Beberapa hari telah berlalu....Umurku sudah meningkat ke satu angka lagi.....Maknanya, aku sudah semakin tua. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah genap setahun lagi...Owh..kan best kalau masa ini berhenti seketika. Tetapi tidak boleh jugak. Maknanya kiamat sudah tiba. Apa-apapun ku jalani hidup ini, dengan penuh suka dan duka. Hidup perlu diteruskan walau macammana sekalipun. Masih ada lagi hajat yang belum tercapai, hanya pada-Mu sahaja ku memohon. Masih berusaha untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Masih banyak harapan yang belum dilaksanakan. Yang pasti akan dilaksanakan. Bila??? Tiada jawapan untuk itu.
Banyak ucapan yang kuterima dan diiringi doa kalian. Harap-harap ia menjadi kenyataan. Walaupun tiada sambutan yang dilakukan, ucapan dari yang tersayang amat bermakna buat diriku. Manakan tidak masing-masing berjauhan. Tidak dilupa sebungkus hadiah telah kuterima dari suamiku tersayang. Setelah hampir 10 tahun aku menggunakan jenama yang sama, akhirnya telah bertukar brand. Upadate katanya. Asik design dan brand yang sama saja. Bagiku itu adalah perkara biasa. Cuma tidak ikut semasa. Biarlah asalkan dapat menghubungi dan sms sudahlah. Sebenarnya aku mahu menggunakan handphone yang murah saya. Jimat duit. Hehehe. Tapi orang nak bagi kita terima dengan tangan terbuka. Suka lagi ada, maklumlah free, tak perlu mengeluarkan duit sendiri. Terima kasih abang menghadiahkanku sebuah handphone. Ia amat bermakna bagiku. Akanku jaga sebaik-baiknya. Ia amat bermakna buatku. Setelahku perolehi handphone ini, banyak yang aku kena explore, dari segi penggunaannya. Sebelum ini hanya tekan-tekan biasa saja, sekarang dah touch screen. Adoi...mula2 agak tensen gak. Nak tulis smspun tak reti. Nak wat macam mana aku bukan jenis up to date. Sebelum ini hanya ring tone biasa, sekarang siap dapat download lagi lagu. Yang pasti aku tidak habis mengexplore kesemuanya. Bukan tak sempat, tapi tak reti..He3..So lepas nih oklah sikit kalau handphone berbunyi di kelas, tak segan-segan aku nak angkat. Maklumlah handphone yang aku guna sebelum nih, rasanya 8 tahun yang lalu digunakan. Orang pun tak ingin nak guna yang itu lagi. Di tolak ketepi.