Tuesday, April 27, 2010
Sudah 2 minggu exam berlalu. Apa ygku buat selepas mggu exam, aku pun x tau. Tidak banyak perkara yg kubuat, jadi hasilnya pun tidak banyak. Kurasakan masa berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa yang boleh membuahkan hasil. Betulkah?? Projekku masih tidak gerak-gerak lagi sehinggalah sekarang. Begitulah rupanya sebelum dan selepas membentangkan proposal. Moodku enth kemana. Mungkin sprvsrku bercuti menyebabkan aku bercuti sama. Mana boleh jadi begini. Bukan sprvsrku yang mahu graduation tetapi aku sendiri.Jadi aku perlu sedar diri supaya aku dapat graduation dengan jayanya. Manalah semangatku ini. Semakin lemah dan pudar kurasakan. Semangat juga telah hilang walhal dulu aku sungguh berkobar-kobar. Semakin ke penamatnya semakin begini jadinya. Apalah nak jadi dengan diriku ini. Wake up...Wake up..Jangan asik dibuai mimpi dan angan-angan.Kadang kala ia boleh mengorbankan diri sendiri.
Apalah yang kubuat selama 2 minggu ini.Mungkin kesibukanku yang lain membuatkan aku leka tentang projekku ini.Patutnya aku bahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Walaupun urusanku hampir selesai tetapi moodku masih tiada. Kenapalah jadi begini. Mungkin aku perlu muhasabah diri dan memotivasikan diriku sendiri supaya aku dapat menjalankan kajian ini... Bangaunlah Yuhazlina dari tido yang lena kerana perjuangan mu masih belum selesai...