Sunday, April 18, 2010

Hanya Berserah....

Alhamdulillah...Jumaat lalu selesai segala exam. Lega kurasakan. Selepas ini tidak perlu lagi aku menghadap buku untuk menghadapi exam. Hanya mengadap buku untuk mencari maklumat-maklumat menyiapkan tesisku sahaja. Keputusan exam??? Hanya berserah selepas aku bertungkus lumus untuk semester ini. Moga-moga berbaloi setelah segala apa yang telah kuhadapi selama satu semester ini. Mungkin aku merindui saat-saat ini. Menyiapkan asemen, membuat pembentangan, menghadapi kuiz, ujian dan final exam dan segalanya sepanjang aku bergelar pelajar. Selepas ini mungkin aku tidak merasainya lagi. Segalanya hanya tinggal kenangan. Mudah-mudahan kenangan yang terindah tidak mudah lenyap dalam ingatanku. Aku hanya berserah, semoga aku dikurniakan ingatan yang kuat. Insya'allah. Amin.

2 Comments:

  1. Insyirah said...
    insyaAllah..usaha+doa+tawakkal=kejayaan..
    jgn lupekan sy ye..ingt sgala knangan kita disini...=)
    yuhazlina said...
    insya'allah...segalanay terpahat diingatan

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online