Thursday, April 22, 2010

Bersediakah Aku???

Makin hari, makin hampir dengan tarikh itu. Pelbagai perasaan menghantui diri. Gembira, gusar, semuanya berkumpul menjadi satu. Kurasakan cepat masa berlalu. Mungkin kesibukanku menyebabkan aku rasakan begitu. Kadang kala kurasakan tidak percaya, semacam mimpipun ada. Adakah aku berada dalam realiti atau fantasi. Macam cerita dongengan kurasakan. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Tarikh itu semakin hari akan kunjung tiba. Tiba-tiba persoalan muncul dibenak fikiranku. Adakah aku bersedia untuk melaluinya? Bersediakah aku untuk memegang status itu? Mungkin banyak cabaran yang akan ku tempuhi apabila aku memegang status itu. Mudah-mudahan aku sentiasa berada dibawah lembayung-Nya dan jauhilah aku daripada segala yang membolehkan sesuatu yang tidak diingini terjadi. Moga-moga aku mendapat keredhaan dari-Nya. Aku perlu membuat persediaan dari segi mental dan fizikal dan sentiasa berfikir positif semoga segalanya selamat. Moga-moga ianya akan berjalan dengan lancar.Amin

4 Comments:

  1. Insyirah said...
    insyaAllah smoga semuanya bjalan lancar...aminn..
    doakan turn sy plak ye pasni...hehe
    Mami Hadeef said...
    kak yus nak kawen ke?
    cik gha said...
    klu nk tunggu bersedia, sampai bl2 pun kte akn rasa xbersedia. hanya dengan menghadapinya baru kte akn tau samada kte dh bersedia or x. papepun kte mesti sentiasa bersedia untuk segalanya..doakan turn sy pulak pas turn k.no, jgn sebelum, xnk langkah bendul..hihihi
    yuhazlina said...
    Insyirah:: Saya sentiasa mendoakan untuk kawan-kawan saya. Moga2 dipercepatkan bertemu jodoh dan mendapat kebahagian dunia dan akhirat

    Aniemz:: X dar r anim..Belum lg baru dapat lampu kuning...hijau x dapat lg ni...

    Cik Gha:: Betul tu..Apapun kyus mesti kena bersedia untuk menghadapinya. Mungkin lepas ini dapat mematangkan fikiran dan tingkahlaku kita.

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online