebelum cuti sekolah, aku berada di Batu Pahat. Menghabiskan cuti-cutiku. Menjalani rutinku sebagai isteri. Mengiron baju, memasak, membasuh, menunggu kepulangan suami dan banyak lagi. Tanpa jemu dan penat lelah, kulalui dengan gembira. Kadang-kala kurasa sedikit semput, mungkin disebabkan pembawakan budak dan beratku yang agak berat. Apa-apapun aku gembira sekali. 

Bila start cuti sekolah bermula, aku pulang ke pahang manakala husbandku perlu menghabiskan dip.ed di Gombak. Tetapi aku tak rasa kesunyian sebab 5 hari kemudian suamiku akan datang menjengukku. Sama jugak dengan minggu berikut. Bila penghabisan cuti sekolah, tiba-tiba aku berasa sedih pula, bila suamiku mahu pulang ke Batu Pahat. Adoilah, kenapa aku begitu sensitif sekarang. Terasa amat sedih semasa suamiku mahu bertolak tadi. Bilalah perkahwinan jarak jauh kami akan berakhir. Aku mahu tinggal dengan suamiku dan tidak mahu duduk jauh seperti sekarang. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku kali ini. Amat sedih nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Mungkin kerana aku berbadan dua, aku begitu sensitif tentang ini. Terasa ingin diberi perhatian yang selebihnya oleh suamiku ini. Tapi apakan daya, aku perlu kuatkan semangat dan hati ini untuk berhadapan situasi ini. Aku perlu mengawal emosiku supaya tidak terbawa-bawa dan memberi kesan kepada bayiku. Mungkin babypun turut sedih bila melihat mamanya sedih. Apa-apapun hatiku begitu sayu.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online